AISKRIM OREO

Assalamualaikum w.b.t

Aku pasti ramai yang suka makan aiskrim.Jadi hari ini aku nak kongsi aku resepi bagaimana nak buat aiskrim sendiri.Mungkin boleh cuba rasai keenakkan aiskrim sendiri.Jom ramai-ramai cuba!



BAHAN-BAHAN

-1 tin susu pekat dan susu cair(Ikut suka jenama apa mahu digunakan)
-Ovalette(Beli ikut kuantiti yang korang nak dan apa yang penting pastikan halal)
-Biskut Oreo(1 Bungkus)
-Esen Vanilla

Simple dan jimatkan bahan-bahannya?Jadi semua orang boleh mencubanya sendiri.Jom kita beralih kepada cara-cara membuat aiskrim ni:

1)Tuangkan Setengah tin susu pekat(boleh mengikut citarasa masing-masing) dan 1 1/2 gelas susu cair kedalam blender.Sebelum kisar pastikan korang campurkan sedikit esen vanilla ataupun mana-mana perisa esen yang lain dan tambahkan 1 sudu atau lebih ovallete.Siap?Blendkan bahan-bahan ini sampai gebu!

2)Tuangkan bahan-bahan yang dikisar kedalam bekas yang lain.Campur segala bahan-bahan yang korang mahu seperti Biskut oreo.Untuk lebih menarik korang juga boleh campurkan buah-buahan campuran.

3)Langkah yang terakhir sebelum dimakan pastikan korang masukkan aiskrim ini ke dalam peti ais di ruangan sejuk beku!Tunggu aiskrim menjadi keras.Jadi aiskrim boleh dihidangkan.

~SELAMAT MENCUBA~


AISKRIM OREO AISKRIM OREO Reviewed by ikhwan yusuff on 17:28:00 Rating: 5

15 comments:

  1. so kunci untuk membuat aiskrim adalah ovelet..ngehe..menarik..

    ReplyDelete
  2. eeee jahatnyaaaaaaaaaa :((((


    nak aiskrim oreoooooooo right now!!!!!!!


    Hehehehheh thank u so much. Sgt simple yet nyummylicious wee~

    ReplyDelete
  3. Waaa.. Sedapnya! Bolehlah buat and makan puas2 nanti.. :D

    ReplyDelete
  4. hari tu sy try jgk guna telur.tak yakin dgn ovalette sbb hari tu ada baca psl ingredientsnya even yg halal punya. tapi aiskrim oreo ni nampak sedap,nak try la nanti.hehe..nice sharing :)

    ReplyDelete
  5. Fuhh mmg best ni ikhwan.. isi tabung makan.. :D

    ReplyDelete
  6. wah.. sedapnya.. yummy.. ada bakat buat aiskrim adik ni..

    ReplyDelete
  7. nice share.. bleh try lepas ni..

    ReplyDelete
  8. sedapnye...mcm simple je..tp mane ek nk beli ovalette tu? huhuuhuh

    ReplyDelete
  9. wah, nampak mcm senang. bhn pon sikit je. boleh cuba ni :)

    ReplyDelete