Header Ads

DURJANA FACEBOOK?

Assalamualaikum w.b.t

durjana Facebook

Pekembangan laman-laman sosial yang tidak dapat lari daripada kehidupan masa kini.Pertambahannya selari dengan kemajuan teknologi yang dicapai.Mungkin ini merupakan salah satu medium yang berkesan untuk membantu orang ramai.Bercakap pasal laman sosial,blog merupakan sebahagian daripada laman sosial yang mungkin ramai digunakan.Dan facebook merupakan "Social Networking" yang paling popular digunakan oelh setiap orang.Kerana,aku yakin dan percaya majoriti pelajar mahupun pekerja mahir mempunyai facebook.Tapi,kekadang diri ini tertanya apa yang membuat seseorang itu terlalu addicted dengan facebook?Bercerita mengenai facebook,sejak kebelakangan ini banyak pula kes-kes jenayah yang berlaku.Apa silapnya?

Kes yang palinh popular bilamana melibat hal-hal cinta kononnya 'Cinta Facebook'.Hari ini bila buka akhbar berbaca satu satu "Suriku lari".Bila baca rupa-rupa kegagalan cinta facebook.Lelaki ini ditipu oleh cinta hati mayanya.Kononnya nak berkahwin dan hidup bahagia tetapi sebaliknya yang berlaku.Durjanakah facebook itu ataupun manusia yang durjana?Facebook menjadi medium jenayah apabila manusia yang durjana menjadikannya medium untuk menyenangkan kerja jenayah mereka.Sebenarnya banyak jenayah yang boleh berlaku daripada facebook.Antaranya dengan facebook satu rompakkan berjaya dijalankan.Macam mana?Bila si pemilik akaun berkongsi kononnya nak menceritakan keseronokkan mereka bercuti satu keluarga di 'wall facebook'.Namun bila balik daripada bercuti tengok satu rumah kena pecah.

Satu lagi jenayah menyebarkan fitnah.Bila ada satu berita di facebook cepat-cepat nak share.Kononnya satu peringatan.Tapi hakikatnya mungkin dengan klik perkataan share itu kita telah menempah satu saham dosa.Cerita entah dari mana asal usulnya sesuka hati menyebarkannya.Bukankah boleh menjadi fitnah apabila cerita itu tak betul?Tuntasnya,cubalah berfikir kehadapan.Berfikiran lebih matang membayangkan apa yang akan terjadi bila kita lakukan semua ini.Berfikiran lebih kompleks.InshaaAllah segalanya bakal dapat diatasi dengan pertolongan Allah.

9 comments:

  1. Dilema Facebook ya Wan..Banyak yang baik boleh dikongsi cuma kadang-kadang ada yang menjadikan facebook laman untuk menghimpun dosa ..tu yang tak best..

    ReplyDelete
  2. Fb ni satu cabang komunikasi dlm kemajuan teknologi.. tetapi bila beruk diberi bunga, mmg hancur jadi bunga tu. Semoga kita dpt menggunakannya sebagai saluran dakwah & maklumat yg baik utk mereka yg baik... aamiin..

    ReplyDelete
  3. Betul, paling cepat fitnah tulah cik ikhwan.
    Memang bersepah lah. Haih. Yang cinta muka buku mashaallah tak sanggup ah tengok kalau terjumpa haih TT_TT

    Sedih.
    Betul, minta lah pertolongan Allah.. Inshaallah semua jadi lagi ok :D
    Apa yg cik khir ckp pun betul gak tu. Amin ;)

    ReplyDelete
  4. Biasalah dik media nie laju sikit.
    Mengumpat mengata memang dah sebati dengan dunia facebook
    Kekadang isu rumah tangga pun tayang kat fb nie

    ReplyDelete
  5. setiap apa yg kita nak share kene pikir dulu baik buruknya..

    ReplyDelete
  6. berhati2lah...bersederhana apa jua kita lakukan..

    ReplyDelete
  7. fb x bersalah.. yg salah orang yg salah gunakannya.. sama la macam pistol.. sam ada digunakan untuk menjaga keamanan atau menibulkan huru-hara, bergantung kepada siapa yg gunakannya.. hehehe
    menabung sini.. ;)

    ReplyDelete
  8. fb tak salah . manusia tu je yang tak betul .
    shield tak cukup kuat nak hadapi dunia macam ni . walau hanya maya . Belum cabaran dunia realiti lagi .=)

    ReplyDelete
  9. Manusia yg tidak cukup pandai untuk menggunakan teknologi yg sedia ada...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.