Header Ads

ANAK ITU AMANAH,ANUGERAH DAN UJIAN DARIPADA ALLAH

Assalamualaikum w.b.t

Anak itu amanah untuk dijaga
Anak sebagai anugerah,amanah dan ujian

Alhamdulillah.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian Alam.Anak,satu pemberian yang paling bernilai untuk pasangan yang mendambarkan kebahagian dalam melayari bahtera berkahwinan.Satu Anugerah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan untuk menyerikan lagi segenap alam kehidupan.Hari ini kita dikejutkan dengan pelbagai kes-kes yang melibatkan penderaan yang melibatkan kanak-kanak.Dari segi penderaan mental,fizikal dan tak kurang juga penderaan seksual.Apa yang menyedihkan penderaan ini ada juga dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak itu sendiri.Dimana hilangan Amanah yang dipertanggungjawabkan?

ANAK ANUGERAH KEPADA IBU BAPA

Anak sebagai satu Anugerah
Anak sebagai satu Anugerah

Kelahiran seorang anak itu merupakan satu anugerah kepada seseorang daripada Allah swt.Anugerah yang begitu tinggi nilainya kepada hamba-hamba-Nya.Mengapa satu anugerah?Setiap anak yang lahir telah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing daripada Allah swt.Firman Allah dalam Al-Quran:

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin.Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu.Membunuh mereka itu sungguh suatu dosa yang besar."[Surah al-israa' 17:31]
Jadi anugerah pemberian rezeki telah dijanjikan setiap anak yang dilahirkan di atas muka bumi ini.Bahkan setiap anak yang dilahirkan dibahagi bahagian rezeki mereka masing-masing sejak berusia 4 bulan dalam kandungan ibu.Sabda Nabi Muhammad saw:

"Sungguh, dikumpulkan penciptaan kalian dalam perut ibumu selama 40 hari.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi segumpal darah.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi sekerat daging.Kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan juga diperintahkan dengan empat hal;untuk menulis rezekinya,ajalnya,amalnya,dan termasuk orang yang sengsara atau bahagia."[HR Bukhari dan Muslim]
ANAK MENJADI AMANAH KEPADA IBU BAPA

Anak adalah pinjaman daripada Allah swt.Jadi ianya merupakan salah satu amanah yang dipegang oleh ibu bapa sebelum kembali kepada penciptanya.Ibu bapa perlulah mendidik,menyayangi anak-anak dengan penuh perhatian.Bekalan ilmu agama perlulah diterapkan untuk menjadikan 'amanah' ini dapat mengenal penciptanya.Mengikuti segala perkara yang disuruh dan meninggalkan setiap perbuatan buruk yang ditegah oleh Allah swt.Sabda Rasulullah saw:

"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi,Nasran ataupun majusi"[Bukhari]

ANAK SEBAGAI UJIAN DARIPADA ALLAH


Kelahiran cahaya mata juga merupakan ujian yang besar kepada setiap ibu bapa.Mereka perlulah mendidik anak-anak mereka dengan memberi pendedahan agama yang sempurna.Ini kerana,persekitaran luar mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak terutama apabila memasuki era remaja.Allah berfirman:

"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar."[Surah Al-Anfal 8:28]

Memiliki anak-anak yang istimewa juga merupakan ujian daripada-Nya.Dugaan yang diberikan untuk melihat sejauh mana kita mampu menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan oleh-Nya itu.Ibu Bapa perlulah memastikan anak-anak menjaga batas-batas yang telah ditetapkan.Contohnya batasan dalam pergaulan dan menutup aurat.InshaaAllah pengakhiran yang baik untuk ibu bapa yang mampu memagang amanah yang dipertanggungjawabkan ini.



Rujukan:

-Al-Quran terjemahan Pustaka Darul Iman [Surah Al-Anfal 8:28][Surah Al-Israa' 17:31]



22 comments:

  1. zaman sekarang ramai yang susah nak dapat anak...berusaha macam2 cara nak dapat anak...tapi yang dah dapat anak...tak tau bersyukur..malah aniaya pula anak tu...

    besar tanggungjawab ibu bapa pada anak-anak...ibu bapa kena menjawab bila di SANA nanti...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... t kasih atas peringatan & perkongsian ini Ikhwan.. Salam Jumaat.. :)

    ReplyDelete
  3. Amanah Allah untuk mereka yang bergelar parents...Kena jag dan pelihara, supaya tidak dipersoalkan di akhirat kelak...

    Nissan Almera & Astro for Wan..

    ReplyDelete
  4. anak ini anugerah yg tak terhingga daripada NYA.. semoga kita semua tidak membuat perkara2 yg tak baik terhadapnya..

    ReplyDelete
  5. Anak anugerah terindah untuk semua pasangan ibubapa ....

    ReplyDelete
  6. sangat besaqr tanggungjawab seorang ibu dan ayah tu:)

    ReplyDelete
  7. InsyaALLAH andai dikurniakan bagaimanapun jenis anak itu, akan Sha jaga dengan penuh amanah... InsyaALLAH... cuma tiada lagi rezeki ke situ :(

    ReplyDelete
  8. anak - anak anugerah Allah untuk kita jaga . ibu bapa yg mengabaikan anak bermakna mereka mengabaikan amanah Allah .

    ReplyDelete
  9. salam singgah. anak-anak adalah amanah & pinjaman ibu bapa. memang ibu bapa nak tak nak kena bertanggungjawab terhadapa anak-anak. sebab tu sebelum kawin, kena juga mendalami ilmu :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulliah,...anak dan ibu bapa saling memerlukan :)

    ReplyDelete
  11. Anak-anak ibarat kain putih. Semoga cantiklah corak kain itu. Ibu bapa nak yg terbaik buat anak2. Salam singgah
    Http://www.irrayyan.com

    ReplyDelete
  12. insyaallah..
    kadang2 tu bila kita marah sgt kat anak,
    bila time malam tgk dia org tido sayu jer kan..
    thanks sharing

    ReplyDelete
  13. Insha allah anak2 umi dan waled akan jd saham akhirat utk kami..m

    Jom jln2 ke blog saya

    ReplyDelete
  14. Insha allah anak2 umi dan waled akan jd saham akhirat utk kami..m

    Jom jln2 ke blog saya

    ReplyDelete
  15. amiin,, lihat muka anak-anak dah dapat menyejukkan kita,,
    terima kasih Ya Allah... :)

    ReplyDelete
  16. Nice sharing ^^ Syukur alhamdulillah sebab di anugerahkan mak bapak yang penyabar. Ngeeehehe...

    ReplyDelete
  17. menjadi tanggungjawab ibu dan ayah untuk mencorak anak-anak mereka..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Cuba perbetulkan ayat di awal mukadimah...Allah mentadbir sekalian alam...

    ReplyDelete