Header Ads

DALAM SEKOLAH KEHIDUPAN-SI KAYA TERUS KAYA,SI MISKIN TERUS MISKIN?

Assalamualaikum w.b.t

dalam sekolah kehidupan

Kehidupan menjadi satu medan untuk mengenal sebuah kehidupan.Dalam sebuah sekolah kehidupan kita terpaksa dan semestinya memerlukan kekuatan untuk merempuh segala cabaran dan dugaan yang ada.Mungkin ada yang mengatakan "kehidupan itu tidak adil".Persoalannya mengapa kehidupan itu tidak adil?Suasana tindas menindas di sana-sini.Perkataan kaya bertambah kaya,miskin bertambah miskin kekadang itu jika difikirkan ianya sangat-sangat relevant untuk kita gunakan.Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui mengapa semua ini berlaku.Jadi kita perlu bijak untuk bermain dengan mainan kehidupan ini.Pandai mengatur segala strategi yang ada untuk terus berada dalam arus kehidupan yang sebenar.

KAYA TERUS KAYA,MISKIN TERUS MISKIN

Kekadang itu aku sering perhatikan suasana ini sentiasa berlaku dalam kehidupan kita.Apabila punyai kuasa terus dapat memonopoli segalanya.Akibatnya yang tidak berada itu terus tersepit dalam kehidupan mereka sendiri.Namun hakikatnya mereka yang mempunyai kuasa dan kebendaan ini patut menolong memberi sinar kehidupan kepada yang memerlukan.Persoalannya adakah ini yang berlaku?Mungkin ada sebahagian yang berhati basah dan mungkin sebahagian terus keras membatu untuk menghulurkan pertolongan.Kuasa dan harta itu sebahagian daripada ujian yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya.Macam mana mereka yang punyai kedudukan dan kuasa menolong orang bawahan yang memerlukan bantuan.Segala apa yang kita ada sekarang ini bakal dipersoalkan oleh Allah pada akhirat kelak.Kekayaan itu mungkin boleh menjadi penyelamat dan bencana kepada kita.

Adakalanya ramai antara kita lebih mengira status seseorang.Kalau orang itu kaya-raya semuanya dipandang mulia.Namun mereka yang tiada apa-apa dipandang sebaliknya.Mungkin inilah sebuah hakikat yang sering berlaku dalam hidup kita.Samaada ianya berlaku terang-terangan dipersekitaran kita atau pun sebaliknya.Mungkin mulai sekarang yang 'ditindas' perlu terus untuk membuka serapang empat mata untuk terus bertindak.Biar kita miskin dengan harta tapi kaya dan ilmu agama di dada.Jangan kita menjadi kaya dengan harta tapi hati kelam tidak bermaya ataupun miskin dengan harta dan miskin pula dengan nilai kerohanian dalam diri.Alangkah ruginya.

Apa yang penting kuatkan berusaha dan pasti dengan pertolongan Allah.Kekayaan itu boleh dicari selagi kita punyai usaha dan harapan hanyalah kepada Allah.Janganlah hanya berdoa dan berikhtiar sedangan usaha tidak diselarikan.Harta itu bukanlah datang bergolek kepada kita.Kalaulah konsep ini terus di mainkan dalam sekolah kehidupan perkataan sikaya terus kaya dan si miskin terus miskin akan terus berkuasa.Masa untuk semuanya bangkit.Sesungguhnya Allah telah aturkan segala rezeki buat hamba-hambanya!Buka lampu hati untuk memadam segala kegelapan itu.

8 comments:

  1. perlu kita ketahui , sebahagian harta yg kita milki adalah milik org lain aka ada hak org lain dlm harta kita , maka banyakkanlah memberi ...

    ReplyDelete
  2. Betul. Dasar disriminasi itu tiada dalam Islam. Kita digalakkan membantu yang lemah seperti dalam konsep zakat fitrah bulan Ramadhan ini.. studioous.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. betul..dasar diskriminasi.. byakkan memberi.. banyak ganjaran menanti:P

    ReplyDelete
  4. itu realitinya..tp tak semuanya macam tu..dan inshaaAllah, si miskin pun boleh ubah kehidupannya kepada kehidupan yang lebih baik...kaya ni nampak senang..tp hatinya tak tenteram.. ;) lebih baik kita miskin harta tapi bahagia dan ada agama...

    ReplyDelete
  5. Dalam Islam banyak panduan utk kehidupan yg sejahtera.. namun, tak semua yg mahu menerimanya.. yg kaya kebanyakkan terdorong kpd minda kapitalisme.. Namun alhamdulillah, masih ada juga yg tidak begitu. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita semua... aamiin.

    ReplyDelete
  6. Biar miskin harta asal kaya budi bahasa :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.