Header Ads

ISRAEL PENIPU BESAR,TUDUH MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t


SAVE GAZA,SAVE PALESTIN
Save Gaza..Save Palestin

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.Mungkin ada antara kita semua telah mengetahui cerita ini.Sebenarnya,aku sendiri terkejut dengan penyataan yang telah dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.Apa motif sebenarnya mereka mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.Malaysia anatara Negara yang aktif memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh kekejaman rejim zionis dan Israel laknatullah.Sedikit petikan daripada sebuah saluran media elektronik yang dapat aku petik.

Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza. 
"Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,"
Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.
"Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara," tegas Dr Khaled.-sumber astro awani

Jadi apa yang aku dapat simpulkan, peranan negara-negara Islam itu sendiri penting dalam menolong saudara kita di Palestin bagi mendapatkan dan mempertahankan hak mereka.Lihat dengan pertolongan yang disalurkan ianya mungkin dapat memberi sinar cahaya dan kekuatan moral kepada saudara kita di sana. Disamping dapat meruntuhkan moral Israel kerana semangat juang yang ditunjukkan oleh pejuang-pejuang Palestin.

Ini mungkin satu taktikal dan propaganda yang sedang dimanipulasikan oleh Israel bagi menutup kekejaman dan keburukkan mereka.Sebagaimana strategi yang dimainkan oleh kuasa-kuasa besar melalui FALSE FLAG.Dulu aku pernah menceritakan apa itu FALSE FLAG.Sedikit pencerahan makna false flag.Ia adalah strategi yang digunakan untuk mencapai objektif politik tertentu. Dalam peperangan di laut, istilah false flag merujuk kepada serangan yang dibuat oleh sesebuah kapal perang sambil mengibarkan bendera pihak yang lain. Tujuannya untuk mengelirukan pihak musuh supaya mereka menyangka bahawa serangan tersebut datang dari pihak yang berbeza.

Israel menggunakan pendekatan ini bertujuan menutup kekejaman mereka.Mereka beralih kepada Malaysia yang menyatakan memberi bantuan latihan kepada tentera Hamas untuk menampakkan kekejaman membunuh rakyat-rakyat Israel.Namun pada hakikatnya mereka sendiri adalah penjenayah kejam yang telah membunuh beratus-ratus,beribu-ribu rakyat palestin tanpa belas kasihan.Inilah yang dikatakan fitnah akhir zaman.InshaaAllah,Allah sentiasa bersama-sama pejuang-pejuang Islam.Teruskan menyokong dan membantu saudara kita di palestin kerana mereka semua adalah saudara-saudara Islam kita.




16 comments:

  1. Jahat kan israel....... </3
    #prayforgaza!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya mereka2 ni jahat....InshaaAllah Allah bersama kita semua...

      Delete
  2. save to gaza.. panas je telinga baca ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keep praying for Gaza....InshaaAllah Allah bersama umat Islam

      Delete
  3. Malaysia baik ok. Israel kejam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Israel sememangnya kejam.... #prayforGaza

      Delete
  4. macam2 sekarang ni. #prayforGaza

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka2 ni mmg dah tertekan,,Hbs semua org nak di salahkan..

      Delete
  5. shaytan2 israel mmng centu. apapun, kita teruskan support gaza walaupun israel dh benci sgt2 dgn kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xkisah pon Israel tu benci kita..mereka ni mmg layak dibenci..
      #supportGaza

      Delete
  6. selagi umat Islam x bersatu selagi itulah Israel akan bermaharajalela di mukabumi ini.

    ReplyDelete
  7. harap tiada pihak yang percaya akan tuduhan israel tu..

    ReplyDelete
  8. Tuduhan yang tak berasas ..Macam2 agenda Israel .

    ReplyDelete
  9. Semoga Allah jua yg melindungi kita & menggagalkan rancangan jahat Zionis hina ini... aamiin.

    ReplyDelete