Header Ads

KISAH GURAUAN NABI MUHAMMAD SAW DENGAN TIGA WANITA

Assalamualaikum w.b.t

Gurauan NABI MUHAMMAD SAW dengan 3 wanita
Gurauan NABI MUHAMMAD SAW dengan 3 wanita

Alhamdulillah.Satu lagi perkongsian cerita mengenai Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw.InshaaAllah sebagai pengisian yang bermanfaat untuk direnung dan dibaca oleh semua.Sesungguhnya Rasulullah itu adalah insan yang mulia dan teragung.Berikut adalah kisah menunjuk Baginda saw bergurau dengan 3 wanita bilamana ditanya oleh wanita-wanita ini.

KISAH WANITA DENGAN ANAK UNTA

Pada suatu hari, ada seorang wanita ingin menaiki untanya. Oleh kerana unta itu besar, dia sukar untuk menaikinya. wanita itu cuba juga untuk naik ke atas badan untanya dengan segala usaha tetapi masih tidak berjaya juga.

Kemudian wanita itu datang kepada baginda saw lalu berkata, “Ya Rasulullah! Bantulah aku naik ke atas badan unta ini.”

“Aku akan naikkan kamu ke atas anak unta”, kata Rasulullah .
“Ia tidak mampu.”, kata wanita itu.
“Tidak! Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta.” tegas Rasulullah .
“Ia tidak akan mampu.” ulang wanita itu lagi.

Para sahabat yang berada di situ berkata, “Bukankah unta itu juga anak unta?”

KISAH WANITA DENGAN MATA PUTIH

Dalam suatu peristiwa yang lain, datang seorang wanita kepada Rasulullah . Dia memberitahu Rasulullah “Ya Rasulullah! Suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu.”

Baginda lalu bertanya: “Siapa dia suamimu itu? Apakah ia yang matanya ada putih-putih itu?”
Wanita itu menjawab: “Demi Allah! Mata suami saya tidak ada putih-putih.”
Kemudian baginda berkata lagi: “Bahkan di matanya ada putih-putih.”
Wanita itu tetap menolak dengan berkata: “Demi Allah! Tidak.”
“Semoga suamimu yang dalam matanya putih.” kata Rasulullah .

Wanita itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, “Kenapa kamu ini?”

Rasulullah  memberitahu bahawa dalam matamu putih”, kata isterinya menerangkan.
“Bukankah semua mata ada warna putih?”kata suaminya.

Sebenarnya Rasulullah bergurau dan apa yang dimaksudkan oleh Baginda ialah putih yang mengelilingi mata yang hitam itu.

KISAH WANITA DENGAN ORANG TUA TIDAK MASUK SYURGA


Diriwayatkan juga bahawa seorang wanita tua telah menghampiri Rasulullah . Danwanita tersebut telah berkata kepada Baginda “Ya Rasulullah! Doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga.”

“Wahai ummi fulan! Syurga tidak dimasuki oleh orang tua.” tegas Rasulullahmemberitahu.
Lalu perempuan tua itu pun menangis.
Rasulullah pun menjelaskan, “Tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً ﴿٣٥﴾ فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ﴿٣٦﴾ عُرُبًا أَتْرَابًا ﴿٣٧﴾لِّأَصْحَابِ الْيَمِينِ ﴿٣٨﴾

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.”(Surah Al-Waqiah; Ayat 35 – 38).

SUMBER DIOLEH:-
1-kisah senda gurauan rasulullah dengan 3 wanita
2-Rujukan Al-Quran surah Al-Waqiah
.




2 comments:

  1. Selawat & salam keatas junjungan besar Rasulullah saw..
    Salam Aidilfitri Ikhwan.. maaf zahir & batin.. :)

    ReplyDelete
  2. Nabi Muhammad SAW memang lawak sikit hehehehe.
    Paling best cerita last tu huhu.
    Mana ada orang tua masuk syurga wiwiwi

    ReplyDelete