KISAH NABI MUHAMMAD SAW DENGAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum w.b.t

kisah Rasulullah saw dengan kanak-kanak
Kasihnya Baginda saw terhadap kanak-kanak


KISAH NABI MUHAMMAD DAN KANAK-KANAK | Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sebelum ini ada diceritakan mengenai bagaimana kisah Rasulullah saw dengan kucing. InshaaAllah perkongsian diteruskan dengan kisah Nabi Muhammad saw dengan kanak-kanak. Sesungguhnya anak itu adalah anugerah dan Amanah kepada mereka yang bergelar ibu dan bapa.Berilah kasih dan sayang kepada mereka sewajarnya.

RASULULLAH senang bermain-main (menghibur) dengan anak-anak dan kadang-kala baginda memangku mereka.

Baginda pernah menyuruh Abdullah, Ubaidillah dan anak anak lain untuk berbaris lalu berkata, "siapa terlebih dahulu sampai kepadaku akan ku beri sesuatu (hadiah). Mereka pun berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian anak-anak itu duduk di pangkuannya lalu Rasulullah menciumi mereka dan memeluknya".

Ketika Jaafar bin Abu Tholib, terbunuh dalam peperangan, Rasulullah, sangat bersedih. Baginda segera datang ke rumah Jaafar dan bertemu isterinya Asma bin Umais yang sedang membuat roti, memandikan anak-anaknya dan memakaikan baju. Baginda berkata, "kemarilah anak-anak Jaafar", ketika anak-anak itu datang kepadanya, beliau menciuminya sambil menitiskan air mata.

Lalu Asma bertanya kepada baginda mengapa,‘wahai Rasulullah, mengapa anda menangis? Apakah ada berita dukacita tentang suamiku Jaafar dan sahabatnya?’Baginda menjawab, ‘ya benar, mereka di timpa musibah’. Air mata baginda mengalir deras.

Asma pun menangis sehingga wanita sekeliling rumahnya berkumpul dan mengerumuninya. Kemudian Rasulullah bersabda, ‘janganlah kalian melupakan keluarga Jaafar, buatlah makanan untuk mereka kerana keluarga ini dalam musibah akibat kematian Jaafar’.

Al-Aqraa bin Harits melihat Rasulullah mencium Al-Hasan lalu berkata,"wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh anak, tetapi aku belum pernah mencium mereka". Rasulullah bersabda, "aku tidak akan mengangkat engkau sebagai seorang pemimpin apabila ALLAH mencabut rasa kasih sayang dari hatimu. Barang siapa tidak memiliki rasa kasih sayang, nescaya dia tidak akan disayangi".

Seorang anak kecil dibawa kepada Rasulullah untuk didoakan, dimohonkan berakah dan diberi nama. Anak-anak tersebut dipangku oleh baginda. Tiba-tiba anak itu kencing, lalu orang-orang yang melihatnya berteriak. Baginda berkata, "jangan diputuskan anak yang sedang kencing, biarkanlah dia selesaikan kencingnya". Selepas itu, beliau berdoa dan memberi nama lalu membisiki kepada ibu bapa anak itu supaya tidak menyimpan sangkaan buruk. Ketika pasangan itu berlalu, baginda mencuci sendiri pakaian yang terkena kencing tadi.

Ummu Kholid binti Khoid bin Saad Al- Amawiyah berkata, aku dan ayahku menghadap Rasulullah dan bermain dengan cincin baginda, ayahku memarahiku tetapi Rasullulah berkata, "biarkanlah dia". Kemudian baginda berkata kepadaku, bermainlah sepuas hatimu, nak!’

Ketika Rasulullah bersolat, baginda meletakkan Umamah binti Zainab di lehernya. Tatkala baginda sujud, Umamah diletakkannya di sebelah apabila baginda kembali berdiri diletakannya semula Ummamah dileher. Umamah adalah anak Abu Ash bin Rabigh bin Abdusysyam.

SUMBER:SINAR HARIAN
KISAH NABI MUHAMMAD SAW DENGAN KANAK-KANAK KISAH NABI MUHAMMAD SAW DENGAN KANAK-KANAK Reviewed by ikhwan yusuff on 23:17:00 Rating: 5

9 comments:

  1. bagus entri ini bro..memang diakui akhlak Nabi dengan budak-budak memang terbaik

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  2. bagus entri ini bro..memang diakui akhlak Nabi dengan budak-budak memang terbaik

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, artikel yang bagus untuk pembangunan kerohanian. Teruskan :D

    ReplyDelete
  4. Thanks Wan..Berkah ada pada setiap kanak-kanak kan..

    ReplyDelete
  5. saja mai singgah sini selamat menyambut ramadhan yang ke 26 semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya ;-) datang dari Blog MiaLiana Nabi memang sayang budak2 kan ;-)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ikhwan atas perkongsian ni.. tiba2 rindukan anak saudara dengan telatah mereka.. :')

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian Ikhwan...

    ReplyDelete
  8. noe nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran buat Ikhwan...semoga bergembira bersama keluarga dan maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  9. Rasulullah pemimpin sepanjang zaman. Selawat & salam buat Baginda Rasulullah saw.

    ReplyDelete