Header Ads

KISAH NABI MUHAMMAD SAW DENGAN KUCING

Assalamualaikum w.b.t

kisah rasulullah saw dengan kucing
kisah rasulullah saw dengan kucing


KISAH RASULULLAH SAW DENGAN KUCINGNabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu hari, ketika Nabi saw hendak mengambil jubahnya, Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Baginda saw tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi saw kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi saw menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak tiga kali.Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan di letakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.Nabi berpesan Kepada para sahabatnya,untuk menyayangi kucing dan selayaknya menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak dibenarkan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai," (HR. Bukhari).

Nabi saw menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci


Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

14 comments:

  1. penkongsian terbaik ikwan.. sb tu ramai yg bela kucing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Kucing haiwan yang comel & manja...best bela..:D

      Delete
  2. Nice Sharing Ikhwan ...Pada saper2 yang suka sakitkan haiwan tu kena baca ni ...Jangan sesekali sakitkan haiwan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol sangat2 tu kak Lya..hentikan meyeksa binatang..apa jenis sekali pon...mereka berhak untuk hidup..:D

      Delete
  3. Anak2 akak suka kucing jugak tapi takleh nak bela la sebab diaorg ni alah sikit ngan bulu kucing ..achoomm achoomm duk versin kalau kena bulu kucing huhuhu

    ReplyDelete
  4. saya pun suka kucing..
    tq shring bro.. byak info baru dat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Sama2 moga bermanfaat..:D

      Delete
  5. Thanks wan..akak tak benci kucing cuma tak boleh dekat sbb ada alahan..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..kita ada empat ekor kucing..comel-comel semuanya...

    ReplyDelete
  7. sapa xsayang kucing..dahla comel...:3

    ReplyDelete
  8. Selawat & salam buat junjungan besar Baginda Rasulullah saw.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.