Header Ads

MASJID KRISTAL TERENGGANU

Assalamualaikum w.b.t

Masjid Kristal Terengganu
Tersergam Indah Masjid Kristal Terengganu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah.'Kembara puasa' diteruskan dengan menziarahi satu lagi mercu tanda kebanggaan Negeri Terengganu iaitu Masjid Kristal.Sebelum ini aku telah publish satu post berkenaan Muzium Negeri Terengganu.Mungkin korang juga patut masukkan melawat masjid kristal sebagai 'menu' wajib bila berkunjung ke Terengganu.Masjid kristal juga terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam(TTI) yang terletak di Pulau Wan Man,Terengganu.Dalam kawasan Taman Tamadun Islam ni korang boleh melihat replika-replika masjid-masjid di seluruh dunia seperti Masjid Al-Aqsa etc.Sedikit perkongsian,Mantan Perdana Menteri-Tun Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan pembukaan masjid ini pada 8 Febuari 2008.Dan untuk pengetahuan korang semua masjid dibina daripada keluli dan kaca dan merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.

Taman Tamadun Islam Map.jpg
Peta Bergambar taman Tamadun Islam

Masjid kristal Terengganu
Permandangan dari bahagian hadapan Masjid Kristal

Untuk memasuki kawasan Taman tamadun Islam(replika-replika masjid) korang dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak dan warga emas.Dan RM20.00 untuk pengunjung yang bukan warganegara Malaysia(tak tahu kalau dah berubah).Kali ini aku tak berpeluang nak masuk dalam kawasan replika-replika sebab ditutup kepada semua pengujung pada bulan puasa.Jadi tak dapatlah nak kasi post gambar banyak-banyak.


Masjid Kristal Terengganu..Keseuruhan masjid

Gambaran dari arah pintu Masuk
Jadi mungkin korang boleh rangka satu plan untuk melawat ke sini.Memang menarik dan semestinya tidak merugikan mana-mana pihak.Menteliti kehebatan yang Allah ilhamkan kepada manusia dalam bentuk seni bina.Kepada yang nak kahwin tu ambik outdoor picture kat sini pon cantik!Sekian.Selamat meneruskan ibadah berpuasa.Alhamdulillah dah masuk seminggu kita berada dalam bulan Ramadan.






12 comments:

  1. cantiknyer..teringin nak pergi terengganu..

    ReplyDelete
  2. Cantik... belum dapat sampai lagi saya. Mmg akan ke sana sekeluarga nanti. Thanks sharing info Ikhwan.. :)

    ReplyDelete
  3. hari tu p masjid kristal nih time maghrib... SubhanAllah... cantik sangat cahaya terbias...

    ReplyDelete
  4. Dah pernah sampai sini tapi pusat Tamadun islam tu tak berkesempatan nak masuk..Ingat masa kita orang pergi..semua excited nak tengok kristall..

    ReplyDelete
  5. Smart Investing for Wan..

    ReplyDelete
  6. subhanallah..
    salah satu tmpat
    wajib mai kalau sampai ke terengganu..
    best entry ni..entry menarik.. gambar awesome :)

    ReplyDelete
  7. pernah gi trengganu dulu tapi x sempat nak melawat masjid kristal

    ReplyDelete
  8. Cantik ..Kak Lya pergi aritu tapi masa tak mengizinkan nak duk lama2 ..tak sempat nak jenguk semua la Ikhwan ..

    ReplyDelete
  9. ya Allah. cantiknyaa. teringin nak pegi sni. tp dsbbkn jauh. tahan jela. ade jodoh sampai la sana =)

    #ehh blog da btukar laa. hihi

    ReplyDelete
  10. subhanallah...cantiknya....pernah pergi terengganu sekali je...tu pn masa kecik2...huhu....tengok la nanti, ada rezeki sikit nak plan pergi pusing satu semenanjung...hee=)

    ReplyDelete
  11. Huhuhu Bestnya dapat tengok live... KTC dapat tengok dalam TV jer.. Huhu

    ReplyDelete
  12. Teringin nak pergi tengok Masjid Kristal tu...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.