MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Assalamualaikum w.b.t




Alhamdulillah.Siapa pernah sampai ke Muzium Terengganu?Salah satu tempat yang wajib dilawat bagi yang merancang untuk melancong ke Terengganu.Sedikit fakta dan keunikan mengenai Muzium Terengganu-Muzium Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai pelbagai tinggalan zaman purba di dalamnya.Alhamdulillah,semalam berkesempatan untuk melawat lagi ke muzium Terengganu ini setelah lebih kurang 2 tahun tak ke sana.Banyak juga perubahan yang berlaku dan kerja-kerja renovate juga dalam proses untuk menambahbaikkan mutu perkhidmatan.





Terdapat banyak galeri-galeri pameran tinggalan sejarah yang korang semua boleh tengok.Reka bentuk muzium yang bagi aku sememangnya unik dan menarik kerana memperlihatkan suasana zaman dulu kala.Untuk membolehkan korang meneroki semua galeri-galeri yang disedianya,ianya mengambil masa berjam-jam.Kali ini aku tak sempat untuk teroka semua galeri disebabkan ada geleri yang diasingkan.Maklumlah bulan puasa,cuaca pulak bukan main lagi panas.Antara galeri yang terdapat di Muzium Terengganu:

  • Galeri tekstil
  • Galeri Diraja
  • Galeri Kraf
  • Galeri Senjata
  • Galeri Sejarah
  • Galeri Petroleum
  • Galeri Islam
  • Galeri Ilmu kejadian
  • Galeri Perdagangan & Pelayaran
  • Galeri Perikanan & Taman Laut





Di luar muzium korang juga dapat tengok pelbagai jenis replika-replika perahu tradisional Terengganu dan kapal-kapal besar macam dalam gambar kat atas.Siap boleh naik dan snap gambar ala-ala jack&rose dalam filim Titanic.Tambahan pulak kapal ni memang menghadap laut(muara).Dan salah datu benda yang menarik korang boleh lihat sendiri batu bersurat yang asli di Muzium Terengganu.Malangnya pihak muzium tidak membenarkan mana-mana pengunjung untuk 'bergambar' dengan barang-barang pameran yang berada di dalam muzium(curi-curi ambik bolehlah tapi tak boleh upload dalam blog.Kena Saman!hihih).


MUZIUM NEGERI TERENGGANU MUZIUM NEGERI TERENGGANU Reviewed by ikhwan yusuff on 10:10:00 Rating: 5

15 comments:

  1. Tiey pernah datang sini time lawatan sekolah men dulu. Muzium ni antara muzium yang paling terbesar di Asia Tenggara. Honestly, tiey sesat xjumpa jalan keluar sebab luas sangat kan. hehehe

    Klik nuffnang atas tuu :)
    My recent post : Cpuv Ke-6: IKEA sale 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg luas kan tiey....btw xpernah sst lagi..hihihihihi

      Delete
  2. Fiza dah pergi.. kawasan di pun cantik.. bergambar mmg best..

    ReplyDelete
  3. byknya tempat2 menarik
    kena pergi nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kena pergi..pastikan ad dlm list bila smpai ke Terengganu..

      Delete
  4. pernah sampai terengganu tapi x pernah sampai ke muzium ni lagi...next visit kena masuk dlm list ni

    ReplyDelete
  5. nak pergi juga kalau ada rezeki..

    ReplyDelete
  6. Bagus betul entri ni.. t kasih Ikhwan. Bnyk tempat yg nak di tuju nanti.. menarik.. :)

    ReplyDelete
  7. TERBAIK !!! lama dah Kak Lya tak pergi ..
    Ingat2 last pergi masa anak sulung Kak Lya 2 thn Ikhwan ..

    ReplyDelete
  8. Asslammualaikum...

    mselim3 tak pernah gi lagi tempat nie... kesiannyer mselim3.. takper insaallah kalau jejalan kat terengganu boleh singgah muzium nie..

    mselim3

    ReplyDelete