8 TIPS KAHWIN MUDA YANG PERLU DIKETAHUI SEMUA

Assalamualaikum w.b.t


tip-tip kawin muda
Tip-tip kahwin muda

Alhamdulillah.Seperti yang umum mengetahui,Kahwin dalam usia muda telah mejadi trend pada era globalisasi ini.Sebenarnya,kahwin pada usia muda ini banyak kelebihannya tetapi apabila ianya dipandang enteng kahwin dalam usia muda juga boleh membawa keburukkan kepada seseorang.InshaaAllah sedikit perkongsian mengenai Tips kahwin Muda.Tips kahwin muda ini dikongsi hasil daripada artikel yang dijumpai di facebook.Moga membawa kebaikkan dan manfaat kepada kita semua.InshaaAllah.

8 TIPS KAHWIN DALAM USIA MUDA

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2-Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3-Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4-Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5-Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

6-Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

7-Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

8-Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

KONKLUSI PERKAHWINAN DALAM USIA MUDA

Alhamdulillah.Moga bermanfaat buat mereka-mereka yang berhasrat untuk menamatkan zaman bujang untuk berkahwin dalam usia muda.Sesungguhnya jika niat kita itu benar-benar ikhlas semuanya bakal dipermudahkan oleh-Nya.Perkahwinan itukan satu sunnah dan inshaaAllah niat untuk membina masjid itu bakal Allah permudahkan.Amin.


SUMBER DIOLAH DARIPADA:TIPS KAHWIN MUDA

8 TIPS KAHWIN MUDA YANG PERLU DIKETAHUI SEMUA 8 TIPS KAHWIN MUDA YANG PERLU DIKETAHUI SEMUA Reviewed by ikhwan yusuff on 21:00:00 Rating: 5

7 comments:

  1. berkahwin tu maksudnya dah sedia untuk galas tanggungjawab besar. jadi, memang kena ada dan ikut 8 tips di atas tak kiralah kawin tua or muda. hehe..

    ReplyDelete
  2. Tips yang sngat bguna trutamanya buat kita para remja yg sering tfikir mgenai pkahwinan... apapun kita kne pbtulkan sbaik mungkin niatnya

    ReplyDelete
  3. Jika niat kita ikhlas, pasti Allah permudahkan..Yang penting tau tanngungjawab masing-masing tak kira usia..

    ReplyDelete
  4. Promoted Content untuk Wan..

    ReplyDelete
  5. Dengan niat yg baik, in shaa Allah... Allah permudahkan segalanya... aamiin.

    ReplyDelete
  6. nice sharing.. kawin ni tangungjawab besar. bila da yakin nak kawen.. inshaaAllah semua dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  7. wah-wah, ni dah kahwin ke belum? kalau belum kahwin, nanti jangan lupa jemput kami semua. hehe..

    betul macam yang lain cakap. rezeki lah kalau dapat kahwin awal. tapi nak kahwin awal tu jangan sebab tengok member2 kahwin juga. kena betulkan niat... kita nak dia jadi pasangan kita selama-lamanya bukan setahun dua je.

    ReplyDelete