DICELAH WARNA-WARNA KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b.t

Warna-warni kehidupan.

Repost:Macam mana warna kehidupan korang untuk hari ini?Tenang umpama langit membiru?Putih sesuci putihnya baldu?Harap bukannya hitam yang gelap gempita dan bukan jua kelabu yang sentiasa mendung.Hari ini aku just yang tulis pasal warna warni yang mencorak kehidupan kita semua.

Mencorak warna kehidupan merupakan sesuatu yang amat penting dalam menyusuri kehidupan kita.Hidup mesti dihias dengan pelbagai variasi warna untuk menjadikan hidup kita sentiasa bermakna.Adakalanya kita menitik setitik warna hitam dalam kehidupan bila berdepan dengan situasi yang membuatkan kita hilang pertimbangan.Saat itu kita kembali mencuba untuk meletakkan kembali warna-warna ceria bagi melindung  merebaknya warna hitam.Tapi mengapa hitam yang kita benci?Namun disebalik warna hitam itu sebenarnya mengajar kita untuk menambah variasi warna yang membahagiakan dalam diri kita.Hitam tak semestinya kotor dan bukan jua simbol kejahatan.Daripada hitam kita boleh menukarnya menjadi putih.Analoginya bila baju kita dipenuhi kekotoran tapi kita tetap berjaya memutihkannya semula dengan pelbagai catalyst yang diguna.Maknanya bila diri kita dihempit kesusahan berusahalah mencari sesuatu yang dapat menolong kita bagi mengembalikan warna hidup kita yang asal.Jangan biarkan diri menhadapinya sorang-sorang.

Aku suka menjadi sebaris pelangi.Mengapa?Sebab walaupon hanya seketika sahaja muncul tapi mampu menampakkan sejalur warna yang indah.Walaupon hadir tanpa sinaran bersama tetapi tetap mampu mengembirakan hati orang melihatnya.Sebab itu aku berusha menjadi sebaris pelangi itu.Walaupon susah diri ini tetap akan mencuba sampai berjaya.Aku juga berusaha menjadi sang matahari.Sentiasa menolang bulan dengan menyalur cahaya tika malam menjelma.Menolong hidupan untuk mencari rezeki kala siang bertandang.Begitu juga dengan hujan.Mendinginkan bumi bila diserang musim gersang.Menyegarkan tumbuhan yang hausan kekeringan.Itu erti sebuah warna kehidupan.
DICELAH WARNA-WARNA KEHIDUPAN DICELAH WARNA-WARNA KEHIDUPAN Reviewed by ikhwan yusuff on 14:43:00 Rating: 5

10 comments:

  1. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ follow first ya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,perkongsian yang sangat bermakna... dah lama Abak tak aktif..sebenarnya Abak ada nak minta tolong rakan-rakan untuk melawat ke Blog 'The Modest Ustaz',blog assigmen Abak yang membawa 60 markah... kalau bleh tinggalkan komen samada positif dan ngatif spya dapat dibuat pnambaikkan.. abak ucapkan jutaan terima kasih..Kalau Follow jgn lpkan tngalkan jejak,snang Abak nk follow smula..

    http://themodestustaz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Setiap warna kehidupan adalah kebaikan yg Allah kurniakan buat insan.. Segala yg baik dtgnya dari Allah swt.. T kasih atas perkongsian ini Ikhwan..

    ReplyDelete
  4. Wah hebat Wan..Selamat menjadi Pelangi ya...

    ReplyDelete
  5. Invest untuk Wan for the weekend..

    ReplyDelete
  6. puitis ayat.. hehe...
    singgah menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  7. Hehehe TERBAIK la Ikhwan ..Warna2 kehidupan ni macam2 adooo ..Sekarang ni tgh berbunga riang bersama anak2 hehehe ........ Umi duk mengadap lappy sambil ajar anak2 menulis dan membaca..

    ReplyDelete
  8. Mak aii suka menjadi sebaris pelangi la pulak hehehe ....bermadah berpuisi la pulak ..Have a nice day Ikhwan

    ReplyDelete