Header Ads

KEJAMNYA MANUSIA MENODAI DIRI SENDIRI

Assalamualaikum w.b.t



"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"[Surah Ar-Rahman]

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan nikmat yang dikurniakan masih dapat bernafas untuk saat dan tika ini.Alhamdulillah.Kejamnya Manusia sehingga sanggup menodai diri sendiri.Dengan pelbagai nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita semua tetapi masih lagi segelintir manusia berusaha mengubah nikmat itu.Nikmat hadir dalam pelbagai cara.Nikmat keamanan,Nikmat masa lapang,Nikmat kesihatan dan 2 nikmat yang paling besar ialah nikmat Islam dan Iman.Alhamdulillah.

Rupa bentuk wajah yang sempurna juga merupaka salah satu nikmat yang telah Allah swt kurnia kepada manusia.Samaada orang itu Islam mahupun sebaliknya.Itulah tandanya Allah itu Maha Adil terhadap makhluk-Nya.Tapi masih lagi ada yang tidak bersyukur dengan nikmat paras rupa yang Allah berikan.Cukup sempurna sifat-sifat yang diberikan dengan 2 pasang mata,2 pasang telinga dan pelbagai lagi.Namun ada yang telah mengubah ciptaan Allah ini.Mengubah rupa asal,yang lelaki mahu jadi perempuan dan sebaliknya.Tidak cukup dengan itu,ada yang mengubah diri menjadi Anjing.Menambah tanduk-tanduk di muka.Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian yang telah Allah kurniakan?Dangkalnya pemikiran golongan ini.Allah berfirman:


"Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"[surah At-Tin 95:04]


Lihat sahaja bagaimana rakusnya manusia mengubah bentuk sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan.Malah mereka merasa bangga dengan bentuk yang telah mereka ciptakan itu.Nauzubillah.Persoalannya mengapa terjadi perkara sebegini?Sebab tiadanya iman dalam diri.Agama mereka sendiri tidak mampu menjaga mereka.Maka sebab itu Islam itu indah.Merangkumi segala-gala aspek dalam kehidupan.Mungkin apa yang melontarkan persoalan:"Ada juga orang Islam yang bertindak diluar batasan mereka"

Jawapannya mudah.Bilamana Islam itu hanyalah pada nama sahaja.Kehidupan seharian langsung tidak menggambarkan keislaman mereka.Dari segi pergaulan dan aktiviti seharian.Solat wajib lima waktu,adakah mereka jalankan.InshaaAllah bila kesemuanya dikerja mengikut garis panduan yang Allah dan ajaran yang diajar oleh Nabi Muhammad saw, inshaaAllah hidup pasti dipenuhi dengan keberkatan.Ingat akan sabda Nabi Muhammad saw:

Dari Abu Hurairah r.a,Nabi saw bersabda yang bermaksud:

"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dengan dua perkara yang kamu sekali-kali tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya;iaitu kitab Allah(Al-Quran) dan As-sunnah"

13 comments:

  1. a good reminder.. patutnya kita lebih bersyukur dengan segala nikmat.. alhamdulillah.. :D

    ReplyDelete
  2. uish... menyeksa diri sendiri apakah faedahnya..
    apapun terima kasih atas perkongsian..
    mama menabung kat sini dik..

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg baik.. kitalah yg merosakkan diri kita sendiri..

    ReplyDelete
  4. Itulah manusia bila permainan syaitan menjadi sebati dlm hati & diri. Perkara yg buruk serta memudaratkan menjadi satu kepuasan yg dianggap bermanfaat. Semoga kita semua dijauhi... nauzubillah..

    ReplyDelete
  5. Ngerinya tengok gambar kat atas...Kenapalah ada yang sanggup merosakkan wajah sempurna ciptaan Allah...Hmmm

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas peringatan... done follow u. follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
  7. seram dan ngeri tengok diorang ni..adeh..

    ReplyDelete
  8. masha-ALLAH, ternganga bulat saya tengok gambar tu -.-

    apa nak jadilah. sanggup buat sampai macam tu sekali. kalau cacat sungguh and nak ubah sebab nak elokkan balik xpelah. ini dah elok, tapi...

    ReplyDelete
  9. salam. semoga kita dijauhkan dari semua ni..

    ReplyDelete
  10. Manusia mmg KEJAM ...jgnlah kita terikut2 seperti mereka yang KEJAM ini ... Moga kita semua dijauhkan dari sifat KEJAM ini ..Nice Sharing Ikhwan

    ReplyDelete
  11. Kak Lya singgah menabung Sony Experis kat sini

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum,dan selamat hari raya..amboi sempoi blog tuan empunya blog ni..harap keadaan blog ;-) saja mai blogwalking ja dari blog MiaLiana ;-) terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete