Header Ads

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL, DAN TAKBIR

Assalamualaikum w.b.t


InshaaAllah kelebihan munajat diteruskan untuk entri kali ini.Sebelum ini kita semua telah memahami kelebihan dan keistimewaan bacaan surah Al-Ikhlas.InshaaAllah kali ini kita teruskan dengan kelebihan beramal dengan amalan Tasbih,Tahmid,Tahli dan Takbir.Sesungguh segala yang telah diajarkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ada kelebihannya yang tersendiri.


ُسُبْحَانَ اللهِ, وَالْحَمْدُلِلَّهِ, وَلاَ اِلَهَ اِلاَ اللهِ, وَاللهُ اَكْبَر


ERTINYA:Maha Suci Allah,Dan segala puji bagi Allah,Tiada Tuhan melainkan Allah,Allah Maha Besar.

KELEBIHAN BERAMAL DENGAN AMALAN INI

Diriwayatkan oleh Amr bin Syu'aib daripada bapanya bahawa datuknya r.a. berkata:Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa bertasbih 100 kali pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang,ia umpama seperti orang yang mengerjakan haji 100 kali. Sesiapa yang mengucapkan Alhamdulillah 100 kali pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang, ia adalah seperti orang yang menyediakan 100 ekor kuda dalam perang di jalan Allah; atau sabda baginda: ..ia bagaikan orang yang berperang 100 kali. Sesiapa bertahlil(Laa Ilaha Illallah) 100 kali pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang, ia adalah seperti orang yang memerdekakan 100 hamba daripada keturunan Ismail.Sesiapa bertakbir(Allahu Akbar) 100 kali ketika pagi dan 100 kali ketika petang, maka tiada sesiapa yang lebih banyak berzikir daripadanya pada hari itu,kecuali orang yang berzikir sepertinya atau lebih banyak."[Riwayat al-Tarmizi, menurut beliau hadis ini dinilai Hasan, Al-Nasa'i juga meriwayatkan seumpamanya]

Diriwayatkan oleh Ummu Hani' r.ha. bahawa Rasulullah saw bersabda kepadanya yang bermaksud: 

"Wahai ummu Hani', apabila bagi, hendaklah engkau bertasbih 100 kali, bertahlil 100 kali, bertahmid(Alhamdulillah) 100 kali dan bertakbir 100 kali, kerana sesungguhnya 100 tasbih bagaikan 100 ekor unta engkau korbankan dan 100 tahlil menghapuskan dosa sebelum dan selepasnya."[Riwayat al-Tabrani]

SUMBER:Buku Doa&Munajat Rasulullah SAW-Ditulis oleh:Ustaz Yusri Abd.Karim

18 comments:

  1. subahanalah ..hebat ..tq info dakwah ini ya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Amalan yang paling senang untuk diamalkan tapi ganjarannya terlalu besarkan Wan..

    ReplyDelete
  3. indahnya Islam ^___^ .. semoga bermanfaat kepada semua

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info ikhwan..sama2 kita amalkan...

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah,, pkongsian yg bermanfaat bro,..
    tq sharing ya...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ini... Insha Allah akan jadikan amalan bersama ^_^

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah thanks Ikhwan atas perkongsian ini ...

    ReplyDelete
  8. Sama2 kita amalkan ..InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. lakukannya sebanyak 100 kali ... insha Allah .

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah sekali lagi membaca kelebihan tasbih..syukran

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yg sgt bermanfaat.. t kasih Ikhwan.. subhanallah...

    ReplyDelete
  12. Thanks Ikhwan for sharing this

    ReplyDelete
  13. As'salam ikhwan Y..tampilan blog semakin mantap ya..sangat murni jiwa membaca di sini..mohon maaf ya late ja ke sini..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.