KISAH NABI MUHAMMAD SAW DI BALING BATU

Assalamualaikum w.b.t




KISAH NABI MUHAMMAD SAW DI BALING BATU| InshaaAllah,satu perkongsian cerita Nabi Muhammad untuk dikongsikan dengan kalian semua.Mungkin ada diantara kita telah mendengar Kisah Nabi Muhammad saw di baling dengan batu sehingga Baginda saw tercedera. InshaaAllah moga kita mendapat manfaat daripada perkongsian ilmiah ini.

KISAH NABI MUHAMMAD SAW DI BALING BATU

Imam al-Bukhari ..Aisyah bertanya pada Nabi Muhamad,..”apakah engkau pernah menghadapi suatu hari yang lebih berat daripada perang Uhud?’”

Nabi Bersabda “ Aku pernah mendapatkan perlakuan kasar dari kaummu,tetapi perlakuan mereka yang lebih berat yang aku rasakan adalah pada waktu aqabah ketika aku menawarkan diriku kepada ibnu Abd Yala’il bin Abd Kallal tetapi dia tidak menganggapi apa yang aku inginkan sehingga aku beranjak dari sisinya dalam keadaan sedih.Aku tidak lagi menyedari apa yang terjadi kecuali setelah dekat tempat yang bernama Qarn atsb-Tsa’alib (sekarang di sebut Qarn-al Manazil). Waktu aku mengangkat kepala ku ,tiba2 datang segumplana awan menaungiku , lalu aku melihat ke arahnya dan ternyata di sana ada Jibrail yang memanggilku. Dia berkata “ Sesungguhnya Allah telah mendengar ucapan kaummu kepada mu dan tanggapan mereka terhadapmu.Allah telah megutuskan kepadamu malaikat penjaga gunung untuk engkau perintahkan kepadanya sesuai keinginanmu terhadap mereka”, malaikat penjaga gunung itu tersebut memanggilku dan memberi salam kepadaku,kemudian berkata “Wahai Muhamad! hal itu terserah kepada mu , jika engkau menghendaki aku MERATAKAN mereka dengan al-Akhasyabin(gunung Abu Qubais dan Qu’ayqa’an”) maka akan aku lakukan” Nabi menjawab “ bahkan aku berharap kelak Allah memunculkan dari tulang punggung mereka suatu kaum yang menyembah Allah semata, dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun”

Inilah kisah dimana Baginda Nabi Muhamad dan sahabatnya di serang diejek,dihina bertalu2 oleh penduduk Thaif bila datang berdakwah sehinggakan tumit dan kakinya luka berdarah di baling batu sepanjang jalan…sehingga Nabi Muhamad sangat kecewa kerana di layan sebegitu rupa…Nabi pulang ke Mekah dgn hati yg sedih serta hati yg hancur…sehingga sampai ke suatu tempat bernama Qarn al-Manazil…Allah menghantar Jibrail dgn malaikat penjaga gunung iaitu gunung Abu Qubais dan Qu’ayqa’an.

"Begitu pun Nabi Muhammad S.A.W. masih mendoakan kesejahteraan dan keamanan, sebagaimana doa Rasulullah S.A.W. di atas. Seharusnya kita mencontohi peribadi Rasulullah S.A.W. seberapa yang kita boleh. InsyaAllah.."




KISAH NABI MUHAMMAD SAW DI BALING BATU KISAH NABI MUHAMMAD SAW DI BALING BATU Reviewed by ikhwan yusuff on 00:40:00 Rating: 5

10 comments:

  1. perkongsian yang menarik dik.. kesabaran beliau tiada tandingannya..

    ReplyDelete
  2. Nice sharing...sama2 kita contohi keperibadian Rasulullah..walaupun di hina dan di ejek ttp tabah untuk mengembangkan ajaran islam..

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih berkongsi cerita ini. Walau diejek, dihina baginda dan para sahabatnya tetap tabah dan meneruskan dakwah mereka demi Allah Swt.

    ReplyDelete
  4. Salam membalas kunjungan anda tempoh hari. Salam kenal. Follow sini jugaa ye
    1046 . Terima Kasih singgah blog saya :)

    ReplyDelete
  5. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad SAW. Idola kita buat selama-lamanya..

    ReplyDelete
  6. orang buat kat Rasulullah macam mana pun, baginda bersabar je kan. kita ni, baru diprovok dah marah bukan main. belum lagi dibuat macam tu. hmmm

    ReplyDelete
  7. Itulah contoh pemimpin ulung sepanjang zaman. Selawat & salam keatas junjungan baginda Rasulullah saw...

    ReplyDelete
  8. teladan yang baik utk di contohi..

    ReplyDelete
  9. Nabi Muhammad itu pesuruh Allah :) Ungkapan itu sangat bermakna setanding perilaku yang menjadi ikutan. Allahu akbar! Pemimpin terbaik.

    ReplyDelete
  10. boleh cerita kisah ni kat anak-anak... Rindu Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete