Header Ads

MISTERI KISAH SEPOHON POKOK ARA:MITOS ATAU REALITI

Assalamualaikum w.b.t


Mitos pokok ara
Ihsan google wikipedia:Pokok Ara

Salam ceria semua.Alhamdulillah.Syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan.Pernah tengok pokok Ara?Pokok yang tumbuh begitu besar dan sangat-sangat menakutkan.Di kampung aku ada satu pokok ara yang begitu besar yang tumbuh meliar.Menurut apa yang aku dengar daripada cerita orang kampung,pada asalnya pokok ini hanyalah parasit kecil yang menumpang untuk hidup diatas sepohon pokok jering.Akhirnya pokok jering itu mati dan bertakhtalah sepohon pokok ara yang sangat besar.Aku sendiri gerun dan seram melihat pokok ni.Dahlah besar,akarnya pula bukan main besar lagi.

Apa yang menjadi persoalannya:Pokok ini selalu dikaitkan dengan mitos puaka.Percaya atau tidak?Apa yang aku faham bukan kita yang berketurunan manusia sahaja hidup di muka bumi ini.Benda ghaib yang tidak bercapai oleh pancaindera pun wujud di sekeliling kita.Jadi mungkin benda ini berunsurkan jin ataupun syaitan.Tapi orang dulu-dulu lebih senang untuk menyebut lembaga ataupun hantu.Sebenarnya banyak cerita seram yang berkaitan dengan pokok Ara ini telah pun dikongsikan oleh penduduk kampung aku.Dan sehingga kini pokok ini masih wujud dan masih juga dikenali sebagai pokok ara berpuaka.

KISAH SERAM POKOK ARA:KHAYALAN ATAUPUN REALITI

Sebenar kisah ini telah pun berlalu sejak bertahun lamanya.Arwah Tok(panggilan untuk nenek) aku pernah ceritakan dia ada melihat kelibat beberapa lembaga putih yang melompat-lompat keriangan.Hari itu hujan renyai-renyai membasahi perut bumi.Rumah tok aku hanya selebih kurang 1 kilometer dengan pokok ara tu.Pada sautu hari jumaat arwah ada melihat lembaga putih bergembira bermain hujan dibawah pohon ara yang sebesar itu.Seram pula mengingati cerita ini.Adakah ianya realiti ataupun fantasi?

Seorang lagi jiran aku pernah cedera akibat ditolak oleh satu lembaga.Cerita bilamana jiran aku ini pergi ke kebun untuk mengambil buah duku.Kebun tersebut berhadapan dengan pohon Ara ini.Bila panjat je pokok duku,terus terdengar suara seseorang menyapa dan memarahinya sebab mengambil buah duku tersebut.Entah macam mana dia boleh jatuh dari pokok duku.Bila balik rumah habis berdarah dan luka-luka badan jiran aku ni.Persoalan kedua apa motif semua ini?

MENJAWAB PERSOALAN YANG DILONTARKAN

Aku terfikir mengapa semua ini terjadi?Dari mana asalnya semua ini.Sememangnya kita tidak dapat mengelak untuk mempercayai kewujudan perkara-perkara ghaib di sekeliling kita.Hantu ini mungkin asal daripada syaitan mahupun jin.Seperti yang kita ketahui,benda-benda ini semua suka akan tempat-tempat yang kotor.Sebab itulah Islam menganjurkan kita semua untuk menjaga kebersihan.Apa yang dapat aku perhatikan pada persekitaran pokok Ara itu.Suasananya sangat kotor kerana dipenuhi dengan sampah-sampah disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri.

Orang dulu-dulu lampin bayi,sampah-sarap sewenang-wenangnya dihumpan dicelah-celah akar pohon tersebut(Sekarang tak tahu).Itulah mentaliti masyarakat yang sukar untuk kita ubah.Bukanlah syaitan-syaitan dan jin-jin itu suka akan tempat-tempat yang kotor.Jadi akibat daripada kerakusan tangan-tangan manusia yang menjadikan semua ini berlaku.

Konklusi yang dapat disimpulkan,kewujudan benda-benda ghaib ini ada disekeliling kita.Bukan kita sahaja yang tinggal mendiami bumi ciptaan Allah ini.Pernah aku membaca aku artikel yang menyatakan satu analogi yang mudah daripada 100%;90% daripadanya adalah malaikat.Manakala 10% selebihnya adalah jin dan manusia.Bila dihuraikan daripada jumlah 10% itu jumlah jin adalah 9:1.Bermaksud hanya hanya aku bahagian manusia daripada nilai 10% tersebut.Sekian.


10 comments:

  1. tengok dari jauh pun dah seram pokok ni .

    ReplyDelete
  2. Wah seram tengok pokok ni Wan..kalau malam sure tak akan lalu kat area ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius sis..mmg seram...dahlah tempat tu mmg gelap..klau mlm mmg xlalu kot..hihihih

      Delete
  3. SERAM la bila tengok ..Tapi kan Ikhwan zaman tok nenek kita dulu kalau lalu jer malam2 kat pokok ara ni mesti bulu roma menegak ...Siang boleh tahan lagi malam tu yang menyeramkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Kak Lya...memang seram sejuklah jwbnya..:D

      Delete
  4. Mgkn sebab bentuk fizikal pokok tu yang menyeramkan

    ReplyDelete
  5. salam. pokok ni selalunya orang percaya ianya berpenghuni a.k.a berhantu...

    tapi memang seram la pokok ni..

    ReplyDelete
  6. Dulu saya pernah cuba duduk di pokok ara sorang2 pada waktu malam. Waktu tu masih sekolah & hati kering jugak. Saja je nak mencuba2.. nasib baiklah tiada apa yg buruk berlaku. Pokok pangkalnya, segala rahsia di tangan Allah... hanya kepadanya kita berserah...

    ReplyDelete
  7. ishh. aah myeramkan laa.. ishh blom tgok dekat2 laa ni -,-

    ReplyDelete

Powered by Blogger.