Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape

Assalamualaikum w.b.t
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dream Escape: Kota Istanbul

Melawat kota Istanbul merupakan salah satu percutian impian aku. Bagi aku melawat Kota Istanbul yang terletak di turki patut menjadi satu tempat percutian sebabnya seperti yang kita tahu disinilah terlahirnya sebuah kerajaan Islam yang sangat kuat dan utuh iaitu kerajaan Turki uthmaniyyah. Disamping mempunyai permandangan yang cantik dapat juga mengkaji sejarah bagaimana perkembangan Islam disana suatu ketika dulu.

SEJARAH MENGENAI KOTA ISTANBUL, TURKI

Pada tahun 1453 Sultan Muhammad Al-Fatih berjaya membuka kota Istanbul dimana pada ketika itu dikenali sebagai konstantinopel. Bermula dari titik permulaan inilah Islam berkembang luas di turki dibawah kerajaan turki uthmaniyyah. Teringat aku akan satu hadis rasulullah saw.Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Namun kegemilangan Islam di Turki telah diruntuhkan oleh seorang lelaki yang bernama Mustafa kemal Atartuk .Mungkin korang semua boleh membaca kisah Mustafa kemal atartuk ini pada post yang pernah aku terbitkan.


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TURKI/ISTANBUL


blue-mosque
Masjid Biru/Blue Mosque 
Bagi aku sendiri, melawat Masjid biru antara perkara wajib bila berkunjung ke Istanbul. Masjid ini menjadi kebanggan rakyat Turki dan nama rasmi masjid biru ini ialah Masjid Sultanahmet. Mungkin diambil sempena nama Sultan Muhammad Al-Fatih. Apa yang menarik mengenai masjid ini ialah 6 menaranya yang berdiri megah serta mempunyai khubah yang rekabentuknya sebegitu unik. Selain itu, dinding dalam masjid dihiasi sekitar 20 ribu keping keramik berwarna biru serta berbagai ornamen abstrak yang memiliki nilai seni tinggi.

10.-Hagia-Sophia-1
Hagia Sophia Sebuah reka cipta yang unik
Aku pernah menonton satu dokumentari mengenai Hagia Sophia. Bangunan ini dulunya adalah sebuah Gereja ortodoks dan pernah dijadikan sebagai Masjid. Apa yang menarik segala apa yang ada di dalam Hagia Sophia ini langsung tidak diubah. Pada tahun 1935 hagia sophia dijadikan sebagai muzium yang reka ciptanya begitu unik.


Istiklal_Street
Istiklal Street 

Kalau korang layan cerita Istanbul aku datang, ada scene yang dorang lakonan di sini. Ianya merupakan wilayah ‘Istanbul Baru’, Istiklal Street adalah kawasan pejalan kaki yang sangat popular dan menawarkan berbagai hiburan seperti kedai-kedai pakaian, kedai buku, kafe, restoran, dan sebagainya. Kawasan ini boleh dikatakan sebagai pusat hiburan kota Istanbul di mana menikmati denyut kehidupan kaum muda Turki.




Topkapi-Palace-Entrance-041d1c79 (1)
TOPKAPI PALACE
Sedikit info mengenai tempat ini. Hasil bedah siasat 'Google'. Istana ini berlokasi tidak jauh dari Sultanahmet Square. Dibangun pada tahun 1478, Topkapi Palace merupakan tempat kediaman sultan pada dinasti uthmaniyyah. Di sini kita boleh mempelajari sejarah peninggalan kekuasaan Islam yang ada di Turki.


Tag: Fatin Wawa, Mr wan




Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape Reviewed by ikhwan yusuff on 16:20:00 Rating: 5

14 comments:

  1. i enjoy reading this entry :) teringin jugak nak pi Turki huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks fae.... InshaaAllah ada rezeki bolehlah pergi.. :D

      Delete
  2. Menarik... turki mmg bnyk temat2 yg cantik2 & menarik... semoga tercapai segala yg dihajati... aamiin.

    ReplyDelete
  3. jadi teringin lak nak gi turki tapi kena pergi mekah dulu ...

    ReplyDelete
  4. Asalam subahanallah..Allahuakbar..sesungguhnya Islam ini amat bercahaya lihat masjid Allah luarbiasa

    ReplyDelete
  5. Asalam wan boleh tak join segmen Etuza tu..ni klik ya http://madey09.blogspot.com/2014/11/segmen-pencarian-bloggers-bloglist-ikon.html

    ReplyDelete
  6. Salam Ikhwan ..Lama Kak Lya tak singgah sini .Ikhwan apa khabar ..Moga2 sihat hendaknya .. Seronoknyer kalau dapat pergi ..All the best Ikhwan ..

    ReplyDelete
  7. Lama tak singgah blog dah berubah wajah la ..Baru perasan bila terjah arini..Cantik & simple..Suka tengok hehe

    ReplyDelete
  8. tak pernah pergi lagi, satu hari nanti pasti ku kesana

    Jom ramai ramai makan Minyak Ikan

    ReplyDelete
  9. Ala bestnya kalau dapat gi
    Hihi
    Qila mmg selaalu ingat ustazah qila cerita pasal istanbul aduh nak gi :(

    ReplyDelete
  10. tahniah menang segmen sy.. sila ke blog sy utk update terkini & send detail pd sy utk penghantaran hadiah.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Tahniah sama-sama menang ^^ semoga tercapai hajat

    ReplyDelete