Header Ads

BISIKKAN HALUS DARI HATI

Assalamualaikum w.b.t


animasi bunga sakura
Nikmat menghirup pinjaman gas bernyawa dari Pencipta. Alhamdulillah. Hari bersilih ganti. Yang lama bertukar baharu. Itulah kitaran kehidupan sang Makhluk. Yang hidup ada matinya. Yang tegang pasti akan merasai kedutnya. Tapi pengorbanan tetap akan terus menerpa setiap inci celah-celah kehidupan. Ada antara kamu semua sampai nyawa berada di hujung kali masih perlu berkorban. Mungkin itu yang sudah  tertulis oleh-Nya untuk kamu. Setiap bentuk pengorbanan yang kamu lakukan pasti ada sebab mengapa kamu tegar melakukannya. Mungkin kekadang hati berbisik halus mempersoalkan mengapa perlu kamu berkorban. Berkorban bukan untuk manfaat diri tapi manfaat orang sekeliling. 

Lenyapkan dengusan halus ini. Suara ganjil yang selalu menghasut diri. Buang jauh-jauh. Kerana aku percaya setiap hidupan perlu untuk berkorban. Walaupun bukan untuk diri. Biarlah pengorbanan itu untuk wajah-wajah keliling kita. Sebabnya. Kita semua adalah suadara. Ya! Bukan kita semua bersaudara? Itulah jawapan yang telus dari hati. Walaupun mungkin hati ini sendiri punyai titik hitamnya. Tapi mungkin dengan pengorbanan ini menjadi tukaran untuk memutihnya kembali. Ya, aku sunggup.



15 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini :)

    ReplyDelete
  2. setiap kehidupan sudah trcatat takdirnya... ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.... Andai itu sudah tertulis.. :D

      Delete
  3. Bisikannya lirih hingga aku tak mendengarnya hehe

    ReplyDelete
  4. dlm apa keadaan sekalipun , ikhlaskan pengorbanan yg kita buat demi Allah sesungguhnya ...

    ReplyDelete
  5. Perkongsian puitis yg bermanfaat utk menjadi panduan serta renungan bersama. T kasih Ikhwan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... sama-sama En.Khir..:D

      Delete
  6. Wah puitis sungguh entry ni..walaupun kita tak faham sepenuhnya..but it sound good Wan...

    ReplyDelete
  7. asalam datang ke lanman anda...terbaik..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih cik ikhwang :D
    Setuju part buang jauh jauh suara halus tuu!!!

    ReplyDelete