FADHILAT DAN KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Setiap apa yang ada di dalam Al-Quran mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Menjadi garis panduan kepada setiap manusia dan memberi pengarah kepada sesiapa yang membacanya. Antaranya termasuklah Surah al-mulk. Terdapat banyak kelebihan dan fadhilat yang diperoleh bagi sesiapa yang mengamalkan bacaan surah al-mulk ini. Surah al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. Surah al-Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama' berkata:

"Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk."

Jadi marilah menjadi antara orang-orang beruntung itu. Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik. Antara kelebihan membaca surah al-mulk yang diperoleh bagi sesiapa yang istiqamah mengamalkan surah ini ialah.


  • Surah ini akan menjadi penyelamat
  • Penegah pembacanya dari seksa kubur
  • Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah SWT)
  • Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf AS (cantik)
  • Dinamakan surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik
Dalam beberapa hadith juga ada menyentuh perihal fadhilat surah al-mulk. Secara umumnya surah ini mengandungi 30 ayat dan berada pada surah ke-67 dalam al-quran. Jadi rasanya tidak melebihi 5 minit untuk membaca surah yang penuh dengan kelebihan ini.Antara kelebihan yang terkandung dalam hadis Rasulullah s.a.w mengenai surah ini ialah.

1] MENDAPAT SYAFAAT DARIPADA SURAH INI
Daripada Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bersabda:- 

"Sesungguhnya di dalam al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk."

Abu Hurairah RA meriwayatkan hadith, katanya:- 

"Sesungguhnya di dalam al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah al-Mulk."

Rasulullah SAW bersabda:-

"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga." 

2]MENYELAMAT DARI SEKSA KUBUR

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman. Kakinya berkata:-

"Kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca surah al-Mulk." 

Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendek kata, setiap sendi berkata:-

"Kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca surah al-Mulk." 

Maka, surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
Rasulullah SAW bersabda:- 

"Surah al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

Nabi Muhammad SAW  bersabda:- 

"Sesiapa membaca surah al-Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

Rasulullah SAW bersabda:- 

"Sesiapa membaca surah al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir."

Rasulullah SAW bersabda:- 

"Sesungguhnya di dalam al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah al-Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam syurga."

Saidina Abdullah bin Abbas RA berkata:- 

"Sesiapa membaca surah al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari AllahSWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan:-

"Tidak boleh engkau datang ke bahagian kepala ini kerana ada surah al-Mulk."

Daripada Ibnu Abbas RA berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui Baginda SAW dan berkata:- 

"Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam."

Nabi SAW bersabda:-

"Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur."  (HR at-Tirmizi) 


3] MENJADI HATI BERIMAN

Rasulullah SAW bersabda:-

"Hatiku ingin supaya surah al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah)."

Rasulullah SAW bersabda:- 

"Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4] MENDAPAT KEISTIMEWAAN PADA HARI KIAMAT
Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata-

"Sesiapa mengamalkan surah al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf AS."

Ulama berkata:- 

"Sesungguhnya surah Yasin dan surah al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk." 






FADHILAT DAN KELEBIHAN SURAH AL-MULK FADHILAT DAN KELEBIHAN SURAH AL-MULK Reviewed by ikhwan yusuff on 19:05:00 Rating: 5

11 comments:

  1. bagus amalkan surah ni sebelum tidur. :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... mari kita amalkan, mudah2an kehidupan kita senantiasa diberkati... aamiin. Salam Jumaat Ikhwan.. :)

    ReplyDelete
  3. Banyak kelebihan surah ini. Rugi jika kita dah tahu tapi tak amalkan.

    ReplyDelete
  4. As'salam sangat berguna penulisan Ikhwan ya..terima kasih...perkongsian yang hebat..

    ReplyDelete
  5. thanks for the info ikhwan..mari sama2 kita amalkan

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian hebat ini ya Ikhwan..Sama2 kita amalkan membaca surah al mulk..

    ReplyDelete
  7. Rakan sepengajian Al Quran zumal pun ada terangkan tentang kelebihan Surah Al Mulk nie...

    ReplyDelete