Header Ads

PENGHABISAN HARI 2014

Assalamualaikum w.b.t


Tahun 2014 penghabisannya

Alhamdulillah. Sampai ke penghujung 2014 untuk tahun masihi. Sememang nya meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua. Samaada ujian untuk diri kita dan negara tercinta. Mungkin 2014 ini harus menjadi titik tolok buat kita semua bagi menghadapi hari-hari di tahun baru masihi. Sedikit perjalanan yang dapat aku kongsikan di sini; apa yang berlaku sepanjang tahun ini. Disamping dengan pelbagai kejayaan yang diperoleh oleh negara namun ada juga yang terpalit kesuraman dan kenangan pahit untuk dikenang oleh kita semua.

PERISTIWA TAHUN 2014 YANG PASTI DIKENANG UNTUK SELAMA-LAMANYA [MALAYSIA]

Misteri Kehilagan MH370

[1] Dunia dan terutamanya negera kita dikejutkan dengan misteri kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS) yang sehingga kita masih belum didapat diselesaikan. Kehilangan ini menjadi titik permulaan kepada peristiwa hitam yang melanda negara kita. Walaupun pelbagai peralatan canggih digunakan misi untuk mencari masih menemui jalan buntu. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui segala-galanya disebalik kehilangan misteri Pesawat MH370. Walaupun pelbagai teori dan andaian yang timbul Semoga misteri ini terungkai dengan pertolongan Allah.

Al-Fatihah Tragedi MH17

[2] Selang beberapa bulan peristiwa MH370 sekali lagi pihat untuk ditelan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia apabila MH17 dipercayai ditembak jatuh di sempadan rusia-Ukraine. Satu lagi tamparan hebat yang perlu dihadapi oleh negara kita. Lebih menyayat hati apabila kesemua penumpang dan anak kapal terkorban. Begitu berat untuk kita lalui apatah lagi keluarga mangsa-mangsa nahas. Apa-apa pun carilah hikmah disebalik perkara ini. Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.Al-Fatihah.

Bencana Banjir 2014

[3] Tirai 2014 ditutup dengan bencana banjir yang dihadapi oleh beberapa negeri di Malaysia. Terutamanya negeri-negeri disebelah pantai timur Terengganu,Kelantan dan Pahang. Bagi aku sendiri ini adalah banjir yang terburuk yang pernah berlaku dalam negara kita. Terutamanya kelantan apabila kelihatan seperti sebuah pulau untuk beberapa kawasan. Pelbagai masalah yang timbul semasa berlakunya bencana ini. Mencari salah antara satu sama lain juga tidak terkecuali. Apa-apa pun keprihatinan khususnya rakyat Malaysia patut dipuji dengan pelbagai bantuan yang disalurkan. Moga semua keluarga yang terlibat dalam bencana banjir ini terus bertabah dengan dugaan Allah SWT.

KEHADIRAN TAHUN 2015 LEMBARAN TAHUN BAHARU MASIHI

Semoga sinar baru tahun 2015 mewarnai hari-hari yang mendatang. Segala yag berlaku pasti memiliki hikmahnya yang tersendiri. Aku pernah terbaca satu status yang dikeluar sesorang pada laman Facebook berkaitan banjir. "Allah dah aturkan segala-galanya.Perancangan-Nya sememangnya sempurna.Banjir yang dihadapi ini juga mempunyai hikmahnya apabila semua sambutan tahun baharu dibatalkan.Maka berkuranglah kes-kes anak luar nikah, seks bebas, dan pergaulan bebas pada malam tahun baru itu." Ini salah satu daripada hikmah atas semua ini. Semoga kita menjadi lebih baik. Amin.





14 comments:

  1. tahun ni banyak ujian yang datang. sama sama kita ambil iktibar. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah... sama2 memperbaiki diri kita

      Delete
  2. 2014 meninggalkan banyak dugaan dan musibah yg menyedihkan.. semoga 2015 membawa sinay kebaikan buat kita semua... aamiin. Selamat tahun baru Ikhwan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah En.Khir....Ambik hikmah dripd perkara ini kan..

      Delete
  3. blog TY antara blog terbaik yang pernah Etuza kenal..tahnia dan teruskan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu saya En.Etuza ckp mcm ni...hihihih...Trima kasih.. :D

      Delete
  4. Banyak betul UJIAN buat Malaysia tahun 2014 ni kan Ikhwan..Semoga tahun 2015 menjanjikan keamanan dan kedamaian buat Malaysia...

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut thaun baru baru 2015 buat Ikhwan sekeluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah..Amin.... Terima kasih Kak Lya...

      Delete
  6. Assalammualaikum...ikhwan,

    selamat menyambut tahun baru.. semoga tahun baru ini akan menjadikan kita lebi baik daripada tahun2 sebelumnya.. Amin.

    mselim3

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baru 2015 buat Ikhwan... Moga 2015 ini lebih baik ^-^

    ReplyDelete
  8. http://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html sempena maulidur rasul klik ni ya..salam maulidur rasul

    ReplyDelete
  9. Salam tahun baru dan salam maulidur rasul,ikhwan. Lama kak kathy singgah sini.

    ReplyDelete