Header Ads

CABARAN MENCARI KERJA : ADA 'CABLE' JALAN?

Assalamualaikum w.b.t


Imej daripada carian google

Mungkin satu tajuk yang sensitif. Tapi aku terpanggil untuk menulis dan meluahkan segala yang terpendam. Sememangnya inilah satu realiti yang perlu para graduan yang suci bersih untuk mendapatkan pekerjaan. Aku bukanlah nak condemn mana-mana pihak dalam hal ini. Tetapi sekadar ini mencoret pendapat untuk dunia hari ini. 2 Minggu lepas kawan aku dapat menghadiri temuduga SPA. Bila ditanya macam mana result? Katanya tak dapat. Tak ada rezekilah tu. Tapi rakan sekerjanya boleh jawatan sebagai ahli farmasi. Aku pun kata.

Aku: Senang pulak member kau tu dapat. Rezeki dialah tu.
Si A: Dia ada contact orang dalam. Tu kot senang dapat.

Aku: oooo.. Kenapa kau tak main cable jugak?? [Ayat nak mainkan member aku]

Sebelum aku masuk universiti hari tu banyaklah borang yang hendak diisi. Salah satunya borang menyerahkan bantuan daripada yayasan Terengganu dan mesti mendapatkan cop daripada YB. Adalah satu keluarga yang datang. Fikiran awal aku mungkin nak dapatkan cop juga. Dengar daripada perbualan mereka katanya nak dapat surat sokongan daripada YB tu untuk menghadiri temuduga pekerjaan. Nak dapatkan surat sokongan itu tak salah. Tapi biarlah daripada medium yang betul. Contohnya daripada majikan yang pernah kita semua kerja. 

Itulah realiti. Dalam hati bila grad nanti macam manalah aku nak dapatkan kerja ni. Tapi hati kuat mengatakan. Takpe rezeki telah ditetapkan oleh Allah. Ulat dalam 'batu' pun Allah berikan rezeki inikan kita manusia. Setiap manusia itu telah ditetapkan rezekinya oleh Allah sejak azali lagi. Apa yang penting percaya dan yakin dengan janji Allah itu. 


13 comments:

  1. InsyaAllah Ikhwan rezeki Allah itu luas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah kak Lya.. Rezeki Allah itu luas

      Delete
  2. biarlah kita usaha sndiri nak dapatkan kerja. setiap orang allah dah aturkan rezeki masing masing. tinggal kita je nak usaha dapatkannya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..walaupun kekadang rasa dunia ni tak adil.. :D inshaaAllah rezeki ad dimana2 kan...

      Delete
  3. Replies
    1. Itulah En.Lim.. Nak buat mcm mana...Tapi dunia ni luas untuk kita trus menjejak.. :D

      Delete
  4. Hahaha Benda ni selalu aku nampak dalam kalangan member aku tapi aku tetap berpegang yang tu rezeki dari Allah...Aku sendiri tak pernah nak harapkan bantuan "cable" ni sebab aku yakin pada rezeki Allah :) huhuhu...Nway kite ada tag awk dalam GA ni
    http://mekzumbie.blogspot.com/2015/01/new-year-giveaway-by-hazimah_20.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...Betul tu...Rezeki tlh aturkan untuk kita semua!
      oooo..Thanks tag.. InshaaAllah nanti blh ushar untuk ikut serta!

      Delete
  5. Cable2 ni dah mcm lumrah.. dulu waktu saya belajar pun mmg ada rakan yg mampu dan dikira tak layak, tapi dpt pembiayaan dari sesebuah institusi disebabkan bapanya rekemen.. Sabarlah Ikhwan. Rezeki Allah itu luas... biarlah kita dptkannya dgn cara yg betul. Takpelah susah sikit di dunia ni kan...Susah di akhirat lagi 1000 kali susah... nauzubillah..

    ReplyDelete
  6. Kalau surat sokongan YB ada pun dia tak tahu kita nie berkualiti atau tak maybe boleh undang keburukan pada organisasi tu...

    ReplyDelete
  7. Salam singgah, semua perkara ada cabaran sekarang, kena banyak bertawakal dan yakin pada Allah..
    terjah sini: http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html , Nak join pun boleh...

    ReplyDelete
  8. Trend pakai cable ni, dari dulu sampai sekarang tak hilang. Kesian jugak pada calon yang layak, tapi tak dapat sebab takda cable ni.

    ReplyDelete
  9. mmg betul berlaku . ada sekali tu dlm temuduga jpa org tu bawa sekali surat sokongan yb tapi kena perli dgn penemuduga lah pulak ... bkn semua org respect org yg guna cable ni ... guna kelebihan sendiri itu tanda anda ada keyakinan diri ...

    ReplyDelete