CM LAUNCHER UNTUK ANDROID

Assalamualaikum w.b.t


'Interface' utama CM launcher 
Pernah korang semua dengar mengenai CM launcher? Bagi seorang pengguna smart phone mahupun tablet penggunaan luancher berperanan besar untuk memastikan kelancaran handset selain menjadikan handset kelihatan lebih cantik. Mungkin ada diantara kita lebih suka mungkin launcher yang telah tersedia di dalam handset masing-masing. Jadi hari aku ingin kongsikan sedikit mengenai launcher ini. Bagi pendapat aku sendiri CM launcher merupakan satu aplikasi yang begitu mesra pengguna khususnya buat pengguna smart phone hari ini. "Interface" yang begitu menarik; apa yang pasti ringan dan laju. Mungkin ada sesetengah launcher yang menarik tapi adakalanya terlalu berat yang menyebabkan handset kita cepat 'hang' tapi tidak untuk launcher ini. Saiz yang kecil sangat sesuai untuk pengguna smartphone. Sebagai seorang pengguna smartphone  memiliki 'interface' yang kemas dan teratur merupakan elemen yang penting bagi memastikan kelancaran sistem yang ada. Selain memudahkan kita sebagai pengguna untuk 'berinteraksi' dengan handphone kita semua.





Susunan semua aplikasi
Selain itu, features penyusunan aplikasi juga diperkenalkan oleh CM launcher. Maksudnya disini setiap aplikasi yang ada dalam handphone anda semua telah disusun kemas oleh sistem launcher ini. Contohnya; satu file untuk game, satu file untuk Media; dan satu file untuk laman sosial (facebook,twitter,Instagram). Dalam sistem pengelasan ini, pengguna tidak perlu untuk menekan butan menu sebalik hanya slide kepada interface lain untuk kemana-mana aplikasi. Cara ini lebih mudah dan efisyen kerana memudahkan kita sebagai pengguna. Selain itu booster untuk handset juga disediakan apabila kita menggunakan CM launcher ini. Apa yang menarik lagi korang tak perlu bersusah payah mencari wallpaper yang sesuai kerana berpuluh-puluh wallpaper yang cantik dan sesuai disediakan untuk korang semua. Jadi mungkin boleh cuba menggunakan launcher ini. Jom. Rating Untuk launcher ini aku bagi sebagai pengguna memberi [****(*/2)] 4.5 bintang! [p/s:Launcher ini hanya sesuai digunakan untuk handset.Tablet tak boleh!]





CM LAUNCHER UNTUK ANDROID CM LAUNCHER UNTUK ANDROID Reviewed by ikhwan yusuff on 01:04:00 Rating: 5

3 comments:

  1. Menarik.. saya baru tau ni. Thanks sharing Ikhwan.. :)

    ReplyDelete
  2. kak kathy guna Go Ex Launcher wan..ok jugak la..

    ReplyDelete
  3. pergh.. makin banyak buat review utk smartphone ni...

    ReplyDelete