Header Ads

NABI MUHAMMAD CONTOH IKUTAN TERBAIK

Assalamualaikum w.b.t



Allahuma Shali' Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah Tanggal 12 Rabiulawal menemui kita semua. Memperlihatkan bagaimana lahirnya manusia yang paling mulia yang menjadi utusan Allah kepada semua makhluk manusia. Kisah kelahiran Baginda Rasulullah saw pernah ditulis sebelum ini. Jadi hari ini ingin dicoretkan dan berdiskusi dengan kalian "Nabi Muhammad saw contoh ikutan terbaik sepanjang zaman". Ia inilah realiti sebenarnya dalam hidup kita. Setiap apa yang berkaitan dengan kehidupan kita sebagai seorang manusia telah jelas diterangkan oleh Nabi Muhammad Saw melalui hadis-hadis baginda.

Bagaimana baiknya Akhlak baginda saw tiada tandingannya. Mungkin ada yang berkata "Kita semua tidak sehebat baginda". Ya itu sememangnya betul tapi dengan mencontohi akhlak baik yang telah baginda tinggalkan itu cukup menjadikan kita seorang yang terbaik. Contohnya, bagaimana sabarnya baginda saw menyebarkan dakwah islamiah semasa zaman jahiliyyah. Menerusi cerita bagaimana baginda yang mulia kekasih Allah dibaling batu sesama menyebarkan dakwah di thaif[Kisah]. Sabarnya baginda. Tapi kita, bila ditimpa secebis dugaan daripada Pencipta. Semuanya serba tidak kena. Kurangnya kesabaran dalam hati ini.

Kekadang hati kecil berbicara sepi "Adakah aku menjadikan Rasulullah contoh ikutan?" Diri ini adakalanya lalai mencontohi baginda dek kerana rambang mata dengan godaan duniawi. Semua ditolak ketepi kerana ingin mencari keseronokkan yang sementara. Subhanallah. Artis-artis menjadi pujaan. Norma kebaratan sebati didalam diri. Sehingga Qudwatun Hasanah ini dipinggirkan oleh diri. Sebab itulah banyaknya gejala sosial yang tidak dapat dibendung dek kerana tidak menjadi baginda saw ikutan dalam hidup. Jadi ikutlah apa yang telah digariskan oleh Baginda saw kerana baginda adalah ikutan yang terbaik. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Rasulullah saw bersabda: "Aku diutuskan untuk menyempurna akhlak yang baik."

Jadi apa saat ini tanamkan azam di dalam hati untuk mencontohi baginda. Menjadi seorang suami yang baik kepada isteri. Seorang ayah yang bertanggungjawan dan penyayang kepada anak-anaknya. Seorang pemimpin yang amanah akan tanggungjawab yang dipikul. Dan menjadi seorang hamba kepada Allah swt iaitu satu-satunya Tuhan yang patut disembah.Moga kita terus istiqamah dalam setiap perubahan yang kita semua lakukan. Rasulullah saw akan contoh teladan yang terbaik.

5 comments:

  1. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah saw. Semoga bersama kita semua beroleh syafaatnya di akhirat kelak... aamiin. Salam Maulidur Rasul Ikhwan.. :)

    ReplyDelete
  2. rahmatan lil a'lamin... rahmat buat sekelian alam.. :)

    ReplyDelete
  3. Moga kita dapat mencontohi keperibadian Baginda...

    ReplyDelete
  4. Nabi Muhammad SAW contoh teladan terbaik buat kita semua..

    ReplyDelete