MENCARI CAHAYA DALAM GEMPITA

Assalamualaikum w.b.t





"Dunia ini terlalu luas untuk kita berjalan. Jadi teruskan berjalan hinggalah sampai pada satu persimpangan pengakhiran."

Carilah cahaya itu. Cahaya yang mampu untuk menerangi kehidupan dunia dan yang pasti mampu dibawa ke sana nanti. Adakalanya kita lebih suka meninggalkan sesuatu yang kecil untuk memcari sesuatu habuan yang lebih besar. Saat jiwa dikit demi dikit menjadi papa kedana. Sehingga menelanjangkan  keseluruhannya. Naluri kecil berbisik halus "Kenapa dengan aku?". Tapi ego tetap membatasi segalanya. Norma kebaikan dibusukkan. Menyanjung segala norma kedajjalan. Ini bukan lumrah kehidupan. Ianya pentas lakonan dunia yang dicipta oleh diri sendiri.

Segala kesilapan sukar untuk diakukan. Jadi didiklah jiwa. Balutilah dengan corak warna yang indah. Sebabnya? Dunia ini tempat untuk kita menuai. Pungutlah hasil itu disana kelak. Bidas jauh segala kerosakkan. Hilangkan segala bau hanyir yang meracun hati. Tiada istillah kita keseorangan. Disebabnya Yang Maha Pencipta sentiasa bersama dengan setiap jiwa yang hidup. Megharap, meminta dan mengadulah kepada-Nya.
MENCARI CAHAYA DALAM GEMPITA MENCARI CAHAYA DALAM GEMPITA Reviewed by ikhwan yusuff on 12:00:00 Rating: 5

5 comments:

  1. terima kasih cik ikhwan! :)
    qila akan cari cahaya tu sampai dapat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 cik Qila... InshaaAllah jumpa cahaya tuuuu.. :D

      Delete
  2. cahaya yang kita sendiri perlu cari untuk menerangi diri di SANA nanti ...

    ReplyDelete
  3. Peringatan yg sgt baik utk dijadikan renungan bersama sentiasa.. t kasih Ikhwan..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Ikhwan ..Sama2 lah kita mencari cahaya yang dapat membimbing dirI kita dan juga ahli keluarga serta sahabat kita ke arah kebenaran...

    ReplyDelete