Header Ads

UIAM WAJIB AMBIK BAHASA ARAB???

Assalamualaikum w.b.t




Tengok keywords blog banyak menyentuh perkara berkaitan UIAM. Salah satunya bahasa arab. Sedikit pencerah buat adik-adik yang berhasrat dan berminat untuk memilih UIAM sebagai pusat pembelajaran korang semua. Jadi wajib ke belajar/ambik bahasa arab ni? Jawapannya adalah WAJIB korang semua mempelajari bahasa arab melainkan ada bukti kukuh korang master dalam bahasa arab. Wajib itu tu bukan maksudnya berdosa kalau korang tak ambik tapi ianya merupakan salah satu syarat kelayakkan untuk sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli keluarga UIAM. Sebenarnya bukan bahasa Arab saja yang korang wajib ambik tapi bahasa Inggeris juga korang wajib ambik. Maksudnya kat sini, bila menjejak kaki ke UIAM tak kira samaada korang nak sambung asasi ataupun nak sambung degree(budak diploma/STPM); korang semua 'semestinya' akan berdepan dengan ujian bahasa arab dan bahasa Inggeris. Kat sinilah tahap penguasaan anda semua dinilai megikut level masing-masing. Kalau memang ada yang master bolehlah terus skip daripada belajar bahasa arab atau pun English!

Kalau bab bahasa arab, khas buat student science,engineering, architecture etc korang tak perlu risau sebab bukannya korang belajar sesuatu yang advance. Maksudnya cukup setakat level 2. Lepas tu lepas. Belajar pon benda-benda yang asas. Hafal perkataan untuk bina ayat. Kalau yang bernasib baik level 1 boleh terus exit. Jadi bolehlah jimat masa sikit. Exam pon formatnyalebih kurang macam PMR. Jadi tak perlu nak risau sangat!Chill.

p/s:Sebarang pertanyaan boleh drop comment.InshaaAllah akan cuba untuk dijawab!




49 comments:

  1. bahasa arab tu seronok bila kita faham ^^

    ReplyDelete
  2. Bagus juga sebenarnya inisiatif UIAM ni. Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran. Mmg sepatutnya dimartabatkan.

    ReplyDelete
  3. adik spupu akak pun memula risau kena study arabic..
    then she is just fine now.. dah nak masuk final year da =)

    ReplyDelete
  4. what if kite lngsung tak penah bljar arab sumur hdup? bleh pass msuk uia tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah blh...sy pon xde basic arab blh lps... untuk bdk sciences at least level 2 je blaja arab... Tu pon bnde basic.. dont worrier..... :D

      Delete
  5. macam mana kalau dapat asasi sains kemanusiaan? tapi takde basic arab langsung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu pon asasi kejuruteraan tpi langsung xde basic arab... Jgn risau awak akan blaja benda basic dulu arab ni.. klau xsilap klau human science klau sambung degree arab sampai level 5.. :D

      Delete
  6. Kalo untuk asasi kejuruteraan dan sains komputer arab akan sampai level brpe ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling lama pon level 2.. dan level 2 tu pon blh skip klau exam untuk level 1 terus exempted... :D

      Delete
    2. kalo asasi bahasa inggeris pon kena amik bahasa arab jga ke?

      Delete
    3. semua diwajibkan ambik B.Arab.. :D

      Delete
  7. Salam . Saya nak tanya pasal ujian bahasa arab dgn bahasa inggeris yg setiap pelajar baru uiam kena ambil semasa ta'aruf week. Kalau kte mmg x ada langsung knowledge psl bahasa arab , mcm mana kte nak ambil exam tuu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu tinggal kosong je..hihhihih

      Delete
    2. kalau tinggal kosong je... after tu kena join kelas arab or x?? n result exam arab tu termasuk dlm pointer jugk ke

      Delete
  8. Salam . Saya ada dpt offer drpd uiam utk course foundation in English n saya difahamkan akan ada ujian bahasa arab n bahasa inggeris sebelum kte start belajar kat uiam . Soalan mcm mana yg dye org akan tanya masa ujian bahasa arab tuu nanti ? Mcm mana nak prepare klau kte mmg x ada basic langsung dlm bahasa arab

    ReplyDelete
  9. klau asasi ekonomi dan sains pengurusan kena blajar sampai level berape? saya agak khuatir utk melanjutkan pelajaran ke uia kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman blajar b.arab....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn risau....normally klau foundation semua pelajar akan blajja sampai level dua je untuk bahasa arab... Tu pon bneda yg agak basic...

      Delete
  10. Assalamualaikum,erm..klu Arab smpai level2??Klu kte dh exempted lps exam level2,x de eh pihak uiam nk offer smbung study Arab smpai master??Huhu,just asking..klu x bole x pe la..=)

    ReplyDelete
  11. Hmm.xdpt jugak lah .sy pmr mse pmr dpt A bahasa arab ...tp SPM ni x ambil pn bahasa arab ..sekolah sy xde bahasa arab untuk pelajat spm. Sampai tingkatan 3 je ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak masuk UIA ada subjek arab tu xwajib... tapi masa asasi tu kena belajar.. tak kisah ada background arab ke tak... kiranya arab ni subjek tambahan..

      Delete
  12. Mcm mana kalau sekolah men harian biasa xambk BA tapi nk msuk kt uia?boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak masuk UIA takyah ada arab time SPM pun xpe.. tapi masa asasi tu kena belajar.. tak kisah ada background arab ke tak... kiranya arab ni subjek tambahan..

      Delete
  13. Kalah nak ambil ASASI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU DAN WARISAN ISLAM tapi saya tak ada basic Arab dekat sekolah pun tak tawarkan pengajian Arab, so macam mana ya boleh dapat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut apa yang saya tahu untuk kos ni mmg kena ad arab tinggi untuk SPM...

      Delete
  14. Bahasa arab tu dia ajar dari basic ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. untuk student yang mmg takde background arab mmg diajar dari basic... jangan risau dan biasanya untuk pelajar urusan sciences,economics, dll hanya takat level 2 je.. :D

      Delete
  15. Asslmualaikm sy budak sastera lepasan spm. Last sy bljr bhasa arab time djah 6. Time spm sy ambik account,ekonomi asas and etc. Boleh lpas ke sy bljar arab ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. InshaaAllah boleh.. Saya pon dulu langsung xde basic Arab.. Jadi untuk yg xde basic Arab kita akan diajar dari mula2 lagi iaitu perkenalan dgn huruf Arab.. Dan hafal perkataan yg mudah seperti buku,meja,nombor etc.. Jangan risau yang penting enjoy blaja Arab.. ;D

      Delete
  16. assalamualaikum,, kalau spm saya dah ambik arab,, saya still wajib untuk ambik arab juga ka kat UIA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Nnti sblom mula blajar di uia, akn ade exm bahasa Arab dan bahasa inggeris. Kalau sis dpt mrkah yg tnggi utk exm tu, Tak prlu pun amek klas bahasa Arab ataupun bahasa inggeris. Tp smua wajib amek exm bahasa tu. Markah exm tu nanti lah yg mnntukan sama ada sis perlu amek klas bahasa atau x.

      Delete
  17. Assalamualaikum, saya pelajar sains agama lepasan spm. Dulu sekolah SMK je. Boleh tak kalau nak apply asasi bahasa arab terus? Sebab ada orang kata kena amek form 6 dulu dalam bidang2 dia kecuali kita memang pelajar sekolah arab khairiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh je prgi trus LPs spm. Tp dye ade syarat2 utk gred result spm tu.
      2]ASASI BAHASA ARAB
      Terbuka kepada Kategori A. Khas untuk pelajar ALIRAN SASTERA DAN SAINS (Untuk Bumiputera Sahaja).Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik. Kampus Utama di Petaling Jaya.Syarat kelayakkan:

      1. Gred A- dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi
      2. Gred C dalam mata pelajaran Mathematics
      3. DUA (2) kepujian gred C dalam mata pelajaran berikut :
       Bahasa Arab Komunikasi
       Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
       Pendidikan Syari’ah Islamiah
       Tasawwur Islam
       Sejarah
       Science
       Information & Communication Technology
       Kesusasteraan Melayu
       Perdagangan
       Prinsip Perakaunan
       Ekonomi Asas
       Sains Pertanian
       Pengajian Keusahawanan
       English for Science & Technology
      4. Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

      Delete
  18. Assalamualaikum, Budak dari university lain yang nak sambung Masters dekat UIA, kena ambik Bahasa Arab jugak ke?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum..
    Boleh ke kalau nk sambung asasi dalam bidang pengajian islam di uia ttpi tk ambil aliran arab semasa spm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni syarat utk amek bidang pngajian Islam.
      5]ASASI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU DAN WARISAN ISLAM
      Terbuka kepada Kategori A. Untuk pelajar ALIRAN SASTERA DAN SAINS. Khas Untuk Bumiputera Sahaja.Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.Syarat kelayakkan:

      1. Gred B+ dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi atau gred A- dalam Bahasa Arab Komunikasi
      2. Gred B dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau
      Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah atau
      Pendidikan Syari’ah Islamiah
      3. Gred C dalam mata pelajaran Mathematics
      4. DUA (2) kepujian gred C dalam mata pelajaran berikut :
       Tasawwur Islam
       Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
       Pendidikan Syari’ah Islamiah
       Kesusasteraan Melayu
       Sejarah
       Geografi
       Science
       Information & Communication Technology
       Perdagangan
       Prinsip Perakaunan
       Ekonomi Asas
       Ekonomi Rumah Tangga
       Pengajian Keusahawanan
       English for Science & Technology
      5. Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

      Delete
  20. Salam , boleh tak terangkan kat saya cara pembelajaran bahasa arab kat sana . Means lect ajar cara macam mana ? Kena baca teks arab tu ka atau ada cara pengajaran yg lain .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm.. Untuk bahasa arab ni kita akan melalui buku. Biasanya buku tu dimulakan dengan nombor. Belajar kenal nombor dalam bahasa arab. lepas tu belajar hafal perkataan dalam bahasa arab. Lecture biasanya gunakan BI/BM untuk medium mengajar. Kalau dapat ustaz dari negara kita lagi untung lah, sebab kebanyakkan medium yg digunakan bahasa melayu. Kalau yg foreigner mediumnya English.

      Tak salah untuk saya katakan pembelajaran arab untuk tahap asasi ini hanya basic sahaja. Seperti belajar semasa PMR.

      Delete
  21. Assalamualaikum. Kalau course Law pulak arabic sampai level berapa? Thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalm... law kalau tak silap sampai level 5.. :D

      Delete
  22. kalau kita persue study time degree kena blajar arab jugak lagi ke ? cthnya ambil degree architecture

    ReplyDelete
    Replies
    1. time degree untuk student architecture tak perlu dah blaja arab.. bahasa arab hanya belajar di pusat asasi sahaja. itu pun hanya sekadar level 2.. :D

      Delete
  23. sya nk tnye bahasa arab tu perlu score ke???

    ReplyDelete
  24. exam arab tu utk apa bruh?

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum..

    erm.. mgikut apa yg sy baca kat syarat2 uia ni.. tktau la sama ada sy slah baca atau apa.. tp bukankah dia ada tulis nak bhasa arab?? maaf, bukan untuk memeningkan smua.. tapi sy agak keliru dengan syarat 'bahasa arab' ni..

    time spm dlu, sy mmg tak amik bhsa ara, jdi mmg boleh lah utk sy amik course ni kat uia nti ?

    2. melalui aplikasi iMASCU tu, kan dia ada bgtau apa yg kita layak n tak layak.. jadi boleh ke sy mohon yg tak layak tu?
    means kredit utk amik course tu cukup kecuali tak amik bhsa Arab in SPM..

    mohon penjelasan.. TERIMA KASIH.. MINTA MAAF

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum nak tanya, bleh ke buat Asasi SC Kemanusiaan/B. Inggeris di UIAM tp utk peringkat degree ambik kos di Universiti lain ?

    ReplyDelete
  27. assalammualaikum, kalau saya nk ambil course ilmu pngetahuan berteraskn wahyu , tp saya xad basic bhasa arab. boleh dapt ke ? kalau ada test sbelum ambil course ni sekurang² nya saya kena lepas level berapa ya ?

    ReplyDelete
  28. Nak tanye Klu fail bahasa Arab selagi tu kite x Akan dpt degree

    ReplyDelete