Header Ads

ASASI KEJURUTERAAN DI UIAM

Assalamualaikum w.b.t




Alhamdulillah. InshaaAllah sedikit perkongsian mengenai asasi kejuruteraan di UIAM. Mungkin ianya berguna buat adik-adik lepasan SPM dan yang bakal menghadapi SPM untuk memilih hala tuju mereka. Secara ringkasnya kejuruteraan merupakan course yang ditawarkan oleh UIAM pada peringkat asasi untuk pelajar lepasan SPM dan setaraf dengannya. Dan biasanya permohonan boleh dibuat melalui UPU untuk lepasan SPM. Biasanya pada peringkat asasi korang akan belajar selama 1tahun, 1 1/2 tahun ataupun 2 tahun mengikut kepada level 'kebijaksaan' bahasa Inggeris. Macam mana tu?? Sebelum proses pembelajaran bermula semua pelajar akan menduduki satu ujian Bahasa inggeris (EPT) dan Bahasa Arab(APT). Dan masa belajar korang semua bergantung kepada level bahasa Inggeris dan Arab. Contohnya kalau yang dah master English dan arab korang boleh pilih untuk ambik 1 tahun ataupun 1 1/2 tahun. Macam aku memang tak berapa nak master ni 2 tahun aku habiskan asasi!

Jadi untuk mereka yang 'memilih' 2 tahun korang akan berjuang untuk 4 semester. Bagi aku mungkin 2 tahun tu lama nak bandingkan dengan matirk tapi korang boleh skor setiap kali exam sebabnya tak perlu nak sibuk dengan banyak subjek. Ini antara kebaikkan belajar tempoh 2tahun. Nak cakap pasal subjek pulak. Aku listkan subjek untuk budak-budak engineering:

CORE SUBJECTS

1]Mathematics 1
2]Mathematics 2
3]Mathematics 3
4]Physics 1
5]Physics 2
6]Chemistry 1
7]Chemistry 2
8]Dua subjek berkaitan agama
9]Computer(programming)

Semua subjek yang aku listkan kat atas akan dikira dalam CGPA korang semua. Dan subjek ni mengikut tahap korang untuk sem 1 semuanya perkaitan angka 1; contohnya mathematics 1 dan physics 1. Time aku dulu sem pertama aku ambik Math 1 dengan physics 1(satu lagi tak ingat!). Subjek korang ni dah ditentukan oleh department engineering. Jadi korang tak payah susah-susah buat jadual sendiri. Semua telah ditentukan oleh 'orang atasan'. 

Cara pembelajaran? kita tak banyak dewan kuliyyah, jadi belajar dalam kelas. Satu kelas biasanya ada 30+ pelajar. Jadi taklah sesak sangat. Nak faham pun senang. Tutorial class? Memang takde. 100% bergantung dalam kelas. Pasang telinga bila lecturer mengajar. Pakaian? Pakaian formallah sikit. baju kemeja, baju kolar, baju melayu. Seluar slack. Jeans?? Yang ni atas diri masing-masing. Kalau lecturer tu okay silakan untuk pakai. Time atas spotcheck jangan pula memandai nak pakai. Melayang duit korang! Cukup sampai kat sini. Nak tahu apa lagi just drop ur comments! InshaaAllah akan cuba dijawab secepat mungkin.




13 comments:

  1. baik utk info adik2 lepasan spm..

    ReplyDelete
  2. Bagus Ikhwan kongsi info ni utk adik2 di luar sana :)

    ReplyDelete
  3. Info yg bermanfaat buat sesiapa yg memerlukannya...

    ReplyDelete
  4. nak tanya, kalau sy ambil asasi sains hayat, sy boleh tak ambil degree pasal ict?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak nak further degree in ICT better ambil asasi sains komputer terus... Tak perlu untuk ambik asasi sains hayat(untuk asasi UIA asasi lain tak tahu)..

      Sebabnya subjek Sains hayat apa yg berbeza dgn sains komputer.. Contoh budak sains hayat diorg blajar math sampai math 2 dan budak sains komputer math 3

      Delete
  5. Assalamualaikum... yg core subject tu org atsn pilih ke kita pilih sendiri. Sy x rela nk blaja chemist lagi. Haiyyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. chemistry wajib blajar... semua daah ditentukan..:D

      Delete
  6. Asslm..klau sy nk tukar kos dari sains fizikal ke asasi kjuruteraan mcm mna Abg? Kna bg alasan apa? Klau dh full kos tu..bleh tukar jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm.. boleh try apply masa taaruf week... kalau nak apply change course lepas hbs setiap sem pon bolh.. boleh je buat alasan minat engineering course n degree nk sambung dlm bidang engin... yg tu ikut pada kekosongan.. InshaaAllah boleh..

      Delete
  7. Selalunya brapa maximum utk kos engineering?

    ReplyDelete
  8. Salam, :D
    BOleh ke tukar course ? Saya amik asasi sains fizikal nk gi engineering .

    ReplyDelete