ISU ROHINGYA: NEGARA BERSALAH?

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Isu kemanusiaan Rohingya bukanlah sesuatu yang baru. Sebenarnya telah lama mendapat perhatian dunia sehinggalah ke hari ini. Terbaru apabila sekumpulan masyarakat Rohingya yang terkandas di luatan. Banyak reaksi yang dikeluarkan oleh masyarakat tempatan. Ada yang positif dan tidak kurang juga yang negatif. Ada beberapa komen yang mengatakan tindakkan kerajaan Malaysia yang tidak memberi bantuan adalah sesuatu yang memalukan. Aku tertarik melihat satu komen facebook yang telah dikeluarkan oleh seorang yang berstatus warganegara Malaysia.

 

Sebenar Malaysia antara negara yang mengambil warga Rohingya ini untuk menetap secara sah di negara kita. Rasa tak adil untuk kita melihat hanya satu kes sehingga kebaikkan yang sebelumnya kita lupakan. Jika difikirkan negara kita bukanlah sebuah negara yang besar. Jika kita perhatikan sekarang terutamanya di Ibu Kota berapa ramai warga asing yang menetap di sini sehinggakan warga kita sendiri tak dapat dibezakan. Secara jujurnya, di Terengganu(negeri aku) mungkin rakyat di sana tak nampak perbezaan yang ketara berkaitan isu gelandangan dan warga asing kerana hanya bilangan yang kecil sahaja yang menetap di sana berbanding di ibu negara. Tapi bila aku berpeluang untuk mengenal dunia luar barulah dapat aku tampak perbezaan yang ketara. 

ZIARAH MAHABBAH KE MADRASAH HASHIMIAH 

Ziarah Mahabbah ke Madrasah Hashimiah Batu cave

Antara kanak-kanak Rohingya yang menjadi penghuni madrasah 



Di Malaysia sendiri dianggarkan seramai 20 000 kanak-kanak Rohingya yang berdaftar di Malaysia. Ini tidak termasuk meraka yang dewasa dan berusia. Persoalannya; adakah ini yang dikatakan 'TIDAK MEMBANTU'? Alhamdulillah awal bulan ini aku berkesempatan untuk menziarah salah satu madrasah yang menempatkan kanak-kanak Rohingya. Ini antara bantuan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia dan amnya Malaysia untuk isu kemanusiaan Rohingya ini. Jadi pendapat yang lahir dari hati aku sendiri, setiap orang berhak memberi pendapat masing-masing. Isu Rohingya ini adalah isu kita sendiri untuk saudara seislam dengan kita. Tapi janganlah sampai mengutuk dan menghina negara tumpah darah kita. Jadilah seorang yang berhikmah dalam percakapannya. Sekian.


ISU ROHINGYA: NEGARA BERSALAH? ISU ROHINGYA: NEGARA BERSALAH? Reviewed by ikhwan yusuff on 13:54:00 Rating: 5

11 comments:

  1. Semuanya berbalik kpd mentaliti dan attitude.. kalau ditolong salah, tak tolongpun salah, mulut2 diluar sana ttp juga mengata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..... silent is better klau xde bnde yg baik nk kata...

      Delete
  2. Hal membantu mereka sudahpun diketahui umum, cuma mungkin bagi mereka yg kurang cakna telah menyalahkan Malaysia sebab seakan-akan tidak memberi kerjasama. Apatah lagi Malaysia kelihatan banyak mendiamkan diri berbanding Tony Abbott (PM of Australia) yg menyatakan terang-terangan akan pendirian mereka terhadap isu Rohingya ini.

    Pada kak Gee yang lebih menyakitkan hati ialah mulut manusia yang kununnya #prayforrohingya di FB & Twitter tapi bila tibanya mereka di sini bukan main lagi menghina dan mencaci. Kunun penerimaan terhadap bangsa ini akan menambahkan lagi bilangan pendatang asing & masalah sosial negara. Entahlah apa yang manusia2 ni fikir agaknya. Hurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm,... kan... klau dgn keyboard bukan main lagi baiknya..... tpi dalam hati siapa yang tahu.... klau isu yg kak gee kata pasal pendirian tu mmg benar..entahlah... "_"

      Delete
  3. Singgah sini. Tak sanggup rasanya nak tengok wajah anak2 yang mulus tu. Moga Allah mudahkan segala urusan mereka...aamiin

    ReplyDelete
  4. kasihan sungguh mereka..semoga mereka kuat menghadapi dugaan hidup ini..

    ReplyDelete
  5. Mereka2 yg pandai2 bercakap sewenang2nya tu sebenarnya yg tak bantu.. tak tau keadaan sebenar.. Kalau mereka tu tahu, pasti tak akan berkata spt itu kan..

    ReplyDelete
  6. tak tahu nak komen macam mana isu Rohingya ni.. rasa macam loooser gila sbb tak mampu nak buat apa2.. smoga Allah lindung mereka semua.. rahmatilah PM Turkey yg baik hati tu..

    ReplyDelete
  7. kecian tgk dia org kan...sedih rasanya

    ReplyDelete
  8. Admin boleh tak buat satu post tentang bagaimana kita boleh derma? Cari pertubuhan yang legitimate untuk collect derma.

    Satu cadangan yang diharap dapat membantu.

    ReplyDelete