TAZKIRAH : PERINGKAT DOSA YANG MEROSAKKAN HATI

Assalamualaikum w.b.t




InshaaAllah Sedikit peringatan untuk dijadikan renungan kepada diri dan pembaca sekalian. Seperti yang kita semua ketahui, Hati adalah satu element yang tersangatlah penting untuk kita jaga daripada setiap virus yang menyerang. Jika baik Hati seseorang maka baiklah setiap perlakuannya dan jika busuk hati seseorang maka busuklah jua setiap perbuatannya.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda:Dosa itu adalah sesuatu yang mendatangkan resah dalam hati.

Jadi hari ini ingin dikongsikan bersama dengan kalian semua Peringkat Dosa yang Merosakkan Hati. Mungkin kita sebelum ini sukar untuk menjaga hati. Jadi ketahui bagaimana virus dosa itu mampu melumpuhkan hati kita semua.

  1. Rasa bersalah dengan dosa
  • Secara fitrah apabila kita melakukan dosa buat kali pertama, terasa gesah,gelisah dan bersalah melanda hati. Kita seolah-olah berperang dengan diri kita sendiri. Rasa menyesal timbul menebal dalam hati. Pada peringkat ini kita masih sedar untuk berubah mencari jalan yang lurus kerna masih ada iman dalam diri. 

   2. Rasa biasa dengan Dosa
  • Apabila dosa yang dilakukan diulang lagi, kita akan rasa biasa dengan dosa tersebut. Rasa bersalah itu beransur-ansur hilang menyebabkan tiada lagi sekumit bersalah bila dosa dilakukan. Seterus-menerus menjadi tabiat dalam diri jika tidak diubati.
   3. Rasa seronok dengan Dosa
  • Jika peringkat kedua tidak terus diubati, mulai kita akan rasa seronok dengan melakukan dosa tersebut. Dosa itu racun yang manisnya digambarkan diluar tapi hakikat membusuk di dalam. Rasa ketagih melakukan dosa dan sentiasa berikhtiar dan berusaha untuk melakukan dosa tersebut. 
   4. Jadi pembela kepada dosa
  • Bila melepasi peringkat ketiga, seseorang itu terasa seolah-olah janggal bila sehari tidak melakukan dosa tersebut. Si pendosa akan berusaha untuk 'mempromosikan' dosa ini kepada yang lain dengan meletakkan kemanisan dan kesedapan sementara. Bila datang seseorang menegur, si pembela dosa ini akan bermatian-matian memangkah kebenaran. Pada tahap ini hati menjadi kelam, tiada lagi kebenaran yang diterima.

REFLEKSI DIRI UNTUK KITA SEMUA

Sentiasalah kita menjaga hati daripada dikotori dengan hasutan dan bisikan syaitan. Sesungguhnya, hati ini amanah yang perlu kita jaga. Sentiasa rajin memohon untuk ditenteramkan hati ini daripada permasalahan dosa. Jika mersakan hati sudah kelam, berdoakan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan moga dikurniakan hati baharu oleh Yang Maha Berkuasa.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Dan sesiapa di dunia ini buta (hatinya),maka di akhirat dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan (yang benar)." [Surah al-isra' 17:72]

sumber:

  • terjemahan Al-Quran pustaka darul iman-surah  al-isra' ayat 72
TAZKIRAH : PERINGKAT DOSA YANG MEROSAKKAN HATI TAZKIRAH : PERINGKAT DOSA YANG MEROSAKKAN HATI Reviewed by ikhwan yusuff on 16:29:00 Rating: 5

3 comments:

  1. Jangan sampai 'hanyut' tanpa rasa bersalah..
    Dan terus lalai menegakkan kemungkaran...nauzubillah

    ReplyDelete
  2. Moga hati kita tidak gelap dan sentiasa menjaganya..

    ReplyDelete
  3. huuuurm.. nauzubillah.. moga tak masuk golongan ni..

    ReplyDelete