Header Ads

4 TANDA PELIK DALAM AL-QURAN

Assalamualaikum w.b.t


InshaaAllah hari ini sedikit perkongsian dengan kalian semua berkaitan 4 tanda pelik dalam Al-Quran. Mungkin ada antara kita sudah tahu dan ini hanyalah sekadar perkongsian dengan kalian semua. Dan penulisan ini sangatlah terhad, jadi untuk mendapat penjelasan yang lebih baik boleh dirujuk dengan mana-mana ustaz yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Al-Quran. 

ayat-pelik

1) Surah Huud ayat 41
Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa
Bukannya maj + roo + haa
ataupun maj + ray + haa
Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)
Rujuk link: surah hud(minit ke 0:40)

2) Surah Yusuf ayat 11
Asal perkataan tersebut ialah ‘Laa tak-ma-nu-na’, yang bermaksud, “Tidak percayakan kami.”
Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.
Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut ‘tak-ma-nu-na’ tetapi ‘nu’ itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.
Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na
Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.
Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام
3) Surah Fussilat ayat 44
Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.
Asal perkataan ini ialah a-a’-ja-miy.
Hamzah pertama bermaksud ‘adakah’.
Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A’jamiy – yang bermaksud ‘orang bukan Arab’.
Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a’jamiyy,
tetapi lebih kepada
Aaa’jamiyyuw wa ‘arabiyy
Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan ‘ain.
Rujuk link:surah Fussilat(minit ke 4:40)

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4
Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.
Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.
Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.
Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?
Tapi kat sini pelik sikit.
Kita kena baca:
ii-tuu-nii
Bukannya
Uk-tuu-nii
Rujukan link: Surah al-Ahqaaf (minit ke 0:53)

Sumber: http://amekaw.com/2014/07/4-tempat-pelik-dalam-al-quran/

13 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Moga bermanafaat. Dan semoga kita terus berusaha memperbaiki bacaan Al Quran

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama.. inshaaAllah sama2 kita memperbaikinya..

      Delete
  2. alhamdulillah...dapat juga ilmu petang2 ni, semoga ianya akan mencerahkan lagi minda kita, syukron

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... InshaaAllah bermanfaat untk kita.. :D

      Delete
  3. Thanks share... Banyak info baru dapat kat sini :)

    ReplyDelete
  4. Sungguh bermanfaat perkongsian Ikhwan ni. Bagus sangat sebagai panduan kita dalam menyempurnakan bacaan Al-Quran :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah atas perkongsian Ikhwan dapat Zumal perbetulkan bacaan...

    ReplyDelete
  6. yang muncung tu kitaa jgan pi sebut (wuu ke nuu) ke kan sbb dah muncung takot trkeluar bunyi..
    just silent 'nu' kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah dgr ustaz don dlm tv alhijrah sentuh berkaitan dgn perkara ni kak.. nun mmg kita tak sebut silentkan nun tu hanya muncungkan mulut..

      Nak lebih mendlm akak boleh rujuk mana2 ustaz... :D

      Delete
  7. Assalammualaikum... ikhwan,

    terima kasih berkongsi ilmu tajwid nie... ada jumpa tanda2 nie dalam al-Quran..

    mselim3

    ReplyDelete
  8. Assalam...terima kasih...info yang sangat bermanfaat...

    ReplyDelete
  9. Jazzakallah khairan saudara Ikhwan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.