Header Ads

HADIS KE-6 IMAM NAWAWI : HALAL DAN HARAM [HADIS 40]

Assalamualaikum w.b.t



InshaaAllah hari ini dikongsikan dengan korang semua hadis ke 6 daripada hadis 40 Imam Nawawi. Hadis ini berkaitan halal dan haram. Aspek yang penting perlu dijaga oleh sorang mukmin. Moga ianya bermanfaat untuk kita semua. InshaaAllah.

HADIS KE 6: MAKSUD DAN KETERANGAN HADIS


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."    
     
(Riwayat al-Bukhari no.52, Muslim no.1599 dan Abu Daud, no.3329,3330)

Catatan :

·    Hadits ini merupakan salah satu landasan pokok dalam syari’at. Abu Daud berkata : Islam itu berputar dalam empat hadits, kemudian dia menyebutkan hadits ini salah satunya.

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

  • Antara sikap wara’ adalah meninggalkan syubhah .
  • Banyak melakukan shubahat akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan haram.
  • Menjauhkan diri daipada melakukan dosa kecil kerana hal tersebut dapat menyeret seseorang kepada perbuatan dosa besar.
  • Memberikan perhatian terhadap masalah hati, kerana daripada hati punca tingkah laku seseorang.
  • Baiknya amal perbuatan anggota badan merupakan pertanda baiknya hati.
  • Pertanda ketakwaan seseorang jika dia meninggalkan perkara-perkara yang syubhah kerana khuatir akan terjerumus kepada hal-hal yang diharamkan.
  • Berusaha menutup pintu terhadap peluang-peluang perbuatan haram.
  • Hati-hati dalam masalah agama dan kehormatan serta tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan persangkaan buruk.



6 comments:

  1. zaman sekarang, halal & haram menjai topik hangat di Malaysia. sesuai sangat perkongsian ikhwan ni.

    ReplyDelete
  2. kalau ada sangsi sikit skali pun.. janganlah makan..
    elok elak walaupun tulis halal..

    ReplyDelete
  3. org kita suka permudahkan ... bila satu benda tu disahkan haram pastu jadi halal pulak , maka selamba je terus makan ... tak mati pun sebenarnya klu x mkn benda tu ...

    ReplyDelete
  4. salam Aidilfitri..semoga bermanfaat entri ini dan dijadikan panduan dlm hidup kita

    ReplyDelete
  5. Baguslah entri-entri hadis 40 Ikhwan ni. Dulu time belajar subjek FKM kat matrik akak tak abis pun belajar. Pening2 lalat masa tu.

    ReplyDelete
  6. Moga kita semua tak terlibat dalam syubhah...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.