MENCARI HIKMAH DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b.t





Pernah kesusahan, kekecewaan melanda diri korang? Rasa macam dunia nak berputar 360 darjah. Bila percintaan putus dipertengahan jalan rasa hidup dah takde makna. Mulalah hati berbisik "Baik mati lebih senang". Senang benar hati berbicara. Hakikatnya tahukan kita macam mana mati itu. Cukupkah bekalan amal yang akan dibawa. Itulah kita bila satu masalah yang datang macam-macam idea dan hasutan jahat yang diterima oleh hati. Tapi pernah tak kita terfikir, "mengapa aku tak cari hikmah dalam kepayahan, penderitaan dan kekecewaan itu?". Sebabnya hidup ini satu anugerah untuk kita, tempat untuk menanam sebanyak mana pokok bagi mendapat dan memungut hasil kelak.

Hikmah itu senang konsepnya. Bila dalam diri dah ditanam kemas-kemas setiap yang berlaku ada sebab mengapa ianya berlaku. Mungkin adakala kita memang mudah naik hantu, terlalu beremosi sehingga konsep untuk mencari hikmah ini kita lupanya. Sebabnya kita lalai dari mengingat kita hanya seorang manusia. Kita cuma merancang dan hanya Allah yang menentukannya. Perancangan Allah itu teliti dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Dalam al-quran ada menyebut:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)
Itulah kasihnya Allah akan hamba-hambaNya. Setiap beban,kepayahan yang kita dapat itu mampu untuk kita hadapinya. Tapi bila diri dah lalai dari mengingati tuhan yang satu, akal tak akan dapat berfikir dengan rasional. Rasa, diri kita yang paling malang. Jiwa berkata macam mana nak hadap semua benda ini. Susah, hati gundah. Mengapa? Sebabya, kita lupa untuk meminta pertolongan dari Allah. 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kata kuncinya mudah. Berbalik kembali kepada landasan yang betul. Cari hikmah pada setiap yang berlaku. Susah-senang kita jangan lupa untuk kita kembali kepada Allah iaitu Tuhan Yang Maha Perkasa. Kerana Dialah tempat kita berharap dan bergantung. Dinyatakan dalam al-Quran:

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)
MENCARI HIKMAH DALAM KEHIDUPAN MENCARI HIKMAH DALAM KEHIDUPAN Reviewed by ikhwan yusuff on 13:17:00 Rating: 5

9 comments:

  1. Itulah indahnya hidup ini sebenarnya. Setiap apa yang berlaku pada kita, pasti ada hikmah yg tersembunyi. Seandainya kita tahu apa hikmah (atau ganjaran) yang menanti kita di atas setiap dugaan yang diterima, tentu kita tidak kisah diujikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak.. kekadang kita sendiri tahu tapi buat yg sebaliknya pula.. moga kita menjadi seorang yg senng mencari hikmah itu

      Delete
    2. Amin. Mudah-mudahan begitulah :)

      Delete
  2. Thanks for the advice ikhwan. tu la, kadang2 bila kita dah penat2, tetap datang musibahnya, rasa macam putus harapan. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..moga kita xmenjadi org yg mudah give up,,..

      Delete
  3. Cinta itu memang mudah buat kita beremosi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sbbnya cinta tu berkaitan dgn hatikan..... kata org jangan syg org lebih2 sngt.... Cinta dipanjatkan pada Yang Satu iaitu Allah.. :D

      Delete
  4. Btl kembali allah swt..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete