DIET ATKINS FASA INDUCTION

Assalamualaikum w.b.t



DIET ATKINS FASA INDUCTION


Pernah korang cuba kaedah diet atkins? Salah satu sistem diet yang popular dalam kalangan masyarakat tanpa menggunakan sebarang produk dan penggunaan wang yang tinggi. Jadi dengan cuti yang masih berbaki aku cuba kuatkan semangat nak berdiet ni, maklumlah dah dekat 3 bulan duduk kat rumah rasa semakin membesar. Aiyoyyo =..='. Sebelum itu Apa itu diet Atkins? Hasil daripada bedah siasat google diet atkins merupakan satu sistem diet yang diperkenalkan oleh Dr.Atkin. Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. Secara umumnya melalui diet ini kita dikehendaki melalui 4 fasa dan untuk permulaannya ialah fasa Induction. Disebabkan baki cuti aku berbaki 2 minggu, jadi aku nak trylah untuk ikuti fasa pertama ini. Semoga hati ini kuat! Chaiyok3x!

APA ITU FASA INDUCTION 

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Jika berat badan sangat berlebihan atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Jadi dalam fasa ini terdapat banyaklah pantang larang yang perlu diikuti. Perlu kawal nafsu makan walaupun terpaksa merana. Hihihi.

Dilarang makan Semasa Induction (Fasa 1): 
  1. Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
  2. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
  5. Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  7. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  8. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  9. Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  10. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  11. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  12. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  13. Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.

Boleh Makan:
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  11. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  12. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  13. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
SYARAT-SYARAT FASA INDUCTION

  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih.  (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket)
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. 
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
  • Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)

SUMBER: https://www.facebook.com/notes/diet-atkins-malaysia/diet-atkins-cara-paling-berkesan-kurus-tanpa-produk/793258220692641

DIET ATKINS FASA INDUCTION DIET ATKINS FASA INDUCTION Reviewed by ikhwan yusuff on 10:45:00 Rating: 5

10 comments:

  1. Oh..gini rupanya diet atkins yg saya selalu dgr tu. Selama ni tak baca sgt pun tentang diet..bila bdn dah naik ni..baru sibuk baca artikel tentang diet

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah... bila baju lama dah ketat barulah nak berdiet..hihihihi..

      Delete
  2. tapi ramai tak tahan dengan diet atkin ni.. sebab tak dapat sumber karbohidrat dari nasi.. zizie pun even though tak amalkan diet atkin ni tapi tak berapa berkenan dengan diet ni.. sebab mat salleh iklim dorang lain dr kita kat malaysia ni.. just my 2 cents..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak ramai yg dapat tahan... betol apa yg zizie katakan.. Tapi kalau badan dah kian membesar lemak sana-sini mngkin salah satu diet yang ok untuk diamalkan especially buat golongan yang obes dan disertai dengan senaman tertentu.. tapi klau dah xtahan belasah jelah kan tkut boleh memudarat kesihatan.. hihihihi

      Delete
  3. Assalammulaikum... ikhwan,

    kekadang mselim3 rasa baju lama semakin mengecik pulak... atau badan mselim3 yang dah semakin naik... kena control pemakanan jugak nie... Insaallah kena.

    mselim3

    ReplyDelete
  4. Sy suka mkn. So ssh nk diet. Tp nk kekal kurus sy cuma bersenam je ;)

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya, Ikhwan. Kena betul2 kuat semangat ni.

    ReplyDelete
  6. Fuyoo sapa2 yg blh buat dan ikut syarat ok laa hehe..tp lau suruh kak lya mmg tarik diri awal gamaknyer

    ReplyDelete
  7. Fasa Dalam Diet Atkins.
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/11/fasa-dalam-diet-atkins.html

    ReplyDelete