GEJALA MEROKOK. MALAYSIA GENERASI MEROKOK?

Assalamualaikum w.b.t





Mungkin tak salah untuk dikatakan amalan merokok menjadi suatu kebiasaan oleh masyarakat dunia begitu juga negara kita. Tanpa kita sedari masyarakat negara kita sendiri semakin mencabar kedudukkan di mata dunia bukan dalam arena sukan mahupun pendidikan tetapi dalam jumlah penggunaan rokok dalam kalangan masyarakat Malaysia. Mungkin ada yang berpendapat dengan adanya peningkatan pada harga rokok mampu memberi nafas baru untuk kurangkan sikap ketagihan rokok dalam kalangan masyarakat. Tapi, kebanjiran rokok-rokok seludup mula mendapat tempat dalam hati perokok untuk melepaskan gian. Menurut statistik dikeluarkan seramai 40 hingga 50 perokok baru dicatatkan setiap hari di Malaysia. Dan pada tahun 2011 dianggarkan terdapat 4.7 juta orang perokok berbanding 3.1 juta pada tahun 2007. Apabila dicongak dalam masa empat tahun berlaku penambahan sebanyak 1.6 juta. Ini baru tahun 2011, macam mana 2015. Mungkin boleh kita bayang sendiri.



Apa yang mengejutkan, bilangan perokok remaja kian bertambah parah dan dijangkakan bertambah pada setiap tahun. Mengikut satu statistik yang diperoleh daripada The Tobacco Atlas, 36.3 peratus remaja lelaki dan 4.2 peratus remaja perempuan Malaysia yang berusia antara 13-15 tahun adalah perokok. Mungkin lebih ramai generasi perokok bakal dilahirkan dalam negara kita. Mungkin susah untuk menghalang daripada pertambahan bilangan perokok tetapi bagi aku sendiri pendedahan daripada ibu bapa itu penting. Ada segenlintir bapa bersenang hati merokok depan anak-anak tanpa memikir kesannya kelak. Aspek memilih kawan juga penting. Pergaulan anak-anak perlulah sentiasa dipantau. Bukan tindakkan mengongkong pergerakkan tetapi cukup tahu dengan siapa mereka berkawan. Sebabnya, Sebahagian besar perokok yang mula berjinak dengan rokok adalah purata umur 19 tahun.

MENTALITI MASYARAKAT PERLU DIUBAH??

Aspek mentaliti masyarakat perlu diubah? Bukan senang untuk diubahkan. Bila tempat zon bebas merokok mahu diwartakan bermacam-macam alasan diberikan. Merokok untuk menghilangkan mengantuk. Apa-apa pun alasan yang diberikan jangan sampai merokok menganggu orang lain dengan hembusan asap yang beracun itu.

SUMBER: Statistik moral remaja -Harian Metro
GEJALA MEROKOK. MALAYSIA GENERASI MEROKOK? GEJALA MEROKOK. MALAYSIA GENERASI MEROKOK? Reviewed by ikhwan yusuff on 21:00:00 Rating: 5

9 comments:

  1. betul tu.. isk.. geram betul la orang yang merokok ni.. okay, nak merokok sangat.. tapi, alert la sikit dengan orang sekeliling.. geram betul la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. At least alert lah sikit kat org lain.... Kita tgh sedap ddk mkn diorg ni bkn main lg hembus asap tu.. aihhh

      Delete
  2. Kekdg diorg x fikir pun keadaan org sekeliling..

    ReplyDelete
  3. Sangat2 mengharapkan anak lelaki kak lya akan datang ke alam remaja yg jauh dari merokok..

    ReplyDelete
  4. Akak paling tak tahan sikap segelintir perokok yg tak consider orang. Dahlah merokok di tempat awam, berkepul-kepul asap rokok hala kat orang.

    ReplyDelete
  5. Walaupun sudah terang lagi nyata yg merokok amat membahayakan kesihatan...tapi.....

    ReplyDelete