Header Ads

KITA BERTANYA? AL-QURAN ADA JAWAPANNYA

Assalamualaikum w.b.t



Al-Quran mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w yang masih kekal hingga ke hari ini. Tanpa dicemari dengan tokok tambah dan kandungan kekal dilindungi oleh Allah s.w.t daripada sebarang bentuk penyelewengan. Betapa beruntungnya kita. Segala permasalahan, kekusutan semua telah dijawab oleh al-quran. Jadi bacalah dan faham maknanya. Berikut beberapa persoalan yang sering kita tanya dan segalanya telah dijawab di dalam al-quran.

KITA BERTANYA, AL-QURAN MENJAWAB


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

17 comments:

  1. Alhamdulillah...sebaik-baik penyelesaian masalah adalah menbaca alQuran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... al-quran itu ubat segala penyakit..

      Delete
  2. Allah maha mengetahui..
    Kadang kadang ada perkara yang kita tidak suka, tapi itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita.
    Nice sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak..sebaik2 perancang adalh Allah..segala kegusaran bukalah quran

      Delete
  3. Kita jgn mudah berputus asa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. berputus asa tu sifat syaitan...

      Delete
  4. Motivasi berguna untuk permulaan bulan Ogos yang saya rasa... Mungkin mencabar?
    Thanks for sharing.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..... Moga pegisisan ini bermafaat untuk renungan kita bersama

      Delete
  5. terima kasih ikhwan.. kita je yang malas nak cari jawapannya kan.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Zizie.. kadalanya memang sikap kita yg malas nak cari jawapan daripada permasalahan kita...

      Delete
  6. Itulah mukjizat yang nyata...tapi ramai diantara kita terlepas pandang untuk mengkajinya....sedangkan ia ada didepan mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita sentiasa mengambil pengajaran dari al-quran Bunda... InshaaAllah

      Delete
  7. Betul. Al Quran ada segala gala nya :D
    Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Cik Qila... Sama-sama... semoga bermanfaat ya! :D

      Delete
  8. subhanallah.. great.. Al Quran.. berbicaralah dengan TuhanMu dengannya

    ReplyDelete
  9. QL QURAN ada segala jawapan unk setiap pertanyaan dan kemusykilan kita

    ReplyDelete
  10. Al-Quran kitab syumul. Sebaik-baik, sehebat-hebat naskhah. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.