SINDIKET PENCULIKAN KANAK-KANAK SEMAKIN BERLELUASA

Assalamualaikum w.b.t


SINDIKET PENCULIKAN KANAK-KANAK SEMAKIN BERLELUASA



Dunia hari ini semakin membimbangkan kita. Sekarang depan rumah kita sendiri pun kena sentiasa pantau pergerakkan anak-anak terutamanya mereka yang masih berada di peringkat sekolah rendah. Walaupun kita belum lagi berumah tangga, aspek ini keselamatan ini perlu kita titikberatkan samaada untuk adik,saudara-mara mahupun budak-budak sekampung. Pernah menjadi viral di Facebook bilamana seorang kanak-kanak hampir diculik semasa membuang sampah di depan rumahnya. Nasiblah gate rumah mangsa beroperasi secara automatik mampu menghalang daripada diculik.

Tadi  mak aku cakap rakan sekerjanya ada kasi tahu sebuah van putih yang berdaftar dengan nombor plat siam (Thailand) sibuk jalankan operasi penculikan kanak-kanak. Mungkin mahu di seludup ke thailand untuk sindiket penjualan organ. Nauzubillah. Moga keluarga kita dan seluruh masyarakat kita dilindungi. Jadi ibu bapa selalulah pantau kanak-kanak anda. Jangan biarkan mereka sorang-sorang pergi ke kedai mahupun kemana saja. Biarlah ada orang dewasa yang menjadi peneman. Terutamanya masa tamat sesi persekolahan. Jangan biarlah anak-anak anda tunggu terlalu lama dan sentiasalah berada di dalam kawasan sekolah semasa menunggu ibu bapa.


MASYARAKAT PERLU LEBIH PRIHATIN

MASYARAKAT PRIHATIN

Masyarakat juga perlulah memainkan peranan mereka semua. Jadilah masyarakat prihatin. Sentiasalah berkerjasama dengan pihak-pihak berwajib dengan menyalurkan sebarang maklumat bagi membendung permasalahan ini. Sentiasalah peka dengan kanak-kanak sekeliling kita. Sayangi dan kasihi mereka kerana mereka berhak untuk hidup dalam keadaan aman.

p/s: Sekali lagi, ibu bapa kat luar sana, jika anda membaca ambillah langkah yang drastik untuk membendung kejadian yang tak diingini ini. Moga kita dilindungi. Amin.


SINDIKET PENCULIKAN KANAK-KANAK SEMAKIN BERLELUASA SINDIKET PENCULIKAN KANAK-KANAK SEMAKIN BERLELUASA Reviewed by ikhwan yusuff on 14:51:00 Rating: 5

12 comments:

  1. Sama2 kita berusaha agar dpt membendung gejala ini dr terus berleluasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Lya... peranan kita sangat penting..

      Delete
  2. aiyokk... bahaya la sekrang... risau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius bahaya sekarang ni.... perlu ambil precautions kan...

      Delete
  3. Assalamualaikum. Betul tu. Risau dibuatnya. Moga kita semua sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa dilindungi Allah.

    Jemput singgah ke blog saya, VitaminSuci. Saya dah add link blog awak di bloglist saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Btl2..masyarakat juga perlu amat berat..kita knl jiran kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. peranan masyarat memang penting untuk hlg masalah ni.... yup betol sngt2 kenal jiran kita...

      Delete
  5. kena betul-betul buka mata lebar-lebar...jangan buat endah tak endah je...sama-sama kita praktikkan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kita semua kena buka mata luas2... jadilah masyarkat prihatin...

      Delete