Header Ads

ZAMAN DIKUASAI GENERASI MENUNDUK

Assalamualaikum w.b.t




Mungkin tidak asing bagi kita gejala generasi menunduk ini. Dan adakah kita sebahagian daripada golongan generasi menunduk?? Memang tidak dapat dinafikan perkembangan dunia dalam bidang teknologi membuat sesuatu tamadun itu berkembang maju. Namun, kegagalan kita mengawal teknologi ini mampu memberi kesan kepada diri sendiri. Generasi Menunduk ini lahir daripada perkembangan kecanggihan penggunaan telefon bimbit dalam bahasa mudahnya handset. Tidak dapat dinafikan pengguna gadget ini adalah sesuatu yang penting untuk mengikut perkembangan-perkembangan terkini. Namun disebabkan terlalu terikut dengan kecanggihan dan kemudahan yang disediakan kita secara tidak langsung termasuk dalam golongan generasi menunduk.

Bila diperhatikan golongan ini bukan sahaja daripada kalangan remaja, malahan golongan dewasa dan mereka yang berusia juga termasuk dalam golongan generasi menunduk. Bilamana seusia 2 tahun pendedahan penggunaan handset dipraktikkan oleh ibu bapa. Hasilnya bertambahlah generasi menunduk. Bila diimbau kembali zaman dahulu kanak-kanak sibuk bermain diluar rumah bersama kawan-kawan namun era masa kini cukuplah handset menjadi peneman mereka. Dengan pelbagai aplikasi yang diperkenalkan, kebanjiran generasi menunduk semakin meluaskan kuasa di serata dunia.

KEWUJUDAN GENERASI MENUNDUK MAMPU MERUNTUHKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN??


Satu persoalan yang patut dijawab. Adakah kewujudan generasi menunduk ini mampu meruntuhkan sesebuah institusi kekeluargaan? Bilamana ahli keluarga sudah tidak semeja. Masa makan bersama keluarga digunakan untuk menghadap handset bertujuan melayari mana-mana laman sosial. Tiada lagi perbualan antara ahli keluarga. Mungkin tidak mustahil suatu hari nanti perbualan akan berlaku melalu telefon pintar. Jadi dimanakah utuhnya sebuah institusi kekeluargaan itu?

PENDAPAT PENULIS BERKAITAN "GENERASI MENUNDUK"

Sememangnya tidak dapat disangkal kewujudan teknologi telefon pintar amatlah penting untuk kegunaan manusia. Tetapi perlu dihadkan penggunaannya. Setiap orang patut membezakan kepentingan dan tidak terlebih sehingga melampaui batas. Ibu bapa juga berperanan bagi menyingkirkan budaya melahirkan generasi menunduk. Jangan terlalu memberi pendedahan awal kepada anak-anak kecil untuk termasuk dalam golongan sebegini. Kata orang biarlah ketinggalan zaman jangan sampai kita tertinggal dibelakang oleh mereka kelak. 

17 comments:

  1. betul sprt apa yg di tulis. skrg ni...kecik² lagi dah budak² di dedahkan dgn teknologi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mememangnya... Ibu bapa skarg lebih suka memberi pendedah kpd anak2 mereka... Mmg xsalah tapi perlu ada limitnya kan..

      Delete
  2. Memang betul sekali..
    Gatged bisa membuat masyarakat jauh dari lingkungan sosial..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau salah penggunaannya pasti memberi kesan negatif...

      Delete
  3. Sekarang mmg kita terarah kepada generasi tunduk..Nak tak nak memang benda ni berlaku pada zaman kita hari ini..Tak kira peringkat usia ..Semua dah terarah pada gadget..Tapi sebagai cth ka lya bagi ..kita sebagai ibubapa kena hadkan benda ni bila depan anak2 agar anak2 tak terikut dgn apa yg kita buat..Hadkan masa pada teknologi tunduk ni..Bagi ruang itk kita seisi keluarga tanpa teknologo tunduk..Semoga kita semua dapat membezakan antara kepentingan dan juga keperluan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Lya... saya sokong ckp kak lya ibu bapa perlu menghadkan penggunaan gadget tunduk ini dalam diri anak2....

      Delete
  4. Kita yg dewasa ni pun terikut2 menunduknya. So, kita kena set the rules untuk diri dan anak2. Jangan sikit2 menunduk. Kena ada rules, had guna gajet dan proper implementation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. kekadang kita tak sedar.. nak2 klau dlm majlis mesti ad je budaya menunduk ni... betul kata akak mmg kena ada some rules khas untuk diri kita dan keluarga..

      Delete
  5. Saya menunduk bila kat rumah je, bila kat luar rumah takde wifi, saya menegak lah balik..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2 pon menunduk tu ttp ad.... tapi jgan sampai meganggu aktiviti sosial kita...

      Delete
  6. oleh itu, angkat tinggi2 supaya tak menunduk.. hehehe... betul apa yg ikhwan bahaskan.. saya kalau dah boring baru menunduk.. kena la alert dengan keadaan sekeliling.. takkan la keluar dengan kawan pun nak menunduk... tak patut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi generasi mendongak plk tu..hihihih... betul tu kita kena alert pd surrounding kita..

      Delete
  7. Kena bijak. Banyak faedah boleh kita dapat dengan ada nya kemodenan.. Tapi kalau salah guna.. Inilah hasilnya... Kalau kita nak terus menunduk.. Sampai bila bila akan tunduk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pandai balance keperluan dan jgn sampai melampaui batas...

      Delete
  8. Terasa orang yang jauh itu lebih 'dekat' dari yang dekat...Itu belum yg dipergaruhi oleh pelbagai games lagi :(

    ReplyDelete
  9. First time dengar istilah 'generasi menunduk' betul la tu..teknologi tak dpt kita halang tp kita mampu mengubahnya..anak3 mmg jrg sy dedahkan dgn gadjet. Byk masa sy hbskan beraktiviti bersama shj..

    Tapi kalau generasi menunduk = hormat tu mmg patut kita ajar kan :)

    ReplyDelete
  10. Akk pn klau nk bg ank tgk vdeo kt hnset ada had msa nya. Lbih suka bg dia main permainan.

    ReplyDelete