Header Ads

BUDAYA MEMBALAS KOMEN.PERLU ATAU TIDAK?


Assalamualaikum w.b.t

BUDAYA MEMBALAS KOMEN

Post yang lepas aku ada menyentuh perihal Blogger pilih bulu. Alhamdulillah, banyak pendapat dan pandangan yang dilontarkan oleh setiap blogger yang singgah. Jadi, post kali ini aku nak kongsikan perlukah budaya membalas komen yang ditinggalkan oleh blogger pada setiap post korang? Apa pendapat korang semua? Sebelum tu, aku suka untuk memperingatkan macam mana terjadi dan terhasilnya komunikasi. Komunikasi berlaku bila wujudnya, dua atau lebih individu dalam satu masa. Dan yang paling penting berlaku dalam dua hala dan berulang. Maknanya, ada penghantar dan penerima dan penghantar boleh menjadi penerima dan penerima boleh menjadi penghantar.(fuhh Panjang mukaddimah).

Berbalik kepada soalan aku, perlukah budaya ini? Pandangan aku, seikhlas hati aku merasakan ianya perlu. Sebabnya, budaya membalas komen ni mampu mewujudkan satu komunikasi yang berkesan sesama blogger. Aku lebih suka untuk tinggalkan komen pada mana-mana blog yang tuan empunya blog suka untuk reply komen aku. Sebabnya, rasa komen aku itu dibaca oleh mereka. Dan apa yang pasti, aku akan kerap berkunjung ke post tersebut hinggalah 'proses' berbalas komen ni berakhir. Jadi apa yang korang dapat? Apa yang pasti, confirm pageview meningkat dan akan ada blogger yang setia untuk membaca setiap post yang diterbitkan. 

Aku juga suka nak balas komen setiap blogger bila diorang drop komen pada mana-mana post terbaru aku. Dapat juga bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Kat sini aku suka nak listkan antara blogger yang suka balas komen rakan blogger diorang : Kak Farrah ( From FAMF Tower) dan Kak Aiza ( Mizz Aiza). Jadi tak rugi jika korang semua membalas setiap komen yang ditinggalkan.

60 comments:

  1. kak aiza baru je mulakan amalan balas komen ni.. hehe.. betul kata ikhwan, membalas komen boleh mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan sesama blogger..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita kak.. Sebelum ni ad yg saya balas dan ad yg tidak... Bila difikirkan banyak manfaatnya bila membalas komen ni.. :D

      Delete
    2. salah satu faktor kenapa kak aiza tak balas komen rakan blog pada masa dulu sebab internet slow.. sekarang ni alhamdulillah internet ok.. hehe.. :)

      Delete
    3. kalau bab main dgn internet ni mmg xleh nak kata pe kan kak.. putus internet krik2 jwbnya..

      Delete
    4. Setuju, kadang2 tu berkobar nak blogwalking & balas komen,...tapi line internet buat hal,...terus putus angin.

      Delete
  2. Betul..cik akak sekarang je tak mesra komen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik akak busy kan.. :D dlm blogging ni banyak kekangan yg xdpt dielakkan... Tapi saya akan cari juga masa nak BW blog blogger lain.. Walaupun xkomen just jadi silent reader jelah.. :D

      Delete
  3. Replies
    1. upin ipin versi apo benda ni?? ahaksss :P

      Delete
  4. akak rasa perlu, tapi depends jugak samada komen tu perlu dijawab atau tidak. kalau orang tanya soalan memang perlu jawab, supaya tak digelar blogger sombong.just my point of view..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejutu kak sal... Sebab ad jugak benda yang mungkin tak memerlukan jwpan kan.. :D

      Delete
    2. Yesss, tengok keadaanlah. Kalau setakat komennya letak smiley seketul, tak pun bagi remarks macam 'nice' atau 'cool', bolehlah kalau tak balas. Tapi bila ada yg datang komen, tanya pasal something & kita tak reply, rasa macam rude pula. Komunikasi dua hala tu tak wujud.

      Delete
  5. Asalam..baru on blog, nampak news baru Ikhwan naik ke bloglist segera Etuza klik. Menarik rasanya untuk di baca. Secara peribadi Etuza " Perlu " sebagaimana Ikwan kata sebegitulah Etuza. Tapi tiada masalah jika blogger itu mendapat banyak komen hingga ratuzan komen, satu pun blogger itu seolah x respon. Itu rezeki dia..tak apa. Tapi Etuza suka buka mulut buka minda dan lebih positif.
    Cuba bayangkan blogger nak tanya..sesuatu dengan kita, kita tak kisah ja. Alamak kesian lah pada teman blogger tu kan. So perlu. Biar kita berblog ni murah dengan ilmu yang ada. Bak kata bidalan ke tu " ikut rasmi padi makin berisi makin tunduk" hadui panjang nya mengulas..
    Akan terjah blog aiza dan farah.
    Minta lah ramai blogger seperti Ikhwan boleh buat geng..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cikgu.. Betul sangat.. Ikut rasmi padikan semakin berisi semakin menunduk...bukan mcm lalang yg makin menegak.. :D

      Delete
  6. Satu ja nak ingat komen ikut apa dalam Entry.Tak apa sepatah pun it's ok. Gembiranya dapat komen antara blogger. Budaya drop komen ni seolah semakin di lupakkan lah Etuza tengok.Iya lah bukan paksaan pun. Ikut suka kita sebenarnya. Nak happy nak ramai kawan nak di doakan ha buka lah mulut komen tu lah caranya. OO ya satu ja nak cakap " Harap komen tak hina, ejek, aibkan,herdik bla bla" kalau ada jg nak komen begitu. Tak tahu lah. Malu blogger tu..minta maaf ya banyak pula komen Etuza seorang ni..

    ReplyDelete
  7. Andai ada blogger kata tak perlu balas komen, buang masa katanya. Etuza terima ada logik rasionalnya tu..tak apa kita terbuka terima pendirian para blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang ad pandangan masing2 kan cikgu.. Mungkin diorag rasa itulah yang terbaik .... apa2 pon berblog kita nak happykan tak mau tension2,,, :D

      Delete
  8. Bab balas komen ni pun kalau ikut saya, it depends. Mungkin ada orang yang takkan balas komen, tapi mereka akan datang blog orang tu dan komen dekat post blog orang tu. Mungkin ada orang yang akan sentiasa balas komen orang. Macam saya, saya balas je komen orang dekat blog saya tapi saya akan pastikan komen yang mempunyai soalan sentiasa dibalas sebab setiap pertanyaan memerlukan jawapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. it depends pada blogger tu either nk reply atau tak.. Kalau saya tak kisah kalau komen tu dlm bntuk persoalan atau tak... sebabnya dari setiap yg komen tentu ad pandangan yg berbeza.. So, let share each others.. :D

      Delete
  9. Assalam Ikhwan..Selamat berkenalan...sis JM here...ternampak link entri ni di blog cikgu Etuza terus klik sbb nampak menarik untuk di baca. Menjawab kepada soalan tu..sis SANGAT SETUJU..yes!!! setiap komen yang di tinggalkan perlu di BALAS...sbg tanda terima kasih dan ada two way communication dan wujud kemesraan antara blogger dan reader serta kunjungan juga harus di balas kerana as a blogger we support each other. Like me..kalau komen di blog kwn lain dan komen di balas rasa kehadiran di hargai. Tetapi x di nafikan ada komen di blog sis JM LAMBAT di balas bukan sebab x nak balas tapi x SEMPAT balas on the spot..tetapi TETAP akan balas kerana tanpa reader sekalian..blog itu 'mati'. Farrah MF? Yes..dia seorang reader dan blogger yg rajin reply komen dan balas kunjungan.

    Sorry panjang lak komen boleh up satu entri hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm sis JM... Selalu tgk sis JM komen kt blog Kak Farrah.. saya pon kekadang mcm tu sis... publish dulu komen and then baru balas...

      Delete
    2. Hai, Sis JM. Ikhwan, kenalkan ni Sis JM. Sis JM, meet Ikhwan :)

      Delete
    3. kih kih kih..nampaknya sis JM akan terus kerap singgah sini

      Delete
  10. yes..saya pun perasan kak farah memang orang yang paling suka reply setiap komen. & kak farah juga suka meninggalkan komen di blog orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... She really awesome and friendly blogger... :D

      Delete
    2. Tersedak ohok-ohok sambil malu2 biawak di sini. Tak delah rajin sangat, adik-adik. Kadang2 kekangan kerja dan masa pun membataskan aktiviti maya kita. One thing for sure bila berkunjung ke blog rakan2 maya, akak akan belajar banyak benda baru yang berharga :)

      Delete
  11. Salam ikhwan..sorry br singgah..akk busy skit sekarang..ok pd pandangan kak lya..wah mukadimah gtuu..Kak lya rasa mmg perlu laa blas komen ..ya la menampakkan yg komen tu dibaca tuan blog..kdg2 kak lya mmg balas komen kawan yg dtg komen kt blog klau ada masa lebih..bila kita buat camtu terasa jugak laa kita ni ambik berat akan kedatangan kwn2 yg dtg komen kt entri kita..tak salah rasanya kita berbalas2 komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm kak Lya.... ta,kpe kak kekadang tu mmg masa membatasi kita untuk berblog.. terima kasih atas pandangan ni kak... :D

      Delete
  12. amalan berbalas komen ni bagus, cuma satu je yg ak nak tau... contoh mcm ko kan, ko balas komen ak ni..agak2 ak dapat notifikasi x ek so ak tau ko balas komen ak...hurmmm... tau dak??? ak xtau..tu tny tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik soalan ko ni bro... Skrg ni mmg ko kan dpt noti bila komen dibalas.. Sebab tu aku cakap kat atas tu dapat naikkan pageview sbb org yg nak tahu komen dia dibalas atau tak akan berterus ke post tu(spesis mcm akulah)... Mungkin pihak blogger lepas ni boleh consider dgn letak satu widget yg boleh tahu orag blas komen kita... :D

      Delete
    2. salam,
      saya pun ada masalah ni. tak tau komen kita dah di balas atau tidak, dan tertanya2 bila balas komen org lain samada dia tau atau tidak...huhuuuu

      Delete
    3. solusinya kena keraplah berkunjung ke blog tu....

      Delete
  13. Elok sebenar balas komen ni...pada awalnya Sally ada jugak membalas...tapi lama-lama kerana kekangan waktu...jd terbantut...kadang tu nak balas...tapi lain isinya lain plak cerita komennya..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kekadang tu mmg masa sangat2 membataskan kita untuk membalas komen kan. Tapi biasanya saya akan spend sikit masa nak balas membalas ni.. :D

      Delete
  14. Betul tu.. mmg perlu balas komen.. interaksi tu penting.. mmg rasa d hargai kalau komen kite d reply oleh owner blog. Sy pun suke komen n balas komen.. tp kdg2 terlepas pandang jugak kalu busy. Lagi2 bile internet xde, jgn kate komen, blog pun terabai.. huhu.. skrg lg parah bile xde laptop.. bergantung gn enpon je..blog yg mudah d access je sy mampu pegi n komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau blogger yg komen apa post lama sekadar baca jelah.. jarang juga membaca..

      Delete
  15. Dulu Nani sokmo jugak reply komen komen dekat blog tapi sejak dah start busy dengan study apa semua tak sempat nak balas balas komen tu. Sobss. Kadang kadang, kalau ada masa tu balas lah jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada org perlu fokuskan pada yang lebih penting kan... takpe nani.. :D

      Delete
  16. amalan berbalas komen memamg best dan bagus . lagi2 bile kita baru update blog then ramai yang komen, bila dah sorang komen mengharap jugak ade lagi yang komen. hihi. salam singgah disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. Best baca komen2 yg ditinggalkan.. Salam kenal sis.. :D

      Delete
  17. Ikhwan, kalau Zumal pula akan balas komen yang berbentuk pertanyaan yang perlukan jawapan. Kekadang terus contact orang tersebut jika Zumal kenal ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow...hebat zuma.. saya main redah je... xkira walaaupon hanya ayat penyata.. hihihh

      Delete
    2. Lagi bagus macam Ikhwan lakukan tu, pengunjung rasa lebih akrab...

      Delete
  18. Yang pasti amalan balas komen ni bagus. Kind of teruskan chain of communications. Tetapi, bergantung pada blogger juga,...tak semestinya tak balas komen blogger tu sombong, mungkin masanya terbatas.

    Hihihihi akak ada tower kecik je,..Ikhwan bagi akak 1 'town' ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. Atas blogger kan.. Mungkin yg tak balas tu ad alasan mereka yg tersendiri..

      Ehhhhh.. Tersalah pulak... hihihihihihih... :)

      Delete
    2. ada yang tak reply tapi bila ada yang drop pertanyaan dia reply..
      dia reply mana perlu saja.. n tak lupa kunjung balas.. okay la tu..

      Delete
  19. Dulu balas jugak. Skrg ni tak menyempat. Huhu. Nak approve komen pun lambat lg nak mereply. :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe.. Mmg akan ada waktu kita xleh nak balas komen, publish post etc.....

      Delete
  20. biasanya jie lambat blas komen..

    tapi apa2 pun..In Shaa Allah jie aku balas..klu ada yang tertinggal hrap dimaafkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon biasa kalau post lama2 jarang jugak balas kecuali satu pertanyaan yg penting.. :D

      Delete
  21. perlu perlu.. selain ada komunikasi.. salah satu cara kita hargai jasa kawan2 yang datang bertandang.. baca entry dan semuala.. apalah sngt balas komen tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.... Alang2 org membaca entry kita.. Kita baca komen diorg n balas.. Simple kan kak.. Akak mmg terer bab komen ni kan..

      Delete
  22. Balas komen mmg perlu cuma kdg2 lambat dan cepat atau ada sesuatu yg membatasi spt masa dan sbgnya. Ada yg senang biarkan komen tapi membalas dgn kunjungan mesra ke blog yg mengomen tu... macam2 cara kan. Apa yg penting, silaturrahim tu ttp terbina dan terjln dgn sebaiknya, in shaa Allah... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejutu dgn En.khir.. berkunjung blik k blg diorg slh satu cara nk menghargai diorg..:)

      Delete
  23. wah blog tampil semakinkemas banyak infor ..banyak dah di pasang ..terbaik

    ReplyDelete
  24. kdang2 kita dah komen tpi blogger tu tk kujung pon...humm

    ReplyDelete
  25. Komen mana yg sempat dulu...hehe

    ReplyDelete
  26. mcm akk kadang2 tu berhabuk blog tak update.. jd mmg maksudnya tak bukak blog langsung.. jd tak tgk komen tu.. bile tgk semula.. In Shaa Allah akan balas.. sbb rasa bersalah pada diri sendiri lak nnt... seolah-olah org bercakap dgn kita tapi kita buat bodoh je...

    ReplyDelete
  27. Kalau orang komen kat entry kita sendiri memang wajib balas laa bagi saya....
    Kalau berbalas balas komen kat entry blogger lain.... Kena tunggu line laju laa. Kalau slow, tetiba rasa lemah semangat jer. Heeeee

    ReplyDelete

Powered by Blogger.