KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH BETIK




Assalamualaikum w.b.t

KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH BETIK
KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH BETIK

Siapa penggemar buah betik? Mungkin sebelum ini kita hanya tahu makan tanpa mengetahui khasiat yang telah Allah letakkan dalam buah betik untuk dimakan oleh manusia. Setiap buah-buahan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Jadi hari ini, mari kita sama-sama baca apakah Khasiat dan kelebihan buah betik untuk badan

  1. Mencegah terhasilnya batu dalam pundi kencing

  • Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

    2.
Ubat bagi sembelit dan bausir
  • Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bausir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
    3. Bertindak sebagai agen tonik tambahan
  • Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
    4.Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan
  • Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

    5.Mengubati tumit pecah-pecah 
  • Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

SUMBER:http://panduan-tips-petua.blogspot.my/2014/04/10-khasiat-dan-kelebihan-buah-betik.html




KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH BETIK KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH BETIK Reviewed by ikhwan yusuff on 23:28:00 Rating: 5

25 comments:

  1. Betik memang banyak manfaat utk kesihatan. Akak suka makan betik. Jeruk betik pun sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita kak... dulu saya xsuka makan betik ni entah cmne boleh jadi kawan baik plk...

      Delete
    2. Baguslah tu,..kawan baik dengan benda berkhasiat :)

      Delete
  2. Feveret lya ni byk plak khasiatnya kan

    ReplyDelete
  3. Betik antara buah kegemaran saya.. selalu juga beli terutama yg dah potong tu kalau singah mana2 kedai yg ada jual... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lebih prefer beli yang slice tu En.Khir.. nak2 klau yg sejuk..

      Delete
  4. Esok Zumal nak cari betik laa....

    ReplyDelete
  5. memang bnyak khasiat betik nih tapi kiter xsuka sgt... huhuhu
    http://ahlamsjourney.blogspot.my/2015/09/pasif-income-setiap-bulan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. lepas ni bolehlah try makan ya.. :D

      Delete
  6. Asalam IKwan kemarin baca entry IY ..terus beli betik dekat pasar malam Keningau, baru pagi tadi makan..silap beli tak berapa manis..nilah tak menang membeli hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau yg xmanis tu mmg kurang sedap cikgu...

      Delete
  7. memang time sembelit betik ni bagus.. haha.. boleh lar try jual jus betik kt uia ikwan.. heeheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg boleh broooo... Kawan dah lama eja nama aku pon salah.. :P

      Delete
  8. banyak khasiat buah betik ni untuk kesihatan dan kecantikan.. tapi dalam banyak-banyak buah kak aiza kurang suka buah betik, mungkin sebab bau dia kot.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bau buah betik lain macam sikit kak... Sebelum ni mmg saya pon bukan penggemar betik disebabkan baunya tapi skrg dah jd favorite buah plk.. hihihih

      Delete
    2. kalau yang terlalu masak lagi kak aiza tak suka sebab lembik.. yang sederhana masak tu ok lagi..

      Delete
  9. Suka makan betik ketika perut ada mslh

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu ubat yg mujarab bila ad masalah perut.. :D

      Delete
  10. Teringat.. dah lama tak beli dan makan betik.. dulu tak payah beli, petik je dekat belakang rumah..

    ReplyDelete
  11. Prof muhaya ckp kalau mkn buah dan sayur umpama kita beri mkn pd sel2 kita yg trillion tu

    ReplyDelete
  12. Tringat pokok betik tnm sendiri kt umh sewa. Melepas nk rasa sbb blk kg bpntang. Blk2 umh tgk pokok jela..hmmm

    ReplyDelete
  13. Banyak jugak khasiat betik yang saya taktau... Ngehngeh... Thanks share...
    Saya takdelah minat sangat betik nie. Orang bagi, saya makan. Tak bagi, saya ok jer :)

    ReplyDelete