KHASIAT TOMATO UNTUK KECANTIKKAN


Assalamualaikum w.b.t


KHASIAT TOMATO UNTUK KECANTIKKAN
KHASIAT TOMATO UNTUK KECANTIKKAN

Entry kali ini khas untuk penggemar tomato. Sebelum ini aku ada menulis mengenai khasiat buah betik. Aku sendiri kurang meminati tomato kecuali yang telah diletak dalam tom yam dan sayur-sayur yang lain. Sedikit pengenalan mengenai tomato. TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.


Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.


KHASIAT TOMATO UNTUK KECANTIKKAN
1]Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

2]Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

3]Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

4]Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Sumber: 
https://docs.google.com/document/d/1A2x5zZT8qlMLeEzY7SxInFxLw6tZ-7zjIw8SM2TVco4/edit?copiedFromTrash#

KHASIAT TOMATO UNTUK KECANTIKKAN KHASIAT TOMATO UNTUK KECANTIKKAN Reviewed by ikhwan yusuff on 13:12:00 Rating: 5

16 comments:

  1. Banyak khasiat tomato. Akak suka kalau letak kat sandwich :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau makan mentah kurang minat sikit kak.. at least makan yang dah masak...

      Delete
  2. asalam Ikhwan ..banyak khasiatnya ya..tq info tomato

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cikgu... memang banyak khasiatnya..

      Delete
  3. nak selalu makan lah...berumur pun kena jaga kesihatan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usia bukan halangan cikgu.. kata orang sihat sepanjang hayat gituu... :D

      Delete
  4. Tomato fvrite saya. sangat suka makan ratah cm tu saja. makan cicah garam sedikit memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. nanti bolehlah try cicah dengan garam... :D

      Delete
  5. CF suka makan tomato mcm tu je. hihi. sedap bila buat ulam.

    ReplyDelete
  6. banyak khasiat tomato untuk kesihatan dan kecantikan..

    ReplyDelete
  7. kak aiza suka tomato kalau makan dengan nasi ayam.. kalau makan macam tu je tak suka..

    ReplyDelete
  8. Dulu2 kat cafe Econs tu ada restoran yang jual lauk kentang berkuah tomato. Tak sure lah masakan dari mana. Akak suka sangat.

    ReplyDelete
  9. Saya kalau makan nasi ayam, tak sempurna rasa kalau tiada tomato... :D

    ReplyDelete
  10. Saya pun kurang minat makan tomato... Tapi yang dah hiris nipis macam dalam burger tuu tak kisah sangat aa... Hehe
    Biasa dengar pasal tomato dan kecantikan. Tapi tetap malas nak cuba.... Tak pernah cuba. Huhu

    ReplyDelete
  11. Eh jap... Lupa. Kalau sos tomato tuu saya suka. Siyesly sedap. Haha

    ReplyDelete