MENGAPA ALLAH MENGUJI MANUSIA?

Assalamualaikum w.b.t


MENGAPA ALLAH MENGUJI MANUSIA?



Mungkin pernah terlintas dalam fikiran kita "Mengapa engkau berikan ujian ini Ya Allah?" bilamana mendapat dugaan yang dirasa tak tertanggung oleh badan. Mulut sentiasa ringan untuk mengeluh panjang. Terasa lemahnya diri. Ada yang lebih dasyat apabila menyalahkan takdir Allah kerana menghantar dugaan tersebut tanpa memikirkan hikmah disebalik musibah melanda. Apa yang pasti, perlu sama-sama kita ingat bahawa setiap musibah yang melanda itu bakal digantikan dengan baris-baris pelangi yang indah. Pernahkah kita memikirkan mengapa Allah menghantar ujian kepada kita?

Langit tak selalu cerah, pasti akan ada hari mendungnya. Tetapi disebalik mendung itu berakhir dengan titisan rahmat yang tidak terhenti untuk sekalian makhluk. Begitu juga ujian yang diberikan oleh Yang Maha Pencipta untuk hamba-hambanya. kita diuji kerana kita adalah orang yang terpilih. Terpilih untuk menjadi orang yang disayangi Allah. Macam mana? Dengan adanya sikap sabar dalam diri. Sesungguhnya, Allah menyayangi orang yang bersabar. 


وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ ......
Dan sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bersabar.
[Surah Ali imran 3:146]

Itulah manisnya bersabar. Bertapa beruntung orang yang menerima ujian dan memujuk hati bersabar untuk menerima takdir yang telah tertulis. Hasil daripada sikap sabar kita inilah Allah memberi ganjaran yang tidak terhingga. Subhanallah, Maha Suci Tuhan sekalian Alam. Jadi bersama-samalah kita memuhasabah diri, belajar menyemai benih kesabaran dalam hati. Tukarkan hati yang kering kontang dengan membasahkannya walaupun dengan secebis kesabaran. InshaaAllah akan memperoleh kejayaan. Dan ingatlah potongan ayat al-quran yang tercatat dalam surah al-baqarah ayat 286. Maksudnya:

".... Allah tidak membebani Seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." [Surah al-baqarah 1:286]
MENGAPA ALLAH MENGUJI MANUSIA? MENGAPA ALLAH MENGUJI MANUSIA? Reviewed by ikhwan yusuff on 22:58:00 Rating: 5

28 comments:

  1. Moga kita sentiasa tabah dalam menghadapi ujian Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah zumal.. saya aminkan.. Ujian tu antara penyebab untuk kita menjadi lebih tabah..

      Delete
    2. Ujian itu tanda sayangnya Allah pada hambaNya...

      Delete
    3. Betul tu zumal.. kasih sayang Allah untuk hambaNya..

      Delete
  2. Thank you for sharing this. Sesuai sangat sebagai peringatan untuk diri saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. renunugan kita bersama... sebab kita ni ada2 lupa apabila menerima ujian..

      Delete
  3. Kesabaran kita d uji..pasti da hikmah d sebaluk ujian yg kita trima

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. Setiap ujian itu mesti ad sebab mengapa Allah hantar kat kita...

      Delete
  4. Allah menguji Haida ... 8 tahun kahwin belum dikurniakan anak... namun Allah maha mengetahui.. Indahnya Ujian Allah bila suami dan keluarga semakin menggembirakan kita...Ujian mengajar kite untuk lebih muhasabah diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak ujian yg kita terima,... Ada org diuji melalui kekayaan, melalui anak dan sebagainya.. InshaaAllah selalu berdoa dan meminta kak.. pasti Allah mendengar..

      Delete
    2. betol tu..yg dh ada anak diuji dgn anak pula kan.. kekayaan juga merupakan ujian dr Allah untuk melihat hambanya bersyukur atau tidak.

      Delete
    3. betul tu kak.. Macam bentuk ujian yg didatangkan... Moga kita dikurniakan dgn kesabaran..

      Delete
  5. allah menguji sebab sayang dan naikkan tahap keimanan, jika bersabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... Hikmah disebalik kesabaran dalam menghadapi ujian ni

      Delete
  6. Asalam...satu catatn yang amat baik..rebutlah peluang untuk selalu bersabar. terima kasih tazkirah..hal ujian dan sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... Sama2 ...semoga bermanfaat.. :D

      Delete
  7. ikhwan, ujian yang silih berganti menguji kita sebagai hambaNya sehingga ke detik akhir hayat,semoga dipermudahkan kita semua menempuhinya jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin... itulah lumrah hidup kak.. Takde yg xpernah hadapi ujian...

      Delete
  8. hidup tak selalunya indah,,, ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi marilah kita cuba untuk mengindahkan hidup.. :D

      Delete
  9. Ibnu mustaqim pula bagi komen kan.Tak apa pinjam gmail dia kemarin..boleh tak letak ja dalam kotak komen kording award ya Ikhwan..minta izin dulu. Dah kena kunci gambar di blog Etuza tu dah kena locker

    ReplyDelete
    Replies
    1. ptt mcm kenal je nama tu cikgu.. saya buka blog tu tgk banner cikgu pon ada.. hihihih.. boleh je cikgu...

      Delete
  10. Kedua-dua potongan ayat yang Ikhwan kongsikan begitu besar maknanya. Kalau kita betul2 faham dan dalami, kita tidak akan kisah diuji :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu akak.... Tapi kita je seriing lupa.. mudah mengeluh dengan settiap ujian yg menimpa..

      Delete
  11. nice entry ore kole bere :D
    keep calm and put our trust in Allah ....!

    ReplyDelete
  12. Sedikit sebanyak entry nie bagi manfaat dan kesedaran... Rasa bersyukur bila Allah bagi ujian... :)

    ReplyDelete
  13. Ujian bukti kasih sayang Allah swt kepada hambaNya.. Ujian mungkin dalam bentuk kesulitan dan mungkin juga kesenangan.. Manusia yang diuji dengan kesulitan akan selalu merintih memohon kekuatan dari Allah swt.. Jangan sesekali bersangka buruk kepada Allah swt.. Pasti ada hikmah di sebalik ujian..

    ReplyDelete
  14. Allah menguji unutk melihat adakah manusia akan tetapi bersyukur..Allah beri ujian kerana Allah sayang

    ReplyDelete