Header Ads

BERTUKAR KE TELCO DIGI


Assalamualaikum w.b.t

BERTUKAR KE TELCO DIGI

Setelah 10 tahun menjadi pengguna setia Celcom akhirnya aku mengambil keputusan untuk beralih untuk menggunakan telco Digi. Mungkin pelbagai sim card(prepaid) telah banyak membuat promosi istimewa untuk pengguna setia mereka tapi hati ini gigih untuk memilih Digi. Sebabnya, tawaran hebat plan internet dengan kadar kelajuan yang meletopp memikat hati ini. Ialah kan, rasanya sekarang kalau handfon tu takde internet memang useless sangat-sangat. Aku dan internet berpisah tiada!

Post ini bukanlah job yang ditawarkan oleh digi untuk aku. Tapi dengan seikhlas hati aku nak review. Hari ini baru topup RM30 untuk membuat langganan internet bulanan dengan data 3gb untuk RM30. Mantap kan? Dapat pula internet percuma 1.2gb untuk 30 hari. Dan juga, 1.5gb internet percuma dari 1 pagi hingga 7 pagi. Kalau dihitung sebulan korang dapat 5.7gb untuk sebulan. Hebat??

Sebelum ni, aku pengguna setia celcom. Langgan RM25 untuk 1gb. Percuma pun takde. Cuma time birthday je yang dapat call dan SMS percuma, itu pun untuk nombor yang didaftarkan dalam list 8pax. Jadi rasanya aku perlu menjadi pengguna yang bijak. Pilih sesuai tu yang menguntungkan bukan merugikan.

34 comments:

  1. Cik akak dah lama guna digi nie...hihi...beli kuata sampai 14gb..dapat percuma kuota lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... mmg berbaloi kan cik akak..... :D

      Delete
  2. Akak baru tahun ni bertukar ke digi. Tapi tak langgan internet package. Cuma sekali-sekala beli internet pass :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru bertukar tahun ni jgk akak... Tgk plan internet dia mmg ok... :D

      Delete
    2. Yes,..plan internet dia memang berbaloi bagi akak :)

      Delete
  3. Asalam Ikhwan..kita p[erlu lakukan penambahbaikan kepad yang lebih baik ..tahnia

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... betul tu cikgu.. Jadilah pengguna bijak kan....

      Delete
  4. Macam menarik je. macam berminat je. haish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius mmg menarik.... trylah guna sebab rasanya plan internet yg ditawarkan mmg meletopp..

      Delete
    2. tak lama kan tukar jugak . btw terima kasih share pasal plan best ni ihkwan

      Delete
  5. Banyak yang pakai DIGI sekarang.. Saya jer masih pakai Celcom UOX ke SOX... Lupa... Masih pakai berkurun lama sebab sim nie kan tamat tempoh masa umur 25 tahun. So, saya tak topup pun tak pelu risau. Haha Lagipun tak meseg/call sesapa. Internet pun free pakai Kampung Tanpa Wayar jer. Kah. Nyata kedekut XD Tapi nanti kalau dah takde kemudahan2 macam nie, memang nak try DIGI. Ramai cakap okey :) - KTC

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah tawar hati dengan celcom KTC.... untung ler.. kampung saya takde pon wifi percuma ni,.. sedih sob3xx...

      Delete
    2. Celcom suka sangat tarik kredit tanpa sebab.. Huhuhu
      In shaa Allah nanti ada laa tuu kot... Hihi - KTC

      Delete
    3. Bestnya, KTC! Kat kampung akak tak ada internet Kampung Tanpa Wayar,..

      Delete
    4. Rugilah kalau macam tuu, Kak Farrah :P Hehe
      In shaa Allah nanti ada laa tuu :)

      Delete
  6. done follow sini...rupanya belum follow lagi blog ni huhuh #1124

    ReplyDelete
    Replies
    1. wowww.. Sis JM follow kita... hihihi Thanks sis.. :D

      Delete
    2. ahaksss...we as a bloger we support each other...tak gittew?

      Delete
  7. ehh..pesal nama sis JM x de dlm list top commentar oktober nih hiksss

    ReplyDelete
  8. nah!!! ini barulah buat pilihan bijak...bayar lebih RM5 je dengan Digi ada FREE lagi lebihan gigabyte tu...sis JM dah lama guna Digi ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... mengapa perlu bayar lebih.. hihihihihihih...

      Delete
  9. Wah, kita geng juga Ikhwan. Zumal juga pilih digi kerana tawarannya amat menarik dan sangat murah ^-^

    ReplyDelete
  10. Cik Mimie jugak pengguna Digi..memang pakej internet dia berbaloi2..x rugi la.. call smsm pun free :) jimat sgt2..kekedang topup RM30 sebulan still ada balan dalam RM20 or RM15 :) internet percuma 500MB

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.... Saya baru terbuka hati nak pakai digi cik mimie bila hati dah tawar dgn celcom...

      Delete
  11. Saya pula pakai Celcom sahaja buat masa ni sebab nombor Maxis saya deactivated sebab ayah saya lupa top up kan. hahaha. Tak tahu Celcom tu bagus ke tak tapi pasal nombor saya nombor SOX yang valid sampai umur saya 25 tahun, saya pakai je sebab saya pun bukannya ada dekat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon still pakai yg sox tu in case kalau mak ayah nak teleponlah..... klau pakej tenet lebih prefer pakai digi

      Delete
    2. I guess internet package made an impact eh. For me, tak kisah sangat sebab takde dekat Malaysia. hahaha. Bila balik Malaysia memang bergantung kepada wifi je. Ada wifi, bolehlah surf internet. Takde wifi, duduk diam diam. haha.

      Delete
  12. Kak aiza pengguna setia celcom.. Tapi baru-baru ini mula guna maxis untuk internet, setakat ni alhamdulillah..

    ReplyDelete
  13. saya pun pengguna setia celcom since sejak mula2 pakai hp umur 18 tahun.. hahaha..
    sekarang pun rasa nak tukar ke Telco lain, so in mind duk piker nak digi atau umobile sebab celcom mahal sangat walhal cakap telipon seminit dua je..

    ReplyDelete
  14. ikhwan, nak Tanya, kalau akak just pakai internet untuk whatsapp, instagram , emel & google.bcukup tak 3gb tu untuk sebulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya cukup kak.. 3gb + 1.2gb (percuma) = 4.2gb... dan bila akak langgan plan internet akak akan terima free social n lite dgn krlajuan 64kbps ... makusdnya bila plan internet tu dah tamat tempoh as long as balance akak masih aktif akak still boleh guna sosial networking like whtapps, fb, intagram...

      Delete