Header Ads

KELEBIHAN DAN MANFAAT TEH HIJAU

Assalamualaikum w.b.t


KELEBIHAN DAN MANFAAT TEH HIJAU
KELEBIHAN DAN MANFAAT TEH HIJAU


Teh hijau mampu mengurangkan berat badan? Inilah antara kelebihan mengamalkan pengambilan teh hijau. Aku juga salah seorang pengguna setia teh hijau ni. Adalah nampak juga perubahan bila berterusan menggunakan teh hijau terutamanya pengurangan berat badan. Jadi hari ini, nak share serba sedikit kelebihan dan manfaat teh hijau. Bukan semua sukakan teh hijau disebabkan rasanya yang sedikit kelat dan tawar. Tawar?? Yelah, takkan minum teh hijau nak letak gulakan.  


KELEBIHAN DAN MANFAAT TEH HIJAU

1] Mengurangkan Masalah Berat badan
  • Ini adalah salah satu cara untuk kurus paling murah. Mungkin kesannya mampu tapi korang tak perlu keluarkan kos yang tinggi. Hanya dengan RM20 boleh dapatkan teh hijau ini berbanding produk-produk yang mahal diluar sana.Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap.  Bahan yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.
2] Mengurangkan kadar kolestro dalam badan.
  • Pengamalan minum teh hijau mampu menyingkirkan kadar kolestro yang tidak diperlukan oleh badan. Bila korang consume teh hijau secara berterusan dapat dirasa badan menjadi lebih ringan. 
3] Baik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit.
  • Korang yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat untuk boleh cuba mengamalkan minum teh hijau. Kesannya memang dapat dilihat. Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan daripada kerosakan dari panahan cahaya matahari. 


Sebenarnya banyak kali khasiat minum teh hijau ni. Membantu proses pencernaan, mengelak daripada terkena penyakit jantung dan diabetis; sebabnya minum teh hijau mampu mengurangkan kes saluran darah tersumbat. Jadi cubalah minum, untuk sihat dengan keizinan daripada Allah swt.


26 comments:

  1. Teh hijau memang terkenal dengan khasiatnya. Apalagi bagi mereka yang sedang berdiet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Mmg sesuai untuk diamalkan.. harga pon berptutan..

      Delete
  2. Ikhwan baru pagi tadi Etuza minum teh ni ..wintea namanya produk Elken ya..betul apa yang ikhwan kata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya slalu guna Ahmad Tea Cikgu.... Nak2 kalau yg perisa melur lagi best.. wangi.. :D

      Delete
    2. Akak pun penggemar teh hijau tapi akak tak berapa gemar jasmine green tea. Suka yg biasa aje :)

      Delete
    3. saya suka jasmine kak... Wangi bua dan rasanya juga best sikit..

      Delete
  3. Zumal pun kena cari teh hijau juga nampaknya ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. car jangan xcari zumal.. nampak kesannya nanti.. :D

      Delete
  4. Banyak juga manafaat the hijau ni ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini hanya sebahagian sahaja yg saya tulis... Kelebihan yg lain masih ada..

      Delete
  5. minum teh ijau sambil follow....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaaa... cepat sedut teh hijau bro..hihihi

      Delete
  6. Benda yang menyihatkan memang selalu tak sedap. Kelat. Heee. Salah satu dugaan jugak tuu.
    Baru tau teh hijau boleh mencantikkan kulit. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelatpahit tu adakalanya ubat dan manis ni adakalanya racun kan... :D

      Delete
  7. Salam singgah terima kasih ikhwan share info, lama dah nak try , tapi xtry try. InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. Saya memang tahu khasiat teh hijau tapi tak berapa suka nak minum sebab tak sedap. Tapi, rasa macam nak cuba minum juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first masa saya try dulu mmg uweekkksss.. Pahit.. tapi bila dah biasa jadi best pulak..

      Delete
  9. Teh hijau ni memang elok kita minum sehari-hari. Sesuai utk detox, affordable & mudah jumpa di pasaran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu kak.. Sayanya stress pon boleh hilang bila perkena aroma teh hijau ni..

      Delete
  10. Kak aiza pun penggemar teh hijau.. Baik untuk proses detoks..

    ReplyDelete
  11. i like green tea too.. kalo nak minom panas letak gula sikit je..
    kadang stevia.. kalo sejuk xde gula pun xpa..

    ReplyDelete
  12. Saya suka beli teh hijau jasmine cuma ada yg tak suka sebab bau wangi... bagi saya sedap dan menyegarkan... :)

    ReplyDelete
  13. ada dgr ia merupakan salah satu unsur pelawas

    ReplyDelete