KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH PERIA

Assalamualaikum w.b.t



KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH PERIA


Disebabkan aku lunch bersayurkan buah peria, jadi dengan gigihnya aku merajinkan diri untuk mencari khasiat dan kelebihan buah peria ni. Sebelum tu aku nak tanya korang: peria ni buah ke sayur? Seriously I'm really confuse when people keep asking me about this question. Nak jawab apa? Baiklah, dibawah aku listkan Khasiat dan kelebihan buah peria untuk manusia.



1] Baik diamalkan oleh penghidap kencing manis. 
  • Dikatakan air perahan buah peria dapat mengurangkan kadar gula dalam darah untuk penghidap diabetis@kencing manis. Caranya simple, ambil 2 biji buah peria, bersih sebersihnya dan potong kecil kepada beberapa bahagian. Gunakan blander kat rumah masukkan potongan peria bersama air suam. Amalkan, InshaaAllah ada kesannya.
2] Menggalakkan penghasilan susu ibu
  • Ini khas untuk wanita yang melahirkan anak. Pengambilan buah peria mampu penggalakkan penghasilan susu ibu. Mungkin banyak produk diluar sana telah dikeluarkan. Untuk lebih jimat ibu-ibu boleh try makan peria tak payah keluarkan duit banyak-banyak. Nak lagi jimat tanam je kat belakang rumah. Caranya, rebus buah peria dan makan begitu sahaja atau bersama nasi.
3] Baik untuk merawat berak berdarah
  • Dalam bahasa sopannya buasir. Caranya sama iaitu minum air buah peria. Korang boleh blend tapi tahanlah sikit dengan 'kesedapan' air buah ini. InshaaAllah dengan izin Allah boleh merawat masalah buasir dan pastikan pengambilan minuman ini diamalkan.



KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH PERIA KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH PERIA Reviewed by ikhwan yusuff on 17:17:00 Rating: 5

30 comments:

  1. pucuk sayur peria juga berkhasiat ikhwan...sedap..tumis tambah ikan bilis manis..masak pun cara kampung ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... pucuk tu saya baru tahu cikgu.. lama ni makan buah peria je... :)

      Delete
    2. Akak pun baru tahu tentang pucuknya. Terima kasih, Cikgu Etuza :)

      Delete
    3. Ilmu baru ni akak... Nantii bolehlah cuba ya... :D

      Delete
    4. Itulah, kena cuba ni. Lauk sayur kampung begini memang sedappp!

      Delete
  2. NICE INFO TP TAK SUKA MAKAN peria ..pahit..ahahahhaa..tp yg pahit tuh jd ubat ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaaa.. kan... pahit tu selalu ubat manis tu slalunya racun... :D

      Delete
  3. biasa sebut buah peria bila dah masak jadi sayur pria entah lah..yg pasti suka mkn bila dah masak goreng bercili letak telur perghh...sedap walaupun ada rasa pahit sikit. Kalau pandai masak. rasa pahit tu akan hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. perghhhh yang tu mmg best sis JM... :D

      Delete
    2. "biasa sebut buah peria bila dah masak jadi sayur pria entah lah" betul gak kan...sebelum masak buah peria, dah masak jadi sayur peria ;)

      Delete
  4. biarpun pahit mmg byk khasiat...tapi bila pahit ramai yg x suka mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sis JM... yang pahit nilah org xsuka makan...

      Delete
    2. itu sbb mudah dapat penyakit kan..asyik nk yg sedap je heeee

      Delete
  5. kak aiza suka makan peria masak tumis.. baru tahu banyak khasiatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak tumis tu mmg best kak... Favorite saya juga tu... :D

      Delete
    2. Masa kecil dulu tak suka makan peria.. Bila dah dewasa try makan sebab la pula.. Hehe.. Mak kak aiza selalu masak tumis peria atau peria masak bersama taucu.. Memang sedap.. ;)

      Delete
  6. Ni favourite akak ni, Ikhwan. Peria katak yg kecil tu akak selalu buat jus dgn epal hijau dan lemon. Kalau buat lauk, akak goreng rempah je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jus saya tak pernah buat lagi kak.... makan jadi ulam nasi je.. hihihihih

      Delete
    2. Sedap ke makan buat ulam tu ikhwan? Tak pernah try buat ulam lagi.

      Delete
  7. Replies
    1. mmg kebanyakkan org benci peria ni sebabnya pahit... try makan nikmati kepahitan tu.. hihihihih

      Delete
  8. Tak makan peria... Huhuhu Satu kerugian di situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu kerugian dalam hidup.. erkk kidding.. :D

      Delete
    2. Hahaha Dalam hidup pun dalam hidup laaa XD

      Delete
  9. peria pahit tapi sedap kalau masak goreng telur hancur.pekena pulak dgn nasi panas,mmg mantap laa..yg dlm pic ni peria katak kot.mmg bagus diamalkan pesakit diabetis utk turunkan kadar gula dalam darah.tapi depend pd pesakit jugak.ada yg serasi,ada yg tak.

    ReplyDelete