KUNCI MASJID JALAN TERBAIK?

Assalamualaikum w.b.t


KUNCI MASJID JALAN TERBAIK?



Terpanggil untuk berkongsi buah fikiran dan pendapat bilamana membaca satu entri yang ditulis oleh Kak Aiza(Pencuri punya pasal). Bila dilihat hari ini, kes-kes kehilangan tabung masjid, masjid dipecah masuk pencuri tidak lekang menjadi topik-topik perbualan dalam kalangan masyarakat kita. Hingga aku dan mungkin korang juga terfikir, tidak takutkah golongan-golongan sebegitu hinggakan dalam masjid sanggup mencuri? Memang betul, bia hati dah diselubungi titik-titik hitam perasaan takut tu berubah menjadi satu kegembiraan dalam hati.

Baiklah, berbalik pasal tajuk aku hari ini, kunci masjid jalan terbaik? Apa yang korang fikir? Ini adalah pendapat aku, mungkin setiap orang lain pendapat. Seperti yang kita sedia maklum, masjid ni salah satu pusat kemasyarakatan. Setiap orang yang hadir, mungkin mempunyai tujuan yang berbeza. Ada yang datang untuk menunaikan kewajipan lima waktu. Ada yang sekadar untuk bertafakkur kepada Allah dengan merendahkan dan menyerahkan diri hanya untuk Allah. Jadi pendapat aku, tindakkan mengunci pintu masjid setiap kali selesai solat fardu adalah tidak patut. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mengelak kes-kes kecurian. Bila difikirkan, hanya kerana takut duit/tabung hilang fungsi masjid dalam Islam itu juga lenyap bersama-sama. 

Jadi, bagi aku; mungkin AJK masjid kat sesebuah tempat patut juga fikirkan jalan lain berbanding mengunci pintu pagar masjid. Pencuri ni kalau diorang nak mencuri, pagar pun sanggup dipanjat. Apa yang aku fikirkan, tabung bergerak patut diperkenalkan. Dalam kata mudah, tabung boleh diangkat dengan senang-senang. Bila selesai waktu solat, AJK masjid nilah yang berperanan simpan tabung tu elok-elok. Jangan dibiarlah diam dalam masjid. Lagi? Mungkin untuk tabung utama masjid, duit derma bolehlah diambil terus. Tak payah simpan lama-lama dalam tu. Yang selebihnya, berserahlah pada Allah. Moga pencuri-pencuri tabung masjid ni mendapat hidayah daripada-Nya. 


KUNCI MASJID JALAN TERBAIK? KUNCI MASJID JALAN TERBAIK? Reviewed by ikhwan yusuff on 11:51:00 Rating: 5

17 comments:

  1. Situasi ni jd pada saya sekeluarga bbrapa minggu lepas.
    Nak djadkan cerita kami sampai awal kat satu program ada tmpat aolat disediakan ruang solat. Tapi mcm xselesa cari masjid jumpa tapi kunci.

    Kami nk solat dhuha time tu, tapi pakcik masjid ckp masjid ni bukak lepas solat zhur. Pak cik tu buka utk kami pastu sudah tu kene tutup balik.

    Mcm susah, mcm dlm entry ckp, org masjid niat beza beza.

    Kat kg saya mmg tabung bergerakk bukan xde tbung besar yp betul la unsecura kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.... rasanya klau nak kunci perlu sediakan ruang khas untuk org solat...

      Delete
  2. setuju..terima mahudah kan..mudahkan fikir cara positif ikhwan berada dalam posisi yang benar..terima kasih infor

    ReplyDelete
  3. bagus juga idea ikhwan itu.. tapi kalau nak buat tabung bergerak perlu lantik seorang bendahari yang diberi amanah untuk menyimpan duit sebelum dimasukkan ke bank..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul tu kak Aiza... Kena cari yg betul2 amanah... kalau tak, lesap pula duit tu..

      Delete
    2. Nak cari yang amanah tu agak sukar.. Namun kita harus bersangka baik dengan orang lain..

      Delete
  4. Setuju dgn pandangan Ikhwan tu... lagipun kalau nak berkunci buatlah seksyen yg masih boleh orang nak solat di kawasan luar perkarangan masjid tanpa perlu masuk ke ruang utama solat. Di tempat saya, sama2 kumpul dana buat grill heavy duty... tapi kalau diluar waktu solat, orang awam masih boleh bersolat di kawasan beranda... masih boleh berehat dan ke tandas juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu encik khir.... Perlu adakan ruangan khas klau nak kunci ruang utama masjid... Kalau masjid besar mungkin ada ruangan yg kat bawah masjid. Tapi xsemua masjid ada ruangan ni... Mungkin perlu fikir inisiatif lain kan...

      Delete
  5. Saya dah lama tak ada dekat Malaysia, tak tahu nak komen macam mana. Tapi, kalau dekat Toronto, masjid dikunci sebab kat Toronto banyak homeless. Memang macam inconvenient sikit tapi orang dekat sini memang buat macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin isu ni mmg setiap negara alami kan.. Tapi berlainan sebab....

      Delete
  6. Masjid kat tempat Zumal memang kunci tapi ada ruang untuk orang bersolat di koridor yang luas dan ada juga lampu dan kipas. Walaupun kunci ada kes kecurian tabung masjid yang masuk melalui syiling menggunakan tali semasa arwah tok wan masih jadi bendahari masjid tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, sampai panjat syiling nak curi duit... Speechless..

      Kalau ada ruang khas tu takpe kan.. Bolehlah org singgah sembahyang...

      Delete
    2. Itulah manusia sekarang, di rumah Allah pun mereka sanggup mencuri...

      Delete
    3. Sanggup... Sampai macam tuu sekali..... ??

      Delete
  7. Setuju. Kena fikirkan solusi yang terbaik. Tindakan kunci masjid memang mampu bendung masalah, tapi rasanya hanya untuk jangka masa yang pendek. Kalau dah berkunci sana sini, fungsi masjid dah makin terhad jadinya.

    ReplyDelete
  8. Betul tuu... Kalau kunci, mungkin tabung tak hilang. Tapi fungsi masjid pulak yang hilang.
    Hurm... Kat rumah Allah pun sanggup buat benda benda macam nie --'

    ReplyDelete
  9. setuju sgat...kalau dh nama pencuri..letak mangga sebesar lori pun dorang still boleh masuk huhuh

    ReplyDelete