Header Ads

KHASIAT BUAH DELIMA UNTUK KESIHATAN


Assalamualaikum w.b.t

KHASIAT BUAH DELIMA UNTUK KESIHATAN


InshaaAllah hari ini aku suka untuk bercerita mengenai buah delima. Buah delima merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw. Didalam Al-Quran Allah juga ada meyebut perihal boleh delima. Allah s.w.t berfirman:

"Di dalam kedua-duanya(Syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima." [surah al-Rahman ayat 68]

Kalau korang perhatikan kebanyakkan produk-produk kesihatan juga memanfaatkan kelebihan buah delima ini. Jadi hari ini mari kita mentelaah apakah khasiat disebalik buah delima ini. 

  • Merawat Keguguran RambutMinum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat
  • Memulihkan Kulit Yang KeringBuah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan.Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.
  • Mengekalkan Awet MudaBuah delima mempunyai kandungan yang boleb melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.
  • Lambatkan Proses PenuaanPemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
  • Pengembalikan SelBuah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.




21 comments:

  1. singgah BW kat sini sambil klik2 nuff.. terima kasih untuk info buah delima nie...

    ReplyDelete
  2. ehe qila pakai pencuci muka delima je huhuhu makan tu tak selalu heee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun xslalu jugak makan buah delima ni cik qilaaa.. oklah tu at least kulit dapat zat dari buah sunnah ni.. :D

      Delete
  3. sangat hebat entri ikhwan..tahnia ya..awet muda tu tertarik...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihih... perkongsian dari artikel org jugak ni cikgu....

      Delete
  4. tapi dalam alam melayu ni, delima ni mistik sikit.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh... kenapa mistik?? Ada cite ke??

      Delete
  5. Replies
    1. kalau dekat semanjung banyak rasanya.. kalau pegi pasar tu mmg adalah.. :D

      Delete
    2. Or maybe saya terlepas pandang. Heeee :)

      Delete
  6. Banyak kebaikkannya tapi saya tak suka buah delima. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nape Farah tak suka? Jusnya minum tak?

      Delete
  7. memang bagus delima ni...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #20 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/11/senarai-url-blog-20.html

    ReplyDelete
  8. nice sharing :D
    tapi jarang jumpa buah delima di labuan.. hee

    ReplyDelete
  9. Jus delima sedap & refreshing :)

    ReplyDelete
  10. suka mkn buah delima ni mmg byk khasiat

    ReplyDelete
  11. feveret.. kalau jumpa yang betul2 merah.. mahal pun mesti nak beli..
    dulu tak reti makan dengan biji.. makin besar da boleh terima..

    ReplyDelete
  12. kak aiza suka makan buah delima.. banyak khasiatnya..

    ReplyDelete