TETAMU HEBAT OKTOBER


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Masih lagi dalam mood cuti seminggu. Balik ke hostel terus siapkan lab report sebabnya aku malas nak tangguh lama-lama. Nanti bertimbun-timbun pula kerja yang tertangguh. Okay berbalik pada entry hari ni, macam biasa tiap hujung bulan aku akan listkan top 10 blogger yang selalu komen blog picisan ni. Dan apa yang special untuk bulan ni seorang tetamu oktober ni akan menerima sebuah TITANIC yang akan aku kirim khas kepada empunya diri. Dapatlah feeling ala-ala jack&Rose. Jadi siapa gerangan si empunya titanic ni? Malas nak buat suspend lama-lama korang tengok carta yang aku buat ni. Tekun+gigih aku mengedit khas untuk top 10 blogger istimewa ni.

TETAMU HEBAT OKTOBER

Tengok?? Sis JM berjaya meluaskan kuasa untuk memegang takhta bulan oktober. Nampak gayanya ada ratu baru untuk bulan ni, biasanya kak Farrah yang bertakhta duduk sorang-sorang kat atas. Kalau tengok carta kat atas cuma ada 9 orang je. Sebabnya bila aku try pasang widget top commentator KTC ada dua nama. Macam mana tu? Malas nak buat balik aku decide nak letak 9 orang ni je. Korang semua jemput BW dan follow blog diorang ni. Sememang awesome dan penuh dengan pengisian.


Jadi kepada SIS JM silalah PM alamat anda dalam kotak komen kat bawah. Maklumat itu tidak akan didedahkan sama sekali. Bulan depan hadiah lain pula. Sekian. Wassalam.~

TETAMU HEBAT OKTOBER TETAMU HEBAT OKTOBER Reviewed by ikhwan yusuff on 21:09:00 Rating: 5

29 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah... rezeki lebih sikit untuk bulan ni.... :D

      Delete
  2. Replies
    1. mereka memang terbaiik dan terima kasih buat semua readers yg sudi berkunjung..

      Delete
  3. amboi sis JM, laju je naik . Alhamdulillah tahniah sis :)
    Ikhwan nak tanya macam mana nak buat kita punya top komentar tu tak nampak bila orang lain klik blog kita.

    maap la tak reti bebenda mcam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang nak hide tu saya tak tahu.. Style saya remove je dulu coding tu kalau nak baru letak balik.. hihihihih...

      Delete
    2. same to me TKK...remove je dulu coding tu or letak je ke dulu bil top commentar tu = 0 so nanti bila nak publish letak semula bilangan tu

      Delete
  4. Assalam ikhwan.. Lama tak dapat singgah sini.. Balik kursus je kak aiza kena teeus masuk kerja sabtu dan ahad.. Tahniah kepada semua yang rajin komen.. Semoga ukhwah terus berkekalan.. ;)

    ReplyDelete
  5. Ingatkan kak Farrah yang akan dapat Titanic tu. Rupanya kak JM. Mesti kak JM bombed comment section. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah!! mcm x percaya je..salah kira tu ;p

      Delete
    2. Hehehe Sis JM dah pasang bom tangan kat sini,...tak pe Farah. Nanti akak buat muka tak malu nak buat puzzle titanic tu dgn Sis JM :)

      Delete
    3. kih kih kih boleh je dear Farrah

      Delete
  6. Tahniah Sis JM. Dapat Titanic.. :D Tahniah jugak buat semua...

    Erm... Kan.. Nama saya ada 2... Sungguh, hamba bukanlah seorang yang tamak haloba... T_T

    Psstttt Selamat menyiapkan lab report :)

    ReplyDelete
  7. Ikhwan!!!!! baca entri ni berkali2..ehh..betul ke nama Jari Manis tu teratas? gosok mata berkali2 sbb masih tak percaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tidakkkkkkkkkk! Sis JM tolak saya sampai jatuh tangga! ;)

      Delete
    2. Dear Farrah...sorry yunk...sakit tak jatuh tangga tu heeee

      Delete
  8. Terima kasih Ikhwan...nak alamat eh? jap ye..janj jgn publish eh hiksss

    ReplyDelete
  9. hehehehe...rajin sungguh dorang ni ye..tahniah kakak yg menang!

    ReplyDelete
  10. Wah, hadiah titanic untuk JM??? Syok JM mengembara nanti ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss...nak guna jalan laut lak..asyik jln udara je kan

      Delete
  11. JM tak bagi peluang Kak Farrah menang.. ganaz plak tu siap bersenjata...

    ReplyDelete
  12. sesuai sangat jari manis tu.. jari memang manis sangat mengebooomm.. :D

    ReplyDelete