HUKUM MEMAKAI BULU MATA PALSU


Assalamualaikum w.b.t

HUKUM MEMAKAI BULU MATA PALSU

Mungkin dalam tak sedar, trend menggunakan bulu mata palsu ini semakin menular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Untuk kelihatan lebih anggun dan cantik kebanyakkan masyarakat hari ini gagal daripada mengikut syariat yang ditetapkan agama. Mungkin ramai menggunakan bulu mata palsu lebih-lebih lagi untuk menambahkan seri bagi resepsi majlis persandingan. Jadi, terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua mengenai Hukum Memakai Bulu Mata Palsu. 

Soalan:
Apakah hukum memakai bulu mata palsu dan maskara?


Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu:

“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)


Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.

Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.

Wallahua’lam

SUMBER: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/



HUKUM MEMAKAI BULU MATA PALSU HUKUM MEMAKAI BULU MATA PALSU Reviewed by ikhwan yusuff on 12:12:00 Rating: 5

14 comments:

  1. nauzubillah.. semoga kita sentiasa dilindungi..
    kadang dlm ikut trend.. terlepas pandang hukum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak CT..... selalu tgk nak2 klau majlis persandingan... ramai yg xalert dapat benda mcm ni.. Hukum tetap hukum kan.. jangan diletak kat tepi walaupun sekejap.. :D

      Delete
    2. benda tu atas kita sendiri juga.. kwn akak cantik je org mekap tadak fake eyelashes ni pun..

      Delete
    3. Setuju ngan CT. Atas diri kita jugak. Jangan terlalu taksub nak cantik, hukum kita buat endah tak endah je

      Delete
  2. huhu terima kasih cik ikhwan! :D

    maskara (/) with some terms while
    bulu mata palsu (X)

    noted!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.. InshaaAllah moga bermanfaat.. :D

      Delete
  3. noted. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. terima kasih di atas perkongsian ini ikhwan.. selalu kalau bersolek untuk majlis perkahwinan mesti pengantin akan dipakaikan bulu mata palsu..

    ReplyDelete
  5. perkongsian dan peringatan yang baik IY buat wanita di luar sana :)

    ReplyDelete
  6. tulaa, ramai yang pakai menda alah ni lagi-lagi bila nak kawen. elok laa buat entry macamni. hihi. kipidap. btw, lama tak singgah sini. belog makin matured rupa. kemas dan lawa.

    ReplyDelete
  7. klu haram baik dijauhkan.. jgn diubah sesuatu yg kekal..

    ReplyDelete
  8. Fida pakai bulu mata palsu pun masa kawin je..sebab kalau hari biasa tak kan pakai..mata jadi mengantuk..celak pun sama gak...asyik menguap tak henti2

    ReplyDelete