KHASIAT SERAI UNTUK KESIHATAN


Assalamualaikum w.b.t

KHASIAT SERAI UNTUK KESIHATAN
KHASIAT SERAI UNTUK KESIHATAN

Rasanya tidak asing apabila kita menggunakan serai dalam masakan. Selain untuk menaikkan aroma masakan serai juga mempunyai khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita. Jadi inshaaAllah hari ini jom kita sama-sama mengetahui khasiat serai untuk kesihatan.

1] Mampu menjadi agen mencegah kanser
  • Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.
2] Merawat gangguan sistem pencernaan
  • Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
3] Detoksifikasi
  • Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.
4] Manfaat untuk sistem saraf
  • Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.
5] Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.




KHASIAT SERAI UNTUK KESIHATAN KHASIAT SERAI UNTUK KESIHATAN Reviewed by ikhwan yusuff on 21:57:00 Rating: 5

15 comments:

  1. Asalam IK kena amalkan pula minum air serai kan..banyak khasiat tersembunyi..memang diciptkan Allah untuik hambaNya nak guna

    ReplyDelete
  2. elok serai ni..

    info yg menarik bro..

    ReplyDelete
  3. Dekat sini susah nak jumpa serai. hihi

    ReplyDelete
  4. salam ! letak dalam masakkan pun wangi heheh. masak dan makan berpisah tiada.

    ReplyDelete
  5. asalam ikhwan ..salam singgah ya

    ReplyDelete
  6. lemongrass tea sedap.. wangi pun wangi.. kalo makan gini x mmpu telan.. tapi kalo da blend ke smeua okay jaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gi restoran thai, selalu gak akak order air serai :)

      Delete
    2. Banyak manfaat serai utk kita kan...elok benar untuk kesihatan dalaman tubuh

      Delete
  7. Fida selalu guna serai kalau nak buat ayam Gureng...pastu buat singgan ikan tongkol..
    memang terasa serainya..

    ReplyDelete
  8. Bacapasal serai tetiba teringin nak masak ayam serai :)

    ReplyDelete
  9. tengs for the info. ohh, lamanya dah tak datang sini.

    ReplyDelete
  10. Baru tahu khasiat serai untuk detoksifikasi.. bagus perkongsian ini ikhwan..

    ReplyDelete