KESAN BURUK JENAYAH ROKOK SELUDUP

Assalamualaikum w.b.t

KESAN BURUK JENAYAH ROKOK SELUDUP
KESAN BURUK JENAYAH ROKOK SELUDUP 

Isu jenayah rokok seludup ni rasanya dah lama berpanjangan. Pelbagai cara nak cegah telah dipergiatan oleh pihak-pihak berwajib untuk membendung gejala ini. Bagi aku sendiri rokok seludup ni kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita hari ini lebih-lebih lagi dengan pengumuman yang telah dibuat iaitu kenaikkan harga rokok "halal" yang jauh lebih murah. Kekadang aku sendiri pun terfikir dengan pengharaman rokok seludup tapi bila difikirkan sejenak macam mana pula status rokok yang "Halal" dibeli ini. Malas nak kupas panjang pasal isu ini kerana ianya diluar bidang kuasa aku.

Tertarik dengan artikel kesan buruk rokok seludup ni. Jadi terdetik nak kongsikan dengan kalian semua. Semoga bermanfaat. Manalah tahu ada perokok seludup tegar membaca artikel ni. 

KESAN BURUK JENAYAH ROKOK SELUDUP
1. Remaja dan golongan muda lebih mudah terjebak dalam gejala merokok disebabkan harga rokok seludup yang lebih murah

Seperti yang aku katakan, harga rokok seludup ni jauh lebih murah. Dan tak salah untuk kita katakan harga mampu milik. Dengan faktor ni lebih ramai golongan muda yang akan terpengaruh untuk menjadi perokok tegar. Akhirnya lebih ramailah perokok yang dilahirkan di negara kebanggaan kita ini.

2.Rasuah dan korupsi semakin berleluasa, dari peringkat rakyat jelata sehingga ke pegawai penguatkuasa.

Di samping itu, pertumbuhan rangkaian penyeludupan ini meningkatkan gejala rasuah dalam negara, kedua-dua di kalangan rakyat yang membeli rokok diblack market dan di kalangan pegawai-pegawai awam yang memudahkan aktiviti undergroundKehadiran rangkaian jenayah terancang di pasaran juga boleh meletakkan tekanan tambahan ke atas pengedar dan peruncit sah, mengurangkan keuntungan, sekaligus mendorong mereka untuk menyertai dalam pasaran gelap.Jelas sekali perkara ini tidak akan berlaku jika tiada amalan rasuah dijalankan oleh pegawai-pegawai di agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang. Ramai yang sedar perkara sebegini terjadi tapi masing-masing tidak mengambil tindakan.

Aku listkan dua points yang bagi aku begitu penting. Moga kita lebih bersemangat untuk mengelakkan diri daripada berjerumus dengan jenayah rokok seludup ini. Korang boleh baca dipautan ini untuk mengikuti artikel lengkap. = Bahaya Jenayah Penyeludupan =



KESAN BURUK JENAYAH ROKOK SELUDUP KESAN BURUK JENAYAH ROKOK SELUDUP Reviewed by ikhwan yusuff on 11:16:00 Rating: 5

6 comments:

  1. apa yang merosakkan bangsa, agama & negara??? RASUAH...
    takut wooo...minta jauh dari semua tu...

    jemput singgah ke Blog saya (^_^)

    ReplyDelete
  2. Kesimpulannya selagi boleh..elakkan la merokok...yang telah menjadi perokok...tegar atau tidak...stop perlahan-lahan...in sha Allah boleh..

    ReplyDelete
  3. Rokok yg tak seludup tu pun dah memudaratkan dan ada keburukan, apatah lagi klu ung underground mcm ni kan... jauhkanlah merokok dan yg seumpamanya.

    ReplyDelete
  4. Hm betul lah tu, bila murah. Habis la teenagers nanti diorang rs it's affordable and nooooo T_T
    pastu enhance rasuah lagi haih.

    Timo kasih cik ikhwan share ni

    ReplyDelete
  5. mana tidaknya.. sebahagian besar sumber pendapatan negara daripada penjualan rokok.. memang tak setuju pasal rokok ni dari dulu lagi.. tak kisahlah seludup ataupun x... jin je yang makan asap ni..

    ReplyDelete