Header Ads

IBLIS MEMBANGKANG PERINTAH ALLAH S.W.T


Assalamualaikum w.b.t

IBLIS MEMBANGKANG PERINTAH ALLAH S.W.T
IBLIS MEMBANGKANG PERINTAH ALLAH S.W.T

Sedikit perkongsian rohani untuk kita semua. Bagaimana angguh dan sombongnya Iblis sehingga sanggup membangkang akan perintah Allah. Setelah diciptakan Allah Nabi Adam, Allah memerintahkan para malaikat dan iblis untuk bersujud kepada Nabi Adam sebagai tanda penghormati bagi makhluk Allah swt yang akan metadbir dan memerintah bumi. Namun, iblis enggan menurut perintah Allah kerana merasa dirinya lebih mulia daripada Adam. Atas dasar Adam diciptakan daripada tanah dan lumpur manakala dirinya diciptakan dari unsur api. 

Allah bertanya kepada iblis: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku? Adakah engkau menganggap dirimu besar dan agung?"

Lalu iblis menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau telah menciptakan aku dari api dan menciptanya dari lumpur."

Kerana kesombongan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum iblis dengan mengusirnya dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga kiamat. Di samping, menjadi penghuni neraka selama-lamanya.

Iblis menerima hukuman Allah dengan sombongnya. Dan dia meminta kepada Allah supaya dikekalkan hidup sehingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah meluluskan permohonan iblis. Tanpa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah, bahkan ia mengancam untuk menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dari syurga dan barisan malaikat.

Kemudian Allah berfirman: "Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi Jahannam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan terdaya menyesatkan hamba-hambaKu yang beriman kepadaKu dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak tergoyah oleh rayuanmu; walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan menfitnah."

SUMBER: KISAH-KISAH PARA NABI&RASUL; oleh: Abdullah bin Ahmad Mubarak

8 comments:

  1. subhanAllah...bagaiman iblis yang asalnya berada di syurga dan sebaris dengan para malaikat tersingkir ke neraka selamanya dek sikap sombongnya..jadi kita..buanglah rasa rasa yang tidak baik itu..jangan sampai menjadi sahabat iblis kelak..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul PD.. bertapa sombongnya Iblis sehingga sanggup memilih untuk dilaknat dan kluar daripada syurga. Moga kita sentiasa dijauhkan dari godaan dan penyakit hati..

      Delete
    2. Mudah-mudahan begitu. Aminnnnnn.

      Delete
  2. tertulis didalam al quran itu sumpahnya hingga kiamat kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. cerita tertulis kemas dlm Kalam Allah..

      Delete
  3. Angkuh betul Iblis ni kan,..

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua sentiasa beroleh perlindungan dan dijauhi dari bisikan syaitan yg direjam... aamiin.

    ReplyDelete